12.01.2009

TEGUH (Tapi Teguhkah Aku?)

Biarpun engkau jauh
Kasihku tetap teguh
Walaupun telah hilang
Engkau masih dalam ingatan

Malamku yang panjang
Hatiku yang suram
Terkelip-kelip memikir kesudahan

Kita berpisah bukan direncana
Bukanlah kehendak kita
Semua suratan takdir
Yang penuh dengan kesedihan

Aku yang diajar tentang ketabahan
Serta kesabaran di dalam mencarimu

Di sini aku menyendiri
Susuri badai penuh pilu
Dan ada juga ketika kukebingungan
Terkapar-kapar mencari pegangan
Di dalam arus kehidupan
Kuyakin akan bertemu jalan penyudah
Tuhan yang lebih mengerti



Lirik lagu yang menyentuh hatiku..."aku yang diajar tentang ketabahan...serta kesabaran di dalam mencarimu" Tapi tabahkah aku mengejar sesuatu yang aku pun tak pasti? Tuhan yang lebih mengerti...Aku pun kadangkala tak mengerti hati sendiri..Baiklah aku kejar cinta yang hakiki - cinta pada ILAHI..Penat, letih dan lelah dalam mengejar cinta..aku berserah padamu Ya Allah pertemukanlah aku dengan insan yang melabuhkan cintanya padaMU.....semoga aku diberikan kekuatan mencintai-MU

11.22.2009

KOKU OH....KOKU

Aduhai penatnya mata aku mengadap sistem markah 10% kokurikulum tuk budak2 SMKKP 2009. Hanya Allah jer yang tau...penat sungguh! Tapi memandang ini adalah tugas dan amanah yang dipertanggungjawab kepada aku...aku terima seadanya! Cuti sekolah dah bermula dah pun. Tapi yang pasti aku tak bercuti lagi kali nie. Selagi tak siap keje bukan bercuti la aku gamaknya...Raya haji? Argh entah balik entah tidak aku ke kampung cuti nie!Chaiyok...chaiyok feesya...aku harap aku dapat siapkan keje ni secepat mungkin. Muka mak ayah dan kampung halaman aku terbayang-bayang di mata ni. Tunggu!!!!!!!Akan ku pulang jua ke sana...

11.14.2009

Jamuan 1 Malaysia..

Well jamuan ni dibuat secara tergempar. Dalam aku sibuk-sibuk prepare skrip untuk Jamuan Akhir Tahun Guru SMKKP, aku diberi plak tugas sebagai emcee sekali lagi untuk Program Jamuan 1 Malaysia..Aduhai tak ader sesiapa ker yang nak jadi emcee selain aku?Tetap dan berpencen aku jadi emcee gamaknya.

Dalam program nie sempat lagi aku melaram baju kadazan dusun!Tahniah buat dua orang rakanku Aida & Hanis. Dapat pakaian terbaik...

11.05.2009

PENANTIAN SATU PENYIKSAAN

Benarlah bak kata pepatah penantian itu satu penyiksaan. Aku ternanti - nanti keputusan pertukaran antara negeri. Entah dapat entah tidak. Ada rezeki aku bertukar ada lah. Kalau tak aku pasrah segalanya! Cheewah macam bercinta jer ayat aku nie..Sebagai anak aku menurut keputusan keluarga agar minta pertukaran tempat bertugas atas sebab-sebab tertentu. Ikutkan hati aku masih nak mengajar di Johor. Aik KEDAH bukan di hati lagi ker??                
Iyalah kan baik aku balik ke KEDAH. At least aku tak memanti lagi sesuatu yang tak pasti.. Cukup-cukup lah kenangan manis dan pahit aku  kat Johor nie!Cukup manis dan cukup pahit untuk dikenang. Macam frust jer kan???                                                                                           

Argh siksanya menanti jam 12.00 a.m..Terseksa jiwa raga! Berdebar pun ada. Kalau keputusan bukan seperti yang aku nantikan macam mana? Adui la aku cukup takut nak jawab pertanyaan mama! DAPAT atau TIDAK? Susah untuk aku jawab selagi bukan mendapat keputusan secara online!!Sabar jer lah mama...ada rezeki Kak Sya balik kedah....Ada la!


11.04.2009

Benarkah Ini Aku...

Last week (31hb Oktober 2009), ada LDP kat sekolah...Slot pertama dikendalikan En Fauzi. Wah!Best bukan main. Ada bengkel Penilaian Kendiri Melalui Tarikh Lahir. Aku yang bertugas sebagai emcee pada hari tue disalah panggil oleh En Fauzi sebagai "PUAN". Alamak title aku "CIK" lagi la!! Masuk ni dah ramai orang tersasul panggil aku camtu. Adakah ini petanda aku akan naik pelamin tak lama lagi?? Entah la..No komen!! Tu jer aku boleh jawab. Dalam bengkel En Fauzi minta semua guru tambahkan setiap angka dalam tarikh lahir supaya menjadi nombor asas (1 hingga 9). Selepas dikira -kira dicongak-congak dapat la nombor asas yang aku pegang iaitu 9 (tarikh), 5 (bulan), 1 (tahun) dan keseluruhannya adalah 6. Personaliti aku??Hah..ni dia :

NO 1 - Degil, bijak dan pandai dalam apa jua bidang. Kreatif dan mudah memberi pendapat. Mudah kesunyian (yer ker??entah ler!). Sukakan cabaran baru. Sentiasa berfikiran positif. Perawakan sombong (erm...maybe!). Suka berterus terang. Dingin dalam percintaan (Ini aku tak setuju).

NO 5 - Suka mencari peluang. Bekerja keras. Suka shopping (memang pun!). Tahap cemburu yang tinggi. Sangat seksi (yeah!I'M sexy..wow!!). Ada tarikan. Boleh memimpin. Mudah diyakini.


NO 6 - Mata duitan (ish..jauh benar tue!). Citarasa mewah. Suka kedamaian. Suka duduk rumah (yup!betul..tak syak lagi). Pentingkan keluarga. Suka tolong orang. Penyayang. Jujur dan sangat berkira.


NO 9 - Mudah berkawan. Pentingkan orang lain. Sharing. Sensitif. Romantik. Ada bakat (Bakat apa???). Emosional. Pemimpin.

Rasanya ader jugak la yang kena mengena dengan diri aku. Well apa pun aku..yang penting
AKU TETAP AKU!