11.04.2009

Benarkah Ini Aku...

Last week (31hb Oktober 2009), ada LDP kat sekolah...Slot pertama dikendalikan En Fauzi. Wah!Best bukan main. Ada bengkel Penilaian Kendiri Melalui Tarikh Lahir. Aku yang bertugas sebagai emcee pada hari tue disalah panggil oleh En Fauzi sebagai "PUAN". Alamak title aku "CIK" lagi la!! Masuk ni dah ramai orang tersasul panggil aku camtu. Adakah ini petanda aku akan naik pelamin tak lama lagi?? Entah la..No komen!! Tu jer aku boleh jawab. Dalam bengkel En Fauzi minta semua guru tambahkan setiap angka dalam tarikh lahir supaya menjadi nombor asas (1 hingga 9). Selepas dikira -kira dicongak-congak dapat la nombor asas yang aku pegang iaitu 9 (tarikh), 5 (bulan), 1 (tahun) dan keseluruhannya adalah 6. Personaliti aku??Hah..ni dia :

NO 1 - Degil, bijak dan pandai dalam apa jua bidang. Kreatif dan mudah memberi pendapat. Mudah kesunyian (yer ker??entah ler!). Sukakan cabaran baru. Sentiasa berfikiran positif. Perawakan sombong (erm...maybe!). Suka berterus terang. Dingin dalam percintaan (Ini aku tak setuju).

NO 5 - Suka mencari peluang. Bekerja keras. Suka shopping (memang pun!). Tahap cemburu yang tinggi. Sangat seksi (yeah!I'M sexy..wow!!). Ada tarikan. Boleh memimpin. Mudah diyakini.


NO 6 - Mata duitan (ish..jauh benar tue!). Citarasa mewah. Suka kedamaian. Suka duduk rumah (yup!betul..tak syak lagi). Pentingkan keluarga. Suka tolong orang. Penyayang. Jujur dan sangat berkira.


NO 9 - Mudah berkawan. Pentingkan orang lain. Sharing. Sensitif. Romantik. Ada bakat (Bakat apa???). Emosional. Pemimpin.

Rasanya ader jugak la yang kena mengena dengan diri aku. Well apa pun aku..yang penting
AKU TETAP AKU!



No comments:

Post a Comment