2.19.2011

Sekolah Ganti

Enak-enak orang dibuai mimpi, aku bangun dari tidur dan melangkah malas ke bilik mandi. Malasnya nak bangun awal hujung minggu macam ni. Apalagi SEKOLAH GANTI la..

Sebut sekolah ganti, waktu kat sekolah memang seronok. Sebab apa??? Huhu pelajar-pelajar yang hadir tak ramai! Dari 2000 orang pelajar...Paling banyak yang datang pun tak sampai 200 orang. Kadang-kadang tu kira-kira ja budak yang datang hanya 100 lebih. Mana yang selebihnya?Hehe aku rasa budak-budak tu diulit mimpi lagi! Jumlah guru yang datang pulak..tak berkurang. Ramai yang datang kecuali yang amik mc atau ada program lain. Waktu ni jugak kalau nak tengok pengetua..huhu memang tak nampak muka. Semedang sibuk. Yer ker sibuk?Hehe..

Aku awal-awal pagi lagi dah berblogging. Ikut jadual aku ada kelas PJ. Aku selesa di bilik guru sebab budak PJ aku yang 4 orang tu tak datang sekolah! Hehe..bagus-bagus..Nanti aku boleh ke kantin menikmati sarapan yang tak seberapa kat kantin sekolah. Dah la mahal..Asyik-asyik menu yang sama. Baik aku masak sendiri lagi sedap!!!

Merepek apa la aku ni awal- awal pagi...Hehe...Dah la aku nak pi kantin jap. Ni ha..tengok ler banyak mana yang datang! Dari penuh tak cukup tempat dataran kejat tu...Boleh tengok kawasannya ada yang lopong...


See lopong jer...Kalau hari biasa mau sesak dataran kejat ni!


Pelajar kelas 3PE3 yang rajin datang ke sekolah.

No comments:

Post a Comment