2.08.2011

Penangan Housemate (Osmate) Baru

Sibuk –sibuk aku shopping buku hari ni kat BADAN CEMERLANG..tiba-tiba aku dapat call dari opis sekolah.

Kerani opis : feesya, ada cikgu baru posting nak masuk umah ko. Pengetua cakap dia suh duduk umah ko.

Aku   : Haaa cikgu baru?Apa ke hal tgh bulan 2 ni ada lagi cikgu masuk? Amboi-amboi En C. memandai ja nak masukkan org baru ya...Jap-jap eh nanti feesya call semula. Memang ada bilik kosong.

Dalam keta aku pun fikir memikir..baik aja aku terima org baru dalam umah aku. Kalau cik adik manis, Aina shif malam takla aku kesorangan. Camtu jugak kalau Cik Dilla balik ke umah dia kat Pontian ada jugak la peneman kan!

Terus ja aku gegas ke sekolah takut osmate baru aku tertunggu-tunggu. Tapi orgnya blom tiba. Aku decide balik umah nak kemaskan bilik yang aku guna tuk buat bilik tamu tu. Ha..nanti osmate baru ble dok situ! Abis segala perabot aku tolak sorang-sorang..Hehehe tak sangka aku ble jadik  ‘Hulk Hogan’. Ya la aku ble tolak almari baju yang memang tersedia berat sorang-sorang masukkan ke dalam bilik tidur utama aku!

So bermula la aktiviti kemas mengemas. Tempat study aku dah bertukar rupa dari dalam bilik dah bertukar ke ruang tamu. Sib baik la ruang tamu luas! Kawan aku yang bertandang sewaktu aku mengemas sempat mengomel “kau kan feesya, kalau kau kawen nanti memang tertonggeng la kau nak angkut barang!Mengalah org dah kawen!Banyak betul perabot kau”. Bila kawan baik aku tu kata cam tu baru aku terfikir..haaaa..mampus jugak aku nanti! Alah lambat lagi aku pun tak tau jodoh aku dengan siapa. Argh lupakan. Yang penting misi aku kena jalan secepat mungkin. Kang osmate baru nak masuk takkan dia nak tgk semua barang aku geledah!

Abis semua meja makan aku ubah..Dari ruang tamu tu aku ubah ke dapur. Argh...gila mana nak kemas ni! Aku dah la penat (blom pun dapat rehat selepas balik sekolah tghari td) tapi aku gagahkan jugak susun semua balik. Kawan aku yang bertandang tu cuma tergelak. Hampeh bukannya nak tolong tapi tgk aku mcm lipas kudung terkejar sana terkejar sini kemas umah.

Akhirnya tepat jam 8 malam aku dapat kemaskan semua yang ada. Argh penatnya!!! Osmate baru aku pun dah di jemput jam 6 petang tadi. Orangnya ok..ramah dan yang bestnya satu sesi dengan aku...heheh mengajaq sebelah pagi. Cikgu BI rupenya!

Dan penangan daripada kedatangan osmate baru, aku penat tak terkata. Sakit badan ka tak payah kata la!Hehehe tadi kuat mcm Hulk sekarang aku dah lembik macam... Abis tenaga!Walaupun penat aku gagahkan dulu update kan blog dengan mata sekejap-sekejap pejam dan sekejap-kejap celik!

Jangan aku sakit pinggang sok sudah! Hehehe....Apa-apa pun welcome to osmate baru, Cikgu Yana 

Pic 1 : Ruang tamu sebelum >>>>>di sebalik perabut ada meja makan


Pic 2 : di sebalik perabut ada meja study aku!!! mcm tak kena ja aku kemas!






No comments:

Post a Comment