2.18.2011

SUKANTARA SEKOLAH 2

Hari ni hari kedua sukantara. Nampaknya banyak mata dah dikutip oleh pelajar rumah Jingga. Chaiyok anak2 :). Hari ni aku bukan nak cerita sangat pelajar lari atau lompat. Tapi lebih kepada luahan perasaan semasa sukantara ni. Adeh...entah mana silap hari ni banyak perkara yang berlaku. Kedegilan cikgu-cikgu tak nak bertugas kat padang, mana yang dok buat keje sendiri kat bilik guru dan macam-macam hal lagi. Dah tahu tak der tugas bawak-bawak la jaga anak-anak kita sejumplah 2000 lebih tu...Kalau kata 6 rumah sukan pelajarnya lebih kurang 300 ke atas..sorang dua cikgu nak jaga memang ler tak terjaga! Hairan aku mana nya cikgu-cikgu yang sejumlah 80 lebih kat sesi pagi...setakat 30 orang bertugas yang lain tak membantu...hah memang tak cukup! Kucar kacir jadinya. Aku yang jadi hakim untuk acara lontar peluru terkejar ke sana ke mari meminta cikgu pastikan pelajar pelajar rumah sukan masing2 bersedia mengikut kategori. Hai bagai nak cabut anak tekak. Sampai satu tahap aku tertinggi suara pada guru-guru yang ada. Nasib la kalau kena tengking...

Time ni la boleh tengok siapa yang buat keje dan siapa yang tidak. Aku lihat pagi tadi cikgu-cikgu yang memboyot membawa perut pulak yang terkejar ke sana ke mari mengurus pelajar rumah sukan. Mana cikgu yang lain?Balik-balik yang muka yang sama uruskan pelajar. Sian mak-mak buyong ni. Nasib tak terberanak kat tengah padang..Apapun aku salute dan respect pada cikgu yang turun padang bersemangat memberi sokongan dan menguruskan rumah sukan. 

Hurm luahan perasaan aku tak berkesudahan. Kalau nak dicoretkan banyak pulak bebelan aku nanti... Opss semalam igt nak upload pic untuk sukantara. Huh...spoil betul sebab aku terdelete pic tersebut! Yang ada pic ini jer la satu2-nya yang mampu aku selamatkan. Layanzzz....


Berposing sebelum bertugas


No comments:

Post a Comment