2.20.2011

Weekend Bersama Rakan.

Hari ni lah satu-satunya weekend yang free. Adeh minggu depan weekend aku diganggu lagi untuk aktiviti kokurikulum pula!Straight dua minggu diganggu...waaaa penatnya!

Semalam aku siap pesan kat kawan suruh gerakkan awai pagi. Konon2 takut terlewat ke pasar pagi..Apalagi aktiviti aku pagi ni nak masak yang sedap-sedap. Asyik telan lauk kantin jer!Bangun pagi tanpa sarapan aku terus stat kereta pi ke Taman U.

Lilau punya melilau...Aku decide banyak benda nak beli. Stok untuk seminggu. Hambik! Ikan, ayam, udang dan sotong termasuk dalam senarai. Lagipun dalam peti ais mana ada apa2 dah yang boleh dimasak..Yana yang dok mengekoq aku pun terkejut sebab banyak betui barang yang dibeli. Waktu ni jugak la asyik kena ngorat ngan brother2 kat pasar. Awat..anak dara tak pi pasar ka???Ada yang tanya errrr “Adik masak ker?Haaaa..dah tuu sapa nak masak bang. Aku senyum kambing. Malas nak layan!

Dalam dok sibuk-sibuk meronda dalam pasar basah tu tiba2 mata aku tertancap kat satu ikat petai! Yeah!Dah dapat...Wah tak sabaq nak balik masak sambal udang dengan petai...Lagipun adik kat umah aku tu dah request nak makan sambal udang petai. Bila sebut sambal udang  petai...teringat mak aku..Pergh! Masakkannya tak boleh aku tanding!Makkkkkkkkkk.....Alahai cek nak balik SP huhuhu...

Abis ja perabihkan duit beli barang-barang dapur aku mula mencari nasi lemak daun pisang untuk menyerok (sarapan). Eh betui ka aku sebut! Hehehe...Lagipun perut dah berdendang lagu mintak diisikan...Yana pulak tak tgu lama belikan nasi lemak daun pisang yang kitorang suka!

Perghh sambal nasik lemak tuu...SEDAP!Aku macam tamak nak makan dua bungkus...Tapi teringat housemate blom makan aku sabaq... Walaupun kecik tet tapi sedap..Tambah2 dengan ayaq teh....

Sambal udang petai yang aku masak sudah siap! Cuma nak tgu adik ku Aina bangun tghari dan ngadap makanan yang aku masak ja.. Yana thanks sebab buat sayur...Errr aku pun tak tau sayuq apa..Janji boleh diterima perut aku!

K lah...Nak layan TV dulu dengan kawan-kawan serumah. Selamat bercuti di hujung minggu semua :)


Sambal udang ngan petai hampir siap!Tak sabau ler ;)


Ni la nasi lemak daun pisang tu! ~ ila sorry pinjam tangan tuk jadik model :P


No comments:

Post a Comment