8.26.2011

Kad Ghaya Dari Mereka....

Salam semua,

Pejam celik pejam celik dah nak dekat ghaya rupanya..Ghasa macam sekejap sangat masa berlalu dan sekejap sangat Ramadhan kali menjengah kita. Cukupkah dan sempurnakah amalan kita? Tanya lah diri sendiri...Hanya kita mampu menjawab atas apa yang kita lakukan :)

Hari ni sekadar nak bercakap tentang kad raya. Walaupun zaman dah makin canggih, masih ada lagi kat raya yang dulunya merupakan salah satu medium untuk menyampaikan ucapan selamat hari raya. Kebiasaannya saban tahun aku jarang dapat kad ghaya. Tapi kali ni anak-anak murid aku buat suprise memberikan  2 keping kad ghaya kat aku. Alahai terharu pun ada...Gamaknya berkesan jugak ayat2 sindiran aku bagi kat budak. Ayat aku " dah dekat2  nak PMR ni baik mintak maaf kat semua cikgu yang ajar awak. Jangan bagi ada cikgu yang pendam perasaan terhadap segala kelakuan awak yang kurang menyenang dan memeningkan kepala tu...Tak berkat ilmu yang awak dapat!" ~ dan aku antara guru yang terguris hati dengan segala kelakuan biadab pelajar. Berkali-kali dinasihat umpama mencurah air di daun keladi. Hai..masya Allah apa dah jadi anak murid sekarang. Berlembut sudah. Berkeras sudah..semua tak jalan... :(

Terima kasih anak-anak. Jauh di sudut hati cikgu sebenarnya dah maafkan awak setiap kali selepas keluar kelas. Walaupun ada kala terguris di hati tu amat dalam sekali :). Dan special thanks to my lovely student AMIRUL IMRAN. Dia antara pelajar yang menyenangkan hati..Cikgu terharu bila dapat kad ghaya dari awak. Terharu dengan doa2 awak untuk cikgu dan terharu bila terselit RM1 walaupun tertulis  nota mengatakan nilainya tidak seberapa. Tapi bg cikgu NILAI di situ tidak terhingga. Cikgu doakan awak dunia akhirat semoga menjadi insan yang baik. 


Lastly SELAMAT HARI RAYA untuk semua. Maaf dipinta andai ada kekhilafan yang saya lakukan.


Kad ghaya dari Amirul Imran :) ~ muka depan




Ini pandangan dalam kad raya yang Amirul Imran bagi.... RM1 tu tak ternilai tau! Besaq-besaq pun masih dapat duit raya :P



Thanks buat pelajar 3KE2... Cikgu maafkan korang. Luv u all


p/s : anak2 cikgu sayang kamu semua..... <3 <3

8.02.2011

SELAMAT BERPUASA

Haish...bersawang ja kan tgk blog ni. Dah lama tak mengupdatekannya. Bukan apa kesibukan sentiasa melanda. Huhu ayat skema.. tapi aku tetap pemerhati setia blog rakan-rakan sekalian. Kadangkala menjengah di kala kesibukan, walau sekejap cuma. Eceh ayat! Tak  ble ingat.

Kali ini aku nak amik kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa untuk semua umat Islam. Moga-moga RAMADHAN kali ini lebih baik dari RAMADHAN lalu. Mohon maaf andaikata ada kesilapan terkasar bahasa atau apa2 saja. Sekali lagi diucapkan ....

 p/s : ni pantun jenaka puasa untuk semua :)

adik main di tepi jeti
bangun sebentar melarikan diri
adik berlari kalah ferarri
rupanya nak curi air di dalam peti :P

* jangan ada yang ponteng puasa ya!

5.31.2011

OOOO...Balik Kampung :P


Yes cuti sekolah menjelma lagi. Aku dah kansel awal-awal kelas tuisyen dan akan digantikan selepas naik cuti. Sudah lama aku tak jejak ke kampung halaman. Dah 6 bulan wooo....Tapi kali ni sebelum balik kampung, parents aku datang ke jb menjengah dahulu.. Hehehe katanya nak bercuti ke Melaka. Hurm nampaknya lepas bercuti kat Melaka barulah aku boleh jejak ke Negeri Jelapang Padi... Aduiii rindu pulak nak tgk sawah sebelum sampai ke Sg Petani.. Kat Johor asyik dok pandang kiri kanan kelapa sawit ja .. :D. Cepatlah masa berlalu nak balik SP hehehe dan aku ada agenda lebih penting kat sana.. Harap2 kali ni menjadi. Amin 

Pstt...Tunggu ya kepulangan saya . Bersabar tau nanti2 jumpa jugak. 


5.21.2011

Alhamdulillah..Rezeki yang Tak Disangka


16 hb Mei yang lalu, aku gembira menyambut hari guru. Dua hari kemudian menyusul pula ulangtahun hari lahir aku.. :) dan hari ni tanggal 21 hb Mei 2011, aku cukup gembira bila tersenarai dalam APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang). Alhamdulillah penat lelah aku dihargai juga :). Ya Allah terima kasih atas rezeki yang Engkau kurniakan padaku. Bersyukur sangat2 atas semua ni. Tak sabar nak cuti sekolah nak kongsi kegembiraan bersama keluarga tersayang.. Dan aku pun tak sabar2 menantikan 25hb ni keputusan pertukaran antara negeri. Harap2 kali ni dapat pula berkhidmat pada negeri kelahiran aku ~ Negeri Kedah Jelapang Padi...Kalau tak dapat sekalipun dah rezeki aku berkhidmat dan terus berkhidmat di sini selagi aku termampu :)

5.18.2011

Angka 3?Erk..dah meningkat rupanya usia :)


Happy birthday to me...happy birthday to me... :) Macam poyo jer kan! Hehe..hari ni kat fb dahnmsg inbox hp aku penuh dengan ucapan dari rakan taulan dan anak-anak murid. Terharu hati kecil aku bila dapat ucapan. Bagi aku tak ader hadiah pun takpa asalkan ingatan tulus ikhlas rakan taulan dan anak-anak murid sudah mencukupi. Aku sayang korang :) . Tak silap aku hari ni saja banyak anak murid aku yang kat SMKKP tu berkongsi tarikh dengan aku. Buat anak-anak yang sambut b-day sama hari dengan cikgu, cikgu ucapkan Happy Birthday buatmu sayang dan semoga panjang umur.

Umur aku dah meningkat hurm....bersyukur sangat aku diberikan kesempatan oleh -NYA untuk bernafas di atas muka bumi ini selama 30 tahun..Erk dah masuk angka 3? Hehe... semoga aku dapat menjadi insan dan pendidik yang baik dan mampu untuk mendidik dan membimbing anak bangsa agar lebih gemilang dan terbilang. Amin!

Pstt...ada anak murid aku berikan sebuah ciuman kat pipi sempena hari jadi aku. Oh terharunya. Luv u sayang...Jadi anak2 yang baik ya..Cikgu sayang kamu!


5.08.2011

Jalan-Jalan Hujung Minggu

Aduhai..terasa sehari bercuti di hujung minggu ni macam sekejap sangat.. Nak jalan2 pun rasa macam tak cukup jer masa. Tak sabar pulak nak tgu cuti dua minggu hujung bulan nanti. 

Hari ni aku and da geng (cik yana dan emma cantik) amik kesempatan untuk isi masa cuti dengan tgk wayang citer Fast & Furious 5. Pergh drift weh...mau jugak aku drive cam depa tapi bukan atas jalan raya la...nak buat cantu atas litar!Nengok citer tu buat mata aku tak berkelip-kelip pandang screen  :) nengok keta dia pun cun2 belaka :D 

Abis ja tgk wayang kat U-Mall, aku terus drive ke Pontian. Misi yang ke2 ni nak tgk sunset. Hehehe sanggup tu drive jauh2 sket semata-mata nak tgk sunset :). Sukenya...teringat pulak waktu Diploma kat Arau dulu. Kuala Perlis tu saban minggu aku jengah. Tu dulu2 la...Skrg nak cuti masa tgk sunset huhuhu mana ader masa! Sempat jugak aku snap kan pic-pic gedik aku ngan teman-teman. Well gedik-gedik aku gedik santai tidak menjelikkan pemandangan sekeliling ya! Layankan aja ya pic kat bawah. Errr sebelum tu buat Cik Dalila & Cik Aina Nurul Yatie, jangan jeles ya...Korang tak ada :P... Lain kali kita pi sama-sama :)


cantikkan sunset ni :)...tenang jer hati!

sekali aku pandang scene ni teringat zaman dolu2 di Kuala Perlis :D

Cik Yana & Huda :)

emma and me :)

gedik-gedik di tepi tembok

Alamak kenapa pulak aku macam nak terbalik ja ni?

Control-control si canti manis hahahah :P

5.07.2011

Kerana Utusan Raja Sehari....

Salam..pagi semua! 

Hari ni dalam kesibukan ada program anugerah cemerlang kat sekolah aku ambil kesempatan untuk edarkan kad jemputan kawen kawan serumah!!Pergh...bila si anak dara mengedarkan kad jer mula la orang bertanya "wah...kad jemputan Feesya ya?? Amin...dah sampai jodoh rupanya.." Aku tersengih memanjang sambil menjawab " Amin " kerana malas nak komen lebey :)

Wah dalam 20 orang sebut benda yang sama...Hopefully doa mereka menjadi kenyataan :) hehehhe...cikgu-cikgu rakan sejawat sekalian, ada rezeki tak ader aral Feesya punya kad akan menyusul kendian. Doakan jer ya...

Pssttt.....prince charming dah jumpa. Doakan moga2 kali ni menjadi ya hahahha. To Dalila ~ Kak Sya tumpang gembira bila Ila wakilkan Kak Sya secara tak langsung Kak Sya didoakan sama hehehhe :D



5.06.2011

~Suka Duka 1 Mei~

Hmm..rasa macam dah lama aku biarkan blog aku ni tanpa apa2 entry terbaru. Tuntutan kerja salah satu sebabnya. Aku lebih banyak menjenguk blog rakan2 yang rajin update tapi aku sendiri tak sempat berbuat apa2..

Rasanya blom basi lagi kan nak update tentang 1 Mei tempohari? Hari tersebut dipenuhi dengan peristiwa suka kemudian bertukar duka. Aiseh....

Peristiwa sukanya :

Aku dan rakan2 memang tak pernah menjejakkan kaki ke Tanjung Balau.. Apatah lagi Desaru. Dah 3 tahun duduk Johor sekalipun aku tak pernah jejak ke sini. Kalau idak kerana adik aku yang kat Damansara tu datang menjengah aku di Johor..takdernya aku nak jengah ke Desaru ni. Program yang dirancang telah berjalan dengan lancar. Dari berkelah di Tanjung Balau (opss sekadar nak tgk pesta Tanjung Balau, anjuran KEJORA) aku beralih tempat ke Batu Layar. Best jugak mandi kat Batu Layar. Suka aku dengan air lautnya..Tak kotor :). Aku yang dah lama tak berendam dalam laut ambil kesempatan mandi dengan sepuas-puasnya! Kalau tengok gelagat aku ngan kawan2 macam org tak pernah mandi laut! Ciwi kata orang kedah hahaha...

Merenyut orang kat Tanjung Balau...

Sebelum berendam sempat posing di tepi batu!


Adik aku dengan hubbynya :)

my buddys :) emma and yana

Peristiwa duka :

Erk bab ni aku tak suka..Sedih pun ada sebab aku tetiba terbabit dalam kemalangan. Aiseh..tu la teringat pesanan mama kat kg jangan suka2 sangat nanti lain jadinya. Hurm dah terjadi dah pun. Nasib semua yang dalam keta tak apa. Tapi...si Honda kesayanganku kemek sebab kena sondol dari belakang sehinggakan bonet keta tak boleh tutup. Walaupun kita berhati2 tapi oleh kerana kelalaian orang lain, kita jugak yang jadi mangsa. Hairan jugak dan sesekali terfikir apa sebenarnya yang difikirkan oleh uncle cina tersebut sampai terlanggar aku. Jalan sememangnya dah jam sempat lagi dia tak kawal kelajuan..Dahla nak kena pegi balai jauh sehingga ke Felda Air Tawar 2. Sampai sana polis suruh refer kat trafik Kota Tinggi. Adeh malas nak susah2 last2 aku settle tepi jer..Uncle tu suh hantar ke bengkel dia tanggung semuanya sekali. Dari no plat depan aku yang patah sebab tercium keta depan..sampai ke bonet belakang dia bayar semuanya. Nasib baik keta yang berada depan aku tak der apa yang berlaku. Huhu sebaliknya no plat aku yang patah. Huh kuat sungguh keta uncle tu hentam dari belakang sehingga keta aku terdorong ke depan..Errr natijahnya jaga lah jarak anda dengan keta lain semasa memandu. Alahai Honda... :(

terketar tangan aku amik pic no plat keta aku patah!Sikit2 pun dua no belakang dah kopak :( tak sempat amik pic bonet sbb bz discus pasal keta!

4.26.2011

Pstt...Cikgu Botox Kot??

Salam semua...

Tgk entry ni mesti korang igt aku ni spesis kaum hawa yang shuke botox-botox ni. Urghh TIDAK! Tak der kuasanya aku nak berbotox ni... Korang nak tahu kenapa aku post entry ni?? Heee..alkisahnya dalam kelas 3PE2 aku ader cerita ttg peristiwa Tragedi Pos Dipang (pasal banjir lumpur akibat penerokaan sumber hutan). Dalam dok sedap aku citer, aku ni pun cakap la tragedi ni berlaku thn 2008 (kalau tak silap) then aku pun citer lagi yang aku ada buat karangan tajuk ni sehinggakan aku boleh dapat pangkat 1 dalam SPM waktu tu. Uih aku tengok budak aku ternganga. Gamaknya depa kata aku hebat kott hehehhe...Tetiba ada budak tanya aku :

Anak murid : err...maknanya cikgu dah umur 30 an la???
Aku            : yer la kenapa? ~ terpinga-pinga aku sbb budak aku tanya umur...
Anak murid : tak der apa, cikgu nampak muda...

Dalam hati aku terasa kembang setaman hahahha...tetapi tiba-tiba terdengar satu suara  "pst.....cikgu ni botox kot..patut nampak muda!"

Pang!!!! Adeh tamparan hebat bagi aku. Uihh sedap-sedap mulut ja kata aku botox. Hish sampai ke situ budak fikir. Ada lagi yang tak caya aku dah 30. Dok tak habis tanya yer yer ooo je cikgu ni 30. Aisehh mude sangat ker aku anak oiii sampai korang tak caya aku dah 30 -an ni?? Hahaha... 

Rahsianya??? Hehehe ni amalan aku. Setiap hari nak mandi aku akan amalkan baca ayat dari surah Al Waqiah (ayat  35-37) bagi curahan air yang pertama. Amalkan la setiap hari. Insya Allah korang akan nampak mude sentiasa. Satu lagi jangan asyik marah-marah dan sentiasa senyum walaupun ada masalah. Hehehe..

P/S : Saban tahun budak kata aku umur 25.. Dah tu bila aku nak bertambah usia?? Asyik 25 ja hahaha..sentiasa muda lah aku gini gamaknya :)

Erk...korang nak ker inject gini utk chantek?? Tak gamak aku seksa diri dengan inject-inject ni!

4.18.2011

Kerana BMI Pelajar - Makin Bertambah Beban Guru

Salam semua...


Dah lama tak tak berblogging...Urgh pagi2 lagi bila baca akhbar tersentak jugak Title : BMI Pelajar Dicatat Dalam Kad Laporan Prestasi - Liow

Hurm bukan nak mengeluh sebab keje bertambah..Tapi memikirkan disebabkan ayat ini " Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sebelum ini BMI tidak dicatat dalam kad laporan pelajar menyebabkan ibu bapa tidak dapat mengawal pemakanan anak-anak mereka kerana tidak tahu sama ada berat badan anak mereka ideal, terlebih berat atau mengalami obesiti " 

Kenyataan apakah ini??Errr tak logik betul...abis kalau dicatatkan sekalipun, ibu bapa ada ker ambil perhatian atas pemakanan anak mereka? Aku sebagai cikgu pendidikan jasmani tak nafikan...kalau kita tak catat sekalipun, tetapi kita alert pasal pemakanan, tahu pemakanan secara sihat,  tak jadik masalah untuk mengetahui sama ada kita ni tergolong dalam indeks mana (Body Mass Index). Bukan susah pun nak tahu berat atau tinggi..Dan bukan susah pun nak kira sendiri BMI diri sendiri!!! Dan tak payah susah2 nak kira pun skrg ni BMI korang. Sebab apa? Dekat shopping kompleks melambak mesin yang dah sedia kira BMI untuk korang Bukan setakat BMI saja tapi kalau korang nak tahu korang ni high blood ker tidak korang boleh guna mesin tersebut. Cuma keluarkan beberapa RM korang dah boleh tahu tak sampai beberapa minit. Jangan la kedekut sangat nak tahu hal2 diri kita.

Aku bukan melenting tak tentu pasal. Tapi kenyataan. Korang tanya budak..Ada ker yang betul2 prihatin jaga pemakanan mereka?? Hahaha aku boleh gelak sebab mostly budak mana nak jaga pemakanan. Main taram jer...Hah, kalau kat umah lagi laa..mak bapak tahu bagi duit belanja. Yang belanja nya budak yang makannya budak. Dalam kelas PJ aku selalu tanya pelajar. Awak jaga tak pemakanan awak? Saban tahun aku ajar budak cara kira BMI sendiri dan ajar cara jaga pemakanan. Bukan tak ader dalam silibus pendidikan kesihatan. Hurm masuk telinga kiri keluar telinga kanan...Kalau makan semua org suka.. Tambah2 yang sedap dan lazat :) 

Hurm..sebenarnya pendidikan untuk rakyat itu penting. Wajibkan cikgu nak catat dan pantau sekalipun pastu beritahu ibu bapa, tapi tiada tindakan dari ibu bapa..masalah takkan selesai. Pendidikan untuk rakyat sepatutnya diperbanyakkan. Dulu tak silap aku selalu ada kempen2 pemakanan sihat, kempen itu kempen ini. Aku ni alert sket sebab mak ayah aku memang tergolong dalam org kesihatan/perubatan..tapi org lain???So...samalah2 ambil sikap prihatin sket :). Aku tak nafikan kalau aku buat ujian SEGAK dah terang2 aku dapat BMI budak..Jangan korang terkejut mostly dari anak2 sekarang banyak yang melebihi berat badan atau obesiti..Pemakanan nya??? Hurm bermula dari rumah. Kalau kecik2 mak ayah tak kisah anak tu montel (sebab comel) haha..besar nanti terimalah padah. Anak tu akan dijangkiti macam2 penyakit akibat obesiti.

So..Apa tindakan korang?? Nak beban cikgu lagi ker jaga dan pantau tiap2 bulan plak tu!!!! Yang bagi makan mak bapak..dah yang kena jaga dan pantau CIKGU jugak..Haha..tersenyum bila tgk diwajibkan tulis untuk perhatian ibu bapa. Patutnya ibu bapa la alert anak tu sihat ker tidak. Tengok dari segi fizikal pun kita dah tahu..Tak payah nak tgk BMI :)

p/s : Anak2 yang terbaca.. jagalah pemakanan anda yer. Jangan main taram ikut sedap mulut jer! Psstt...BMI budak cikgu pantau...BMI cikgu plak mcm mana yer??? Hahaha....


Pic ni pernah aku tunjuk dalam kelas PK. Korang tahu reaksi budak? Eii comelnya cikgu..Haha..Memang comel tapi...Macam2 penyakit ada!!!


4.09.2011

Ha....Dah Naik??

Pagi ni aku ada sekolah ganti. Seronok bila tgk bilangan pelajar tak ramai. Hehehe...wah pasti relaks lah aku! Sah..memang relaks sebab ada kelas digabung dan aku terkecuali dari mendapat kelas. Ngeee..BEST. Tapi untuk kelas gabung tersebut bermula waktu yang ke 4. Waktu ke 2, aku sempat lagi ada kelas Pendidikan Jasmani dengan pelajar 3RK1/3RK2. Disebabkan cikgu-cikgu banyak aktiviti daerah dan banyak yang keluar..cikgu pj lelaki pun tak ada, aku pun jaga sekali kelas jasmani pelajar lelaki. Budak2 tu plak asyik merengek nak main bola. Sudahnya aku turutkan dan aku bersidai di tepi padang. Hahaha...macam nak berkelah di tepi pantai! Nak amik pic aku malu, sebab budak2 tu dok nengok aku asyik jer kat tepi padang. Sambil bersidai nengok budak2 tu main aku sempat lagi menanda buku. Pelajar perempuan??Huhu ada 4 orang dan semuanya mintak nak siapkan keje KH. Abis je kelas PJ...Zasss...aku terus masuk ke kantin MAKAN. Hehehe pagi-pagi aku dah ambil makanan berat. Makan nasi...Lapar giler...Korang nengok apa yang aku hambik...Haha...nasi, sayur dan lauk ayam berkuah lemak plak tu.


Usai makan aku terus kembali ke bilik guru. Terpandang pulak weight scale kat sebelah meja. Nak timbang lah....Ha...APA???? Dah naik?? 44 kg??? Banyak sgt naik ni. Asalnya berat aku 39 kg jer. Hish melampau betuii. Kalau makan pun abis kuat tambah 1 kg jer... Wah ni dah naik berapa kilo ni? Patut la bila pakai jeans aku dah rasa sendat!!! Huhuhuh Adeh..tak boleh jadik kena slimkan semula badan.



Dalam hati AEROBIK.....Dalam kepala AEROBIK....Dimulut juga aku sebut AEROBIK. Ha....pasni harap2 berat aku ni turun semula. NAIK?? Errr tak mo, tak mo...aku takut jadik gini , macam chipmunk kat bawah ni gemuk dan pendek! Haishh






4.08.2011

SKPM, SJQ...APA MENDA NI?

Huhu naik ajer sekolah lepas MC meja aku dah sepah dengan semua file-file ni..Urghh nak muntah pun ada, nengok bila asyik ada ajer memo atas meja..Mula la kepala pening-pening. Haih...Nak mengeluh tapi fikirkan dah keje..Beban cikgu masa kini! Sudahnya aku usung semua fail balik umah!

Malam-malam gini aku masih lagi dengan keje mengemas kini fail-fail (panitia PJK, KOKU dan PBS SEGAK). Mata ni dah mengantuk tapi bila letak jer kat bantal mula lah teringatkan keje...bangun kembali. Sudahnya kali ni plak aku bukak internet...Lepak2 dan blogwalking ke blog2 kawan-kawan!Haha..keje? Lupakan dulu dah sakit kepala. Alahai SKPM, alahai SJQ.. Aku pun masih blur2 lagi fikirkan dua menda ni...Yang aku tau berkaitan dengan KUALITI...(Eh yer ker???) Kalau ikutkan dalam dua fail ni nanti benda yang sama jugak nak disumbat. Tak ke dua keje?? Ish....tak jadik keje la aku gini! Settle kan esok jer lah...tangguh lagi :P

Dalam dok lawat2 kunjung blog kawan,  terbaca coretannya ghopanya ada jugak kawan yang dok kunjung kita :). Terima kasih Cikgu Hairul Errr...berkunjung jugak ya...Erm...nak blogwalking jap lah..Cuci mata..Daaa..

p/s : jangan tiru mcm kita yer!Tangguh keje sebab tak nak sakit kepala!Hehe...Ngulor je!


4.06.2011

Rindunya Nak Kembali Ke Sekolah!!!

Dah berapa hari aku terperap kat umah gara-gara demam selesema. Last week kena sakit mata... Rindunya dengan anak-anak kat sekolah. Aiseh dah banyak yang tertinggal nak kena cover semula! Sian anak-anakku tu.. Maafkan cikgu..Bukan sengaja :(

Rehat kat rumah pun aku kejap-kejap fikir tentang sekolah. Dah sakit pun tak boleh jugak usirkan kat kepala ni fikir tentang sekolah dan anak-anak di sekolah. Teringat kata-kata GPK KOKU.. "Feesya, rehat aja kat rumah..jangan fikir sgt hal sekolah". Errr tapi....aku tak daya jugak nak usir kat fikiran aku ni fikir anak-anak2 dan keje yang bertimbun!

Esok aku harap aku sembuh dan sihat seperti sedia kala. Rasanya badan ni dah mampu untuk bergerak cergas ke sekolah. Ya Allah...sembuhkan lah hambamu ini. Rindunya nak jejak ke sekolah (macam poyo jer kan???. tapi hakikatnya itu yang aku rasa!!!)

P/S : disedut dr cik yahoo :P

4.04.2011

Lepas Satu... SATU...



Adeh..aku ditahap kritikal. Lepas sakit mata selang dua hari..aku diserang plak dengan demam selesema! Panas satu badan...Saat aku masukkan entry ni aku asyik sok sek sok sek..bukan nangis tapi menahan selesema. Suara aku pun macam itik sudu. Sengau tak terkata. Huhu..Nasib badan. Urghh dah amik ubat tapi lupa mintak MC. Lantak laa...nak gi sekolah jugak. Kang dah tak larat sangat aku mintak MC jer la! Yang penting selagi aku terdaya aku akan pergi jugak ke sekolah mencurahkan ilmu didada pada anak2 bangsa :)

Harap esok anak-anak aku baik-baik belaka. Cikgu sedang demam selesema! Korang jangan nakal2 ya!!!


P/s : mahal giler amik ubat kat klinik malam2...kena kopak RM50. Tak per sakit punya pasal...



4.02.2011

Aku Dah Flat...

Flat..Dah kong..Dah P.E.N.A.T. Itu yang aku boleh katakan sekarang. Penat sebab dua hari berturut selepas aku MC akibat sakit mata, aku ditugaskan pulak bawa budak ke Kejohanan Hoki MSSD Kulaijaya. Balik jer dari hoki aku bergegas pulak ke kelas tuisyen! Pergh rasanya kepala aku skrg ni macam dah bengong-bengong dan tersengguk-sengkuk sbb nak update entry kali ni..Rasanya nanti lah aku update kan korang entry satu lagi ceritakan ttg kejohanan hoki yang baru saja selesai berlangsung petang tadi. Well dah makin kong ni....Mata aku dah makin layu...alamak...alamak...dah nak terpejam! zzzz aku tidur dlu ya!

P/S : photo kat bawah ni tak berkenaan dengan aku. Aku kalau tido cantik lagi dr tu!hahah :P




3.31.2011

Doakan SMKKP Berjaya :)

Yeah esok dan Jumaat akan ada Perlawanan Hoki  Peringkat MSSD Kulaijaya. SMKKP sentiasa bersedia untuk menjadi johan pada kali ini. Tahun lepas gelaran Johan dirampas SMK Indahpura.. Harap kali ni anak-anak aku dapat bermain dengan baik dan merampas gelaran Johan. Ikut perkiraan tahun ni bagi perempuan bawah 18 tahun ada harapan tuk dapat gelaran tersebut. Buat sehabis baik ya tak kira la lelaki atau perempuan. Kalau menang cikgu belanja hehehe...errr yang menang sahaja ya!Hahaha.... :P 

Pstt...mata aku dah elok dah..esok boleh bawak budak! Bekal ubat tak kulupa...ngeeee :)

Salah eja da..aku punya nama!! Apapun  OKlah dapat jugak baju sponsor hehehe :)


Perkataan jurulatih tu! tahun ni aku tak sempat nak latih pun tak mcm tahun lepas :( sib baik ada Cikgu Shamsul 

3.30.2011

Orang Sakit Sibuk Di Rumah :)

Hehehe MC yang aku dapat bukan aku pandai gunakan untuk rehat. Mata yang sakit membuatkan aku tak tenang hati. Gatal-gatal mata tu aku tahankan saja.. Errrr...keje yang melambak aku layankan!! Urgh....mata aku sakit pun yang lain boleh digerakkan. Key in data tetap key in data. Skor SEGAK ni aku kena siapkan sebelum 8hb April. Takkan aku tangguh walau seminit pun. Tak suka aku tangguh kerja..Huhu dengaq macam komited ja kan?? Uh memang tahun lepas aku bagai nak gila buat keje tahun ni aku tetap camtu jugak. Gila kerja gamaknya aku ni?? Haha..padan la ada "orang tu" merajuk dengan aku. Tak nak kawan katanya dengan aku. Uiksss...aku sibuk pun marah ker??? Sorry yer awak...kita memang gila kerja..Gilakan awak?Err tak kot..hehehhe :P. Shuke jeee... Wahahah..

Keje..keje..keje....Arghh nak kena siapkan jugak skor Tingkatan Satu & Tingkatan 2. Jumlah kelas dua-dua aliran tu 34. Korang bayangkan ler mana aku tak gila nak mengadap skor ni sebab satu tingkatan ja dah ader 17 buah kelas...Tu belum masuk time aku kena buat tapisan akhir untuk semua tingkatan dari 1 hingga 5 (yang ni memang keje aku sebagai KP PJPK). Mau juling mata aku. Hehehe...Adeh...Abis semua ni aku tak kira ujung bulan 4 ni aku nak pi panjat Gunung Stong cuci mata plak tgk keindahan alam ciptaan Tuhan. Errr....eh cuti ujung bln ni 3 hari kan?? Mcm nak balik Kedah ja...Errr sempat ka??? Mana satu aku nak pi nie???? Tak per-tak per ada masa lagi aku nak pikiaq. Sabaq2 lambat lagi nak mai harinya :)

Teman baik aku...Setiap hari teman aku berfb atau berblogging :)

Ni baru borang skor untuk Tingkatan 1 belum campur yang dalam plastik lagi  untuk semua tingkatan!!!



Owh Tidak!!!Mataku Merah Kembali

Baru berkesempatan aku nak update entry..Aku dapat MC dua hari bermula Selasa hingga Rabu ini gara-gara dapat sakit mata!!!Sapalah pembawa virus sakit mata ni kat sekolah. Aku pun tak perasan hari Isnin lepas. Kelam kabut idup aku. Argghh tidak!!!! Kenapalah sakit mata waktu ni?? BANYAK skor SEGAK nak kena aku key in. Huhuhu...

Aku harap la sakit mata aku ni sembuh sebelum hari Khamis...Tidak!!! Cek nak pi sekolah. Dah la kena bawak team hoki sekolah untuk MSSD Kulai Khamis ni...Mata oh mata plizz la elok2 ya sayang! Aku rindu kat sekolah tuu..terutama anak2 murid yang nakal kadangkala menghiburkan hati. Anak-anak..kalau korang baca entry ni korang doakan cikgu sembuh ya...Tak sabau nak pi sekolah!!!




* p/s mata sensitip gini ler...asyik nak sakit jer kejenya!!Leceh betuiiii.... :(

3.28.2011

Biadap Sungguh Peniaga Ini

Semalam aku ada temujanji dengan kawan lama. Dah lama tak jumpa kawan aku yang dah beranak sorang ni. Kebetulan anaknya dijaga mak mentua dan suaminya outstation, aku pun mengajaknya keluar makan sama-sama. Selepas makan jer aku terus pi Pandan City. Hajat hati nak tgk shawl yang cantik-cantik dan tambah koleksi. Habis dari satu kedai ke satu kedai aku jelajah. Sampai la satu kedai ni. Mulut aku sememangnya ramah aku menyapa lah peniaga ni :

Aku : awak owner kedai ni ya?
Amoi : yer meh..
Aku  : errr.....wah siap jual tudung2 cantik2 meh? Awak ni islam ker??? (bila aku terpandang ayat seribu dinar tergantung di dinding)
Amoi : taklah saya cina, buddha...bukan islam.
Aku   : Habis u gantung ayat-ayat suci tu kenapa???
Amoi : Saja2 meh...

Memang kurang ajar perempuan cina ni...tak ader hormat agama kaum lain. Mau jer aku penyepak dan tendang cina tersebut! Dan lebih mengejutkan lagi bila aku ternampak papan rehal dan Al Quran berada di atas meja kaunter pembayaran. Ya Allah...Aku mengucap panjang. Sungguh biadap manusia ini. Tergamak yer mempersendakan agama lain demi menarik perhatian pembeli. Sudahnya aku ajak kawan keluar dari kedai tersebut sebelum aku bertindak ikut suka hati aku. Dalam hati memang panas membara. Akan aku adukan perkara ni pada Jabatan Agama Islam Johor... 

Ni lah rupe kedai tersebut...Memang l****t sungguh cara dia mencari keuntungan.