2.22.2011

Biadapnya Engkau!

Seperti biasa awal pagi Isnin ada perhimpunan rasmi. Dah jadi lumrah pagi ni mesti banyak nasihat dan omelan pada para pelajar. Tak sangka pagi tadi dalam kesibukan dan keasyikkan guru- guru dan pelajar lain mendengar apa yang diperkatakan oleh GPK HEM.. Tiba-tiba satu bersuara dengan lantang..

“Bila nak habis ni????”

Eh..eh engkau..Kurang ajarnya!Pelajar mana lah tu?Tertinjau-tinjau jugak guru-guru yang berada di barisan hadapan mencari suara pelajar tersebut!Datangnya dari barisan pelajar Tingkatan 5. Huh..aku ngomel sendiri jugak...Kurang ajar betul budak tu...Ingat yang berada di depan ni siapa???Dah la tak tahu adab.. Yang lain mentertawakan kan jer nasihat yang diberikan oleh GPK HEM. Hai mana perginya adab dan susila pelajar tersebut???

Bila diarahkan GPK HEM tampil ke hadapan..dengan berani dan angkuh disusuli sorakan rakan-rakan. Kalau la ada anak2 nanti dan anak-anak aku macam nie..mau aku sebat sampai lembik! Terlebih didikan ker budak yang kurang ajar tu tadi?Wallahualam...

Malas nak memeningkan kepala aku dengan masalah pelajar biadab ni..
Hai...kena panggil ke hadapan pun boleh berpeluk tubuh dengan angkuh. Entah lah budak sekarang.... 
Gaya budak sekarang bila didenda...


4 comments:

  1. Cikgu ngaja kat sekolah bandar ke? Ingatkan kat sekolah bandar je camtu.. rupanya seluruh negara punya nasib yang sama.Saya dah teliti masalah ni, mungkin dari pemakanan dan didikan mak bapak. Hasil rezeki haram disuapkan kat anak bini. Saya ada juga tinjau famili yang jaga halal haram ni. Anak2 mereka ok semua. Mungkin je la ni.. tak de kajian saintifik lagi.

    ReplyDelete
  2. kadang2 tgk perangai budak2 sekarang.... menakutkan... huhuhu

    ReplyDelete
  3. cikgu hairul : saya mengajar sekolah luar bandar. Sekolah mana-mana pun sama jer cikgu. Saya pun terfikir jugak apa yang cikgu ckapkan tu..kadang-kadang budak bermasalah ni kalau tengok family background dia bagus2 belaka. maybe dari segi pemakanan kot ada unsur2 yang cikgu sebutkan.

    Abang jonni : memang gerun..pelajar perempuan dan lelaki sama naik di sekolah tu!Perempuan pun ada jugak yang gangster!

    ReplyDelete
  4. dasyatnya budak2 sekarang kan feesya..langsung xdak hormat pada guru...mcm mana la nak dpt ilmu klu camtu perangainya..risau anak2 kita masa depan nnt..mintak2 anak2 kita x jadi macam tu...

    ReplyDelete