12.27.2010

Melaka 2010

Sebut saja bercuti siapa yang tak nak bercuti. Untungnya aku keje sebagai cikgu, bila murid bercuti sekolah..maka aku pun tak terkecuali :) tu yang seronoknya. Awal cuti sempat aku balik bercuti seminggu kat Kedah. Tapi sekejap sgt rasa bila terpaksa balik ke Johor menguruskan segala tanggungjawab aku terhadap kokurikulum :). Habis saja uruskan keje aku, terus aku plan ke Melaka dengan my lovely sis, Ct. 3 hari 2 malam kat Melaka terasa tak cukup ja! Ikutkan hati mau ja dok lama2 kat Melaka..hayati keindahan yang ada. Orang Melaka pun ramah belaka. Dari Air Keroh sampai la ke Bandar Hilir, aku redah jer tempat-tempat menarik kat sana. Taman Buaya sampai la ke Taman Mini Asean aku jengah..Lengoh kaki tak payah cerita. Kenangan terindah kat sana  off course masa horse feeding yang menjijikkan ~yukss abis tapak tangan aku penuh air liur kuda. Dan tak lupa chipmunk yang jinak menagih simpati mintak muffin yang lazat di tangan aku dan adik~Takut dan gerun jugak mulanya kalau-kalau chipmunk ni gigit!Erghh kalau citer memang tak abis la rasanya..Lets the picture tell us the story :)


di hadapan Kota A' Famosa (gamaknya dolu2 nak tawan Melaka la...pakai meriam nie ker?)


naik beca  

muzium samudera ~cantik sangat kapalnya waktu malam

 bangunan merah. CANTIK!

Ikutkan ada banyak lagi pic. Malas plak tggu lama nak upload pic ni. Opss sebelum terlupa ni lah chipmunk yang tak segan silu mintak muffin aku berkali- kali..Gamaknya sedap tak bau muffin tu :)