2.10.2011

Perlukah Kita Berubah Semata-Mata Ingin Memikat Hati Orang Lain?

Sebaik saja terima jer sms dari seorang rakan, aku terus pening kepala. Si rakan meminta aku menerima hajat dia untuk diperkenalk aku pada abangnya kerana abangnya berhajat untuk mencari isteri.. Permintaannya agar aku bahagiakan abangnya dan mampu memberikan kebahagiaan kepada abangnya...Eh macam yakin jer kawan aku tu..Hai entah la. Permintaanya juga agar aku tukar cara berpakaian bila kali pertama bersua dengan abangnya. Erk...perlukah aku hipokrit tuk memikat hati orang? TIDAK! Aku bukan seorang yang hipokrit. Berubah semata-mata demi orang. Aku masih lagi menutup aurat. Tapi bila diminta agar aku berbaju kurung bertudung labuh kali pertama jumpa dengan abangnya yang khabarnya warak.. aku tak dapat terima. Masih lagi ramai diluar sana gadis-gadis yang baik2 untuk abangnya. Tetapi kenapa aku? Aku tahu dari segi berpakaian aku agak bebas sedikit. Bebas bukan bermakna aku mendedahkan paha yang menggebu atau apa saja milik ku pada khalayak ramai. TIDAK! Masih menutup aurat...tapi aku ada juga berseluar jeans namun tidaklah ketat sehingga menampakkan seluar kecil yang aku pakai...(mcm trend skrg, low waist seluarnya!).

Aku faham rakan ku itu bermaksud baik. Temukan aku dengan org yang baik-baik. Tapi perkiraan aku, aku bukan org yang sesuai untuk abangnya. Maaf ya kawan....aku akui kau nakkan satu perubahan yang baik. Tapi kalau berubah demi orang bukan kehendakku...maaf aku tak dapat lakukan. Aku taknak hipokrit dengan menunjukkan aku lah wanita yang sesuai untuk menjadi calon isteri abangmu. Maaf sekali lagi...

1 comment:

  1. Jumpa je la. Bagus pendirian tu. Jadi diri sendiri. Asalkan tak melanggar perintah Allah sudah.

    ReplyDelete