2.16.2011

KAMUS ASMARA

Sewaktu menyambut maulidur rasul semalam...aku terkejut dengan kemunculan seseorang..Dia muncul lagi?Tetiba sahaja teringat lagu KAMUS ASMARA nyanyian Kumpulan Mercury..semuanya berkait rapat dengan kehidupan aku masa sekolah dulu. Munculnya kembali kekasih pertama aku waktu sekolah. Aduh...munculnya dengan arca yang berbeda. Dia bergelar duda dan aku masih anak dara dan dia menuntut janji lama. Agaknya apakah sejarah mungkin akan berulang lagi? Dia menagih peluang kedua. Aku takut bila peluang yang diberi disia2-siakan. Hurm...pening tapi hati suka.

Apa pun layan la lirik lagu ni...Dan yang penting aku memang suka dan terkedu bila semuanya muncul semula.wink wink!

Kau masih di sekolah
Dan aku masih mentah
Kita lafazkan kata cinta
Yang tertulis dalam kamus asmara

Kau dan aku terpisah
Dewasa dibawa arah
Kita lupa ada sejarah
Yang tersimpan dalam kamus asmara

Terkadang kau menjelma
Mimpi indah sewaktu bersama
Itu cinta pertama
Tak mungkin kulupa

Pernah aku mencuba
Mencari mu entah di mana
Terkini yang kutemui
Arca yang berbeda

Sayang selasih tuan
Tumbuh di hujung taman
Mekar bersendirian
Sayang kasihku intan
Harum sepanjang zaman
Biar kau milik orang

Kiranya engkau terdengar
Kesan cinta pertama
Walau di mana kau berada
Doaku semoga kau bahagia
Selamanya



3 comments:

  1. blom pernah dgr la lagu ni... huhuhu...

    mcm best je...

    ReplyDelete
  2. abang jonni..try check kat youtube!ader jer lagu tu :)

    ReplyDelete
  3. Masih didengari di 2016 ,
    Lagu2 lamaa mmng terbaik . .
    ����

    ReplyDelete