1.10.2010

TAHUN BARU MENJELMA LAGI

2010...Rupanya sudah seminggu menganjak ke tahun 2010. Sibuk bukan kepalang. Sampaikan tak sempat aku nak update blog sendiri. Tapi kesempatan yang ada aku gunakan juga untuk mencoret apa yang berlaku pada awal tahun 2010 ni. Di sekolah, guru lah yang paling sibuk untuk menerima kehadiran pelajar baru. Aku tak terkecuali. Alahai dengan anak murid di sekolah seramai 3000 pelajar manakan mungkin untuk aku mengingati semua pelajar SMKKP ni. Parah nak ingat. Lagilah parah mengingatkan program yang saban tahun aku jalankan. Kalau tak bukan SEGAK (Ujian Kecergasan. Aduh2 kena proper planning nie..Maunya tak tidur malam nak fikirkan program aku nie dengan penyertaan semua pelajar!

Esok akan bermula la aktiviti petang aku di sekolah..Nak kemaskan bilik sukan lagi. Then dengan latihan rumah sukan pulak tulatnya. Awal tahun gini lah... aku akan mula menjadi "dayang senandung". Kulit hitam tue tak payah kata laa..terik dipanah mentari..so no more foundation no more make up..ditinggalkan buat seketika..cuma hanya disapu gloss dibibir dan sunblock di muka... Nasib la kan dah cikgu PJ terimalah seadanya...lain la kalau option lain yang tak perlu susah payah turun padang...

Nantikan esok saja tunggu dan lihat bagaimana..adios tiba masa nak tido..karang lewat pulak aku bangun pagi!!!!

No comments:

Post a Comment