2.09.2011

Hilang Lagi?????

Semalam satu hari tak update blog. Bukan apa..bersedih dengan kehilangan wang aku..Itulah duit yang aku ada tuk bulan nie!Adeh..kurang asam betul punya pencuri. Aku geram sangat-sangat. Ini kali kedua aku hilang duit di bilik guru. Itulah bila bebasnya pelajar keluar masuk bilik guru. Kena pulak tempat aku laluan pelajar untuk ke belakang bilik guru. Geram, marah dan sedih pun ada.

Apsal ya ada orang sanggup mencuri? Apatah lagi kalau duit seorang guru. Tak takut ker kalau cikgu tak halalkan apa yang diambil dan cikgu jugak tak halalkan ilmu yang diajar? Kan tak berkat hidup nanti. Ermm entah la! Dalam marah aku terfikir jugak possibility kenapa pelajar sanggup buat camtu! Haish....

Erm dah bukan rezeki aku, aku redha. Cuma aku tak dapat maafkan kesalahan orang yang ambil duit aku. Kalau tak der duit sekalipun janganlan mencuri...Berdosa. Hurmm dah berdosa pencuri tu dengan aku. Apalah nasib dia bila ajal nanti..aku tak dapat maafkan nie... (kali pertama memang aku boleh maafkan..tapi kali kedua nampak sgt pencuri ni aim aku! So aku tak dapat nak maafkan). Kembalilah ke pangkal jalan wahai pencuri cilik!

No comments:

Post a Comment