2.18.2011

SUKANTARA SEKOLAH

Hari ni 17/2 dan esok 18/2 berlangsungnya acara sukantara sekolah. Sekolah aku yang overload pelajarnya dibahagikan kepada dua sesi. Pelajar sesi pagi sukantara sebelah pagi, dan bagi pelajar sesi petang dijalankan selepas waktu rehat mereka di sebelah petang. Aku antara guru yang sibuk dengan tugas-tugas tertentu. Dah namanya cikgu option PJ. So aku tak terlepas dari dikejar dengan pelbagai pertanyaan tentang perjalanan sukantara. Penat hendak menjawab. Dan faveret ayat aku “saya bukan SU SUKAN tetapi SU KOKU. Nak pertanyaan lanjut tanya SU SUKAN”.

Tahun ni aku inginkan sangat rumah sukan aku...JINGGA menang at least tempat ke 2 pun tak per...Janganlah tercorot ke tangga akhir iaitu 6. Huh.. waktu sukan ni cikgu memang bersemangat berbanding dengan pelajar. Aduhai waktu ini la dapat tgk bermacam ragam pelajar berlari dan melompat. Aku dan rakan cikgu rumah jingga awal-awal lagi dah pesan pada pelajar kalau lari...tolonglah lari betul-betul. Bagi dapat mata untuk rumah sukan. Masa aku sekolah dulu bukan main semangat lagi kalau berlari. Tapi..budak-budak sekarang berlari semuanya nak dipegang. Pegang tudung, pegang baju (bagi pelajar perempuan). Takut sangat ada benda tercicir. Hehe kelakar pun ada. Lepas tu pulak berlari nya macam lenggang kangkung..hehehe ayunan tangan mcm nak menari dan melambai. Nak ketawa pun ada nak marah pun ada. Aduhai anak! Nak jer aku lari dengan budak..(Ehem-ehem aku masih lagi mampu berlari 100meter dan lompat jauh tau!).

Tengah sibuk-sibuk menguruskan pelajar rumah sukan tadi. Sempat aku snap gambar-gambar perjalanan sukantara untuk hari ini. Tapi tak banyak yang aku dapat snap sebab terlalu sibuk dan kamera aku buat hal..apa lagi bateri kong..(tak sempat nak charge da!!)

Erk kamera aku problem...Huhu nanti jer la aku upload eh!Aku dah penat mencoret ni..Nak tido awal!Esok sukantara lagi..

3 comments:

  1. mane gambarnye cikgu...?hehehehe

    ReplyDelete
  2. haah.. mana gambarnya.... silalah kongsi2... huhu...

    ReplyDelete
  3. sham : alamak kamera kita prob last2 terdelete pic tu...huhu

    abang jonni : tak dapat nak kongsi... :( sorry adeh...

    ReplyDelete