3.07.2016

Jejak Pattaya Thailand 2016~Hari-hari Terakhir

*************************************Misi Menjejak Bangkok City************************************

Awal pagi kepala aku masih lagi rasa pening penangan lambungan ombak. Hari kelima dah tiba masanya untuk bergerak balik ke Kotaraya Bangkok. Misi kali ni menjejak Bangkok City dengan satu tujuan "MENCARI MAKAN" haha.. Setelah redah Bangkok Mrt naik turun tanpa jemu,  akhirnya misi berjaya dilaksanakan. Makan sepuas-puasnya. 

Train ticket kami ke Hatyai sebenarnya jam 3.45petang. Eh u know what? Sebab jenis travel kali ni santai kan.. haa.. nasib baik tak mendapat (tertinggal train). Hampir tau..hampir.!Turun je dari MRT Hua Lamphong tu aku lihat rakanku masih lagi santai amik pic.. Nak update dalam blog kot tu nanti. Aku dah mengatur langkah tergesa-gesa. Setahu aku train kat sini sesekali je kot lambat. Selebihnya bergerak ontime. Naik je train dua tiga langkah... skali train bergerak. Aduhai! Nasib kan. Alhamdulillah




**********************************Hatyai ~ Makan-Makan Lagi**************************************

Perjalanan semalam atas train dengan tidur yang nyenyak membuatkan pagi di hari  ke enam sangat bersemangat. Ya sebab dah nak sampai Malaysia kan. Kami berjumpa lagi dengan adik-adik traveller yang bertemu di awal misi menjejak Pattaya. Langkah diatur bagi misi mencari makan lagi. MAKAN je kerjanya. Rasanya di hari terakhir ni tak banyak untuk aku coretkan. Hanya makan-makan. Dan...sudahnya aku sampai ke Malaysia jam 11.00 malam. Nak ulang lagi? Maybe. But i'm prefer alone if i'm planning for the future trip by land. Titik.

~somtimes you just need a break in a beautiful place. ALONE. To figure everything out~


Jejak Pattaya Thailand 2016 Day 4

*************************************Mabuk Dilambung Ombak**************************************

Puas jenuh jugak nak update entry ni, Haha. Okey day 4 kami lebih leisure,....Relaxkan diri dengan menikmati keindahan laut. Ye lah sangat. Untuk pengetahuan korang semua ekceli kali ni snorkeling kat Pattaya ni kureng la sikit sebab  tak bleh layan sangat keindahan bawah sana. Senang aku cakap....sini memang sesuai untuk diving. Jeles betul tengok orang dive. Apakan daya aku teringin tapi..erm.
On da way atas taxi van to Mermaid Dive Centre

Me, at Bali Hai Pier Pattaya
Baiklah, seawal jam 8.00 pagi kami tunggu Mermaid Dive Centre ambil depan hotel seterusnya dibawa ke Mermaid Dive Centre di Jomtien Beach. Selepas pilih alatan (mask, fin dsbnya) kami terus bertolak ke Bali Hai Pier, Pattaya. Seriusly masuk je ke sini..hati berdebar-debar. Terfikirkan macam mana lah nanti di lautan sana. Sebabnya bila rombongan snorkeling mengikut sekumpulan diver...nampaknya keistimewaan lebih kepada diver. Untunglah depa kan?Macam dianaktirikan je. Itu awal permulaan perasaan aku. Arghhh jeles kau! Jeles sebab tak de lesen nak dive. muahahha

Kepadatan Pattaya Beach

Bot kami berhenti di Ko Ha Lagoon. Yang dive bersiap sedia untuk dive. Manakala yang snorkeling ni ahai.. masih dianaktirikan lagi. Laluan diberikan dulu buat yang dive. Bila dah keceburrr ke dalam laut..tiba-tiba BA aku yang kecik tu mcm tak terapung sepenuhnya.  Aku cuba control diri. Buat lah macam mana pun tenggelam separuh jugak. Aku dah cuba sedaya upaya relaks. Aku cuba jugak pastikan diri berada dalam keadaan menegak 45 darjah namun air masih masuk mulut. I try harder k. Aku bukan tak pernah main air bukan tak pernah masuk kursus ekspedisi air masa study dulu..hurm..setahu aku vest kena menegak 45 degree untuk terapung dan boleh terapung selama 72 jam bergantung kepada keadaan vest. Gamaknya aku kurang ilmu kot.. tak apalah tak perlu argue dengan rakan aku pada waktu itu sebab aku tak nak rosakkan mood sendiri bila travel ni. Haha. I admit i lack of experience. Akur ilmu travel apatah lagi di air cangkat sangat. 

Selepas disarungkan Ben dengan satu lagi boyance aid, aku boleh terapung dengan selesanya. So apalagi misi snorkel di kawasan sekitarnya. Dan Ben tak jemu-jemu memandang. Kejap-kejap dilaungnya "Are you OK?". haha.. mcm ayah menjaga anaknya. Puas snorkel aku nak kembali ke boat. Aduhai kali ni tak larat nak berenang melawan arus. Kuat ombak di Teluk Siam ni wei! Dah la laut terbuka. Sampai Ben tolong tarikkan aku ke boat. Hahah i loikee.  Selesai snorkel and dive kat sini.. bot seterusnya bergerak ke port satu lagi. Tak pasti nama tempatnya. Kami makan-makan dulu..Cuma yang  dapat makan nasi dan sayur sahaja. Ku tenung ayam goreng yang ada...memikirkan bila dah ragu-ragu. Baik tak sentuh saja. Its ok. Habis satu tuppaware besar sayur jadi hidangan kami. 

Kali kedua snorkel Ben lets us snorkel by ourselves. Katanya kalau ada apa-apa baru kelui dia. So kali ni aku snorkel sendirian dan Seri plak hilang di balik luas lautan. Kikiki. Aku hanya snorkel sekitar dengan boat dekat sket dengan batu..tapi Ben dah larang jangan terlalu dekat. So precautions diambil. Seriusly kat sini lagi cantik. Sampai lupa nak ambik gambar. Nampak kat bawah tu wow.. haha aku teruja sendiri rasa macam nak menjerit. tapi fikir  aku sorang aku diamkan aja. Orang kata simpan sendiri perasaan teruja tengok ikan cantik-cantik. Kebetulan mat saleh sebelah pun dok teruja bagai. Haha i can see the face. Siap tanya aku ok ke tak. Aku hanya unjukkan isyarat je.  


Hasil tangkapan yang tak setara dengan penat dilambung  ombak


Bila dah usai snorkel nak kembali ke bot buat kali kedua.. Ben tanya lagi ok ke tidak. Sambil laungkan OK tetiba aku tengok dia datang dekat datang menyelamat. Lahhh.. baru nak berenang sendiri ke bot. Apalagi ku sua diri ku untuk di bawa ke boat. Thanks Ben tak payah aku susah-susah berenang. Seri plak.. rupanya dia sesat dilautan badai. Haha GPS hilang ke kak??? 

Naik aje bot aku rasa ombak lain macam. Makin kuat. Kalaulah aku tadi refuse Ben datang tolong agaknya tak sampai-sampai lah aku naik ke bot kot. Bila dah semua ada atas bot and Ben counting all of us..aku makin rasa terhuyung hayang. Kuat plak ombak kali ni.. Yang dive tu pun dah ada yang pening. Pertama kali dalam sejarah aku mabuk ombak. Akibat dilambung ombak kuat sangat masa aku tukar baju kat toilet bawah, hampir 4 kali aku memuntahkan segala isi perut. Laaaa sedangkan tadi ok je. Hinggakan tertidur di atas sampai kembali ke daratan. Masih terasa terbuai-buai rasanya. 


************************************Tragedi Massage Pattaya***************************************

Malamnya di Pattaya cukup meriah. Naik juling mata buat si mata keranjang. Yang tua-tua ditemani yang muda bergetah. Terfikir aduhai berahi jugak si muda pada situa?Asalkan boleh duit??? Adakah semua dirasa sambil memejam mata? ~ Ayat apakah ini? Erk tak nak komen lebih. Kang aku dapat suami tua tak pasai ja. Kahkahkah

Selepas maghrib kami ambil keputusan untuk massage badan yang hampir sakit dan letih dek tujahan sang ombak durjana. Hahha.. weii massage..massage. Aku cuba hampiri satu outlet yang tertulis di pintunya "Private Massage For Ladies". Oleh kerana nak yang tertutup tak nak terbuka open sangat depan public rupanya aku menghampiri sarang buaya betina. Haaha. Cis! Tak sangka berahi jugak si perempuan ni kat aku. Puas jenuh aku tolak. Kau urut biasa dah la. Ni dak dok tawar-tawar bagai. Tiga kali aku tolak dengan perkataan NO. akhirnya dia mengalah dengan keputusan aku, Haha. Experience tu.. nak gelak bila digoda perempuan. Kalau korang tanya perasaan aku? Senang aku cakap..akal aku waktu tu waras. Aku terfikir arwah mak, terfikir abah, terfikir AGAMA. Pastu sempat lagi tau aku fikir kalau aku lelaki adakah aku kecundang? Hahah.. Lawak laa. Sempat aku borak dengan pengurut tu.. bila ditanya katanya kerana desakan duit. Dia sanggup buat apa sahaja. 

Kalau ditanya ke Thailand nak dapatkan lagi tak urutan badan (body massage). Rasanya aku akan berfkir banyak kali.Seram tu ada lagi. Seram.. lebih seram dari hantu-hantu yang ada. Berhati-hatilah jangan kecundang di tengah jalan. Masuk jalan situ pun jangan lah.. baik ko balik Malaysia upah makcik-makcik urut. Ada gak pekdahnya!Haha..

***nota kaki : pic massage tak dapat ambil "private" kata SIDANG PENGARANG. Muahaha.