2.19.2011

Hadiah Si Kecil

Jumaat malam macam biasa aku ada kelas tuisyen Sains dengan budak2 sekolah rendah tahun 4. Masuk saja ke kelas, ada murid dekati aku...Katanya, "Cikgu saya suke cikgu. Hari ni saya nak kasi kuih tart yang saya buat dengan mak kat cikgu. Cikgu rasa la sedap ker tidak". 

Aduh dengar ayatnya cair terus hati aku. Wah ada jugak aku di hati murid. Aku senyum lebar selebar-lebarnya!

Anak murid yang aku ajar tu petah jugak berkata-kata. Iman Fatiha namanya. Seronok pulak rasanya mengajar budak-budak sekolah rendah. Macam-macam ragam. Kalau terlebih perhatian pada seseorang yang lain akan merajuk. Hehehe cute! Happy jer bila tengok budak-budak ni!

Nak tengok rupenya kuih tart tu???? Ni dia......


Sayang pulak nak makan. Hehehe...Ni jer yang tinggal yang lain aku dah ngap dulu dalam perjalanan dari pusat tuisyen balik ke rumah :D. Wah sedap2...Burp!Opss sorry.....Alhamdulillah rezeki hari ni :)



No comments:

Post a Comment