3.31.2011

Doakan SMKKP Berjaya :)

Yeah esok dan Jumaat akan ada Perlawanan Hoki  Peringkat MSSD Kulaijaya. SMKKP sentiasa bersedia untuk menjadi johan pada kali ini. Tahun lepas gelaran Johan dirampas SMK Indahpura.. Harap kali ni anak-anak aku dapat bermain dengan baik dan merampas gelaran Johan. Ikut perkiraan tahun ni bagi perempuan bawah 18 tahun ada harapan tuk dapat gelaran tersebut. Buat sehabis baik ya tak kira la lelaki atau perempuan. Kalau menang cikgu belanja hehehe...errr yang menang sahaja ya!Hahaha.... :P 

Pstt...mata aku dah elok dah..esok boleh bawak budak! Bekal ubat tak kulupa...ngeeee :)

Salah eja da..aku punya nama!! Apapun  OKlah dapat jugak baju sponsor hehehe :)


Perkataan jurulatih tu! tahun ni aku tak sempat nak latih pun tak mcm tahun lepas :( sib baik ada Cikgu Shamsul 

3.30.2011

Orang Sakit Sibuk Di Rumah :)

Hehehe MC yang aku dapat bukan aku pandai gunakan untuk rehat. Mata yang sakit membuatkan aku tak tenang hati. Gatal-gatal mata tu aku tahankan saja.. Errrr...keje yang melambak aku layankan!! Urgh....mata aku sakit pun yang lain boleh digerakkan. Key in data tetap key in data. Skor SEGAK ni aku kena siapkan sebelum 8hb April. Takkan aku tangguh walau seminit pun. Tak suka aku tangguh kerja..Huhu dengaq macam komited ja kan?? Uh memang tahun lepas aku bagai nak gila buat keje tahun ni aku tetap camtu jugak. Gila kerja gamaknya aku ni?? Haha..padan la ada "orang tu" merajuk dengan aku. Tak nak kawan katanya dengan aku. Uiksss...aku sibuk pun marah ker??? Sorry yer awak...kita memang gila kerja..Gilakan awak?Err tak kot..hehehhe :P. Shuke jeee... Wahahah..

Keje..keje..keje....Arghh nak kena siapkan jugak skor Tingkatan Satu & Tingkatan 2. Jumlah kelas dua-dua aliran tu 34. Korang bayangkan ler mana aku tak gila nak mengadap skor ni sebab satu tingkatan ja dah ader 17 buah kelas...Tu belum masuk time aku kena buat tapisan akhir untuk semua tingkatan dari 1 hingga 5 (yang ni memang keje aku sebagai KP PJPK). Mau juling mata aku. Hehehe...Adeh...Abis semua ni aku tak kira ujung bulan 4 ni aku nak pi panjat Gunung Stong cuci mata plak tgk keindahan alam ciptaan Tuhan. Errr....eh cuti ujung bln ni 3 hari kan?? Mcm nak balik Kedah ja...Errr sempat ka??? Mana satu aku nak pi nie???? Tak per-tak per ada masa lagi aku nak pikiaq. Sabaq2 lambat lagi nak mai harinya :)

Teman baik aku...Setiap hari teman aku berfb atau berblogging :)

Ni baru borang skor untuk Tingkatan 1 belum campur yang dalam plastik lagi  untuk semua tingkatan!!!



Owh Tidak!!!Mataku Merah Kembali

Baru berkesempatan aku nak update entry..Aku dapat MC dua hari bermula Selasa hingga Rabu ini gara-gara dapat sakit mata!!!Sapalah pembawa virus sakit mata ni kat sekolah. Aku pun tak perasan hari Isnin lepas. Kelam kabut idup aku. Argghh tidak!!!! Kenapalah sakit mata waktu ni?? BANYAK skor SEGAK nak kena aku key in. Huhuhu...

Aku harap la sakit mata aku ni sembuh sebelum hari Khamis...Tidak!!! Cek nak pi sekolah. Dah la kena bawak team hoki sekolah untuk MSSD Kulai Khamis ni...Mata oh mata plizz la elok2 ya sayang! Aku rindu kat sekolah tuu..terutama anak2 murid yang nakal kadangkala menghiburkan hati. Anak-anak..kalau korang baca entry ni korang doakan cikgu sembuh ya...Tak sabau nak pi sekolah!!!




* p/s mata sensitip gini ler...asyik nak sakit jer kejenya!!Leceh betuiiii.... :(

3.28.2011

Biadap Sungguh Peniaga Ini

Semalam aku ada temujanji dengan kawan lama. Dah lama tak jumpa kawan aku yang dah beranak sorang ni. Kebetulan anaknya dijaga mak mentua dan suaminya outstation, aku pun mengajaknya keluar makan sama-sama. Selepas makan jer aku terus pi Pandan City. Hajat hati nak tgk shawl yang cantik-cantik dan tambah koleksi. Habis dari satu kedai ke satu kedai aku jelajah. Sampai la satu kedai ni. Mulut aku sememangnya ramah aku menyapa lah peniaga ni :

Aku : awak owner kedai ni ya?
Amoi : yer meh..
Aku  : errr.....wah siap jual tudung2 cantik2 meh? Awak ni islam ker??? (bila aku terpandang ayat seribu dinar tergantung di dinding)
Amoi : taklah saya cina, buddha...bukan islam.
Aku   : Habis u gantung ayat-ayat suci tu kenapa???
Amoi : Saja2 meh...

Memang kurang ajar perempuan cina ni...tak ader hormat agama kaum lain. Mau jer aku penyepak dan tendang cina tersebut! Dan lebih mengejutkan lagi bila aku ternampak papan rehal dan Al Quran berada di atas meja kaunter pembayaran. Ya Allah...Aku mengucap panjang. Sungguh biadap manusia ini. Tergamak yer mempersendakan agama lain demi menarik perhatian pembeli. Sudahnya aku ajak kawan keluar dari kedai tersebut sebelum aku bertindak ikut suka hati aku. Dalam hati memang panas membara. Akan aku adukan perkara ni pada Jabatan Agama Islam Johor... 

Ni lah rupe kedai tersebut...Memang l****t sungguh cara dia mencari keuntungan.


3.27.2011

Malasnya....

Adeh sejak dua tiga empat hari ni, aku cukup malas nak update blog ni!Bukan sbb tak der cerita tapi penyakit malas mula melanda seluruh diri aku ni! Tambahan pula perghhh...keje kat sekolah banyak gila! Pagi petang siang malam keje jer sampai kawan-kawan aku dah bebel sebab aku asyik mengadap keje! Ini penangan SEGAK yang diadakan dua kali setahun. Mau makin kurus aku pasni. Tapi peliknya makin aku bz makin naik badan aku..Hehehe tang makan toksah kata kejap-kejap aku ngap..dua tiga minit kemudian aku ngap pastu curi-curi tido walau untuk sekejap cuma..hah mau tak gemuk mana ada makin kurus!

Oklah malas nak bebel tah apa-apa..penyakit malas aku ni dah mula berkurang. Pelaksanaan ujian kecergasan SEGAK dah selesai kat sekolah, aku boleh tarik nafas lega! Tapi ada satu lagi yang aku tak lega-lega, tapi makin sesak pasti ada apa lagi markah yang perlu masuk dalam sistem SEGAK. Pasni keje aku mengadap laptop lama-lama sampai pinar mata! Dan yang pasti aku akan curi masa tuk berblogging semula! Hehehe..itu yang utamanya.




3.20.2011

Apa?Perempuan yang LAMBAT JODOHNYA tidak baik?

Selepas Maghrib tadi aku tgk rancangan Dari Mata ke Hati...aku akui suka tengok rancangan ni.. Episod kali ni tentang rumah tangga. Erkk..i dont like the statement yang dibuat oleh oleh Prof. Dr Muhaya tersebut. Katanya “perempuan yang baik perempuan yang cepat jodohnya,......dan.....”

Err..biar benar Prof ni??Habis aku dan perempuan-perempuan yang belum berkahwin dan lambat bertemu jodoh ni tak baik ker???Kan jodoh itu ketentuan Allah....Adeh..pening-pening....

Bercakap pasal jodoh, aku terima ketentuan Allah. Allah takkan terus bagi jodoh kita. Kita sebagai hambanya perlu berusaha mencari jodoh tersebut dan dalam mencari jodoh tersebut semestinya banyak cabaran yang kita perlu lalui. Hurm..Maybe aku perlu berusaha dan bertawakkal agar jumpa jodoh yang sesuai. Amin...

Errr...siapakah bakal yang mengucapkan kata-kata ni pada aku ya??? Tunggu, menunggu dan tertunggu :)

Sibuk...Sibuk & Sibuk...

Kepala dah pening tgk data mentah yang nak kena masuk dalam sistem SEGAK. Dah 3 hari suntuk aku dok mengadap benda ni ja!!Apa pun tak jadik!!Keja lain banyak bertangguh...oh tidak..pejam celik pejam celik ghope-ghopenya esok dah nak bukak sekolah la...aiseh!Sekejap sangat cuti seminggu kali ni..

Ugh...hidup aku tak terurus dah..sibuk punya pasal. Mana nak prepare bbm tuk geografi dan bahasa melayu lagi. Nak gunapakai bbm yang panitia kasi macam tak lengkap ja!aku lebih suka buat sendiri. banyak buku yang boleh dirujuk. Kena pulak bbm yang kat sekolah tu bila di reso perghh kecik nak mampus. Mata aku yang semestinya empat tu pun kadang-kadang masih rabun lagi nak ngadap bbm yang dikecikkan tu. 

Tak boleh nak membayangkan seminggu yang nak datang ni aku akan jadik robot jap!!Pagi sibuk dengan SEGAK. Petang plak sibuk lagi dengan SEGAK. Dahnya malam la baru aku boleh relaks. Masak-masak..Kena dengan hujung minggu depan pack. Arghh tidak bulan Mac yang sungguh tidak ku sukai!! Dan di saat aku memasukkan entry ni mata aku masih membuntang buat keje-keje aku....Arghhh tidak!!!uhuhuhu....

Mata aku dah kuyu jer skrg ni..oksigen plszz!!!

3.18.2011

Stephan Rahman Hughes....

Tadi dalam kul 830 aku merayap ke Giant Pulai Utama. Tujuan utama aku nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa. Asyik dok nengok blog kawan jer mengatakan citer ni best sampai dua kali dia gi tgk ngan hubby dia. Ish tak ble jadik so aku pun pi jugak la nengok citer tu ngan kawan-kawan serumah. Perghh memang syok pun. Teruja jugak tengok citer ni..Jalan cerita yang menarik dan tidak membosankan. Aku suka citer epik camni. Syabas KRU atas usaha anda menghasilkan cerita sebegini! Tabik springlah...Ermm kalau lah ader orang ajak aku pi tengok citer ni sure aku tak tolak punya...hehehe best dan paling best heronya hansem. Aduhai tido malam tak lena la aku mimpikan stephan rahman hughes tu hahahah...Gagah perkasa!!! I loike hahahha

Sampai sekarang aku tak dapat lupakan stephan...oh stephan...Erm...tak sabarla nak tunggu dvd citer ni keluar...Boleh ku ulang tgk kegagahan stephan.. Hikhikhik...

Betapa gagahnya dia berdiri hehehhe :P

Uh hansemnya mamat nie..tergila-gila dah aku!Jangan aku gila sudah heheheh

3.17.2011

Bunga - bunga....

Semalam aku kata hati tak berbunga-bunga nak balik kan??hehehe err....alamak tarik balik la kata-kata tu heheheh...Erm..dalam perjalanan dari KL ke JB.. aku dikira musafir... Ustaz kat sekolah pernah kata kalau kita berdoa waktu kita musafir Insya Allah akan dimakbulkan..Aku pun berdoa sepenuh hati..Nak tahu doa aku???Semoga hati aku berbunga-bunga sentiasa hehehe...Ada ker org berdoa gitu?? Kalau orang tak doa begitu aku nak doa macam tu lah!Nak tahu apa jadik??Hehehe somebody has call me during my tuisyen class and ask for dinner.. :) Dah berbunga-bunga dah waktu. Hehehe sebab orang belanja...Shukenya!!!

Dan paling shuke err....somebody tu cakap boleh tak nak jengah ke rumah cuti bulan 5 nanti..Errr....mula-mula aku blur jugak. Sempat jugak aku tanya soalan bodoh. "Ada apa nak jengah rumah?Rumah sya ker rumah ***?" tu la lebey kurang soalan aku..Sebab penat memandu dari KL balik ke JB dan ada kelas tuisyen plak malam semalam kan..otak aku jadi lambat pickup..hehehe..Sempat dia cakap... "Umah *** pastu baru jengah umah sya eh"

Errr....alamak...Sempat dia cakap pasal duit dah cukup nak tawen!Err...berbunga sekejap hehehe..dan satu lagi angka hantaran yang aku saja bincang-bincang ngan dia sama pulak dengan nombor badan dia hehehe. Errr...mula-mula aku tak caya tapi setelah dia tunjuk kadnya errr baru aku caya..wink wink..hahahah..Satu kebetulan la plak :)

Balik dari makan malam aku sempat sesat lagi..Hahahha tu la hati berbunga-bunga punya pasal..Dan sampai sekarang hati masih berbunga-bunga...Yeah berbunga la beribu-ribu bunga..Sampai aku rasa aku di taman bunga..hakhak.. 

aku nak hati aku segar cam bunga-bunga ni lah..ngeee :D

 

3.16.2011

JB Here I Come!

Tgk title entry macam poyo jer kan??hehehhe urghh..malasnya nak balik ke JB setelah beberapa lama dok kat Mutiara Damansara ni.. Kalau tak kenangkan ada kelas tuisyen malam ni tak der nya aku nak balik jengah JB tu lagi..Bosan dan tak der apa or sesiapa!! Len la ader pakwe hansem ka kat sana nak jugak hati aku berbunga-bunga nak balik hahaha..Merepek dah aku ni...

Tak sukanya nak balik sana....Ermmm..tak suka-suka pun aku kena balik jugak jap lagi...Doakan aku ya rakan-rakan!Bye.....pin pin..pon pon....JB..jap lagi aku sampai..... (Poyo kembali!!!)

Ada yang nak tumpang ka balik JB???heheheh...keta baru ni...  :P

3.14.2011

Jalan-Jalan Cari Makan 2

Hari ni hari ke-2 aku ada di Mutiara Damansara. Aku dan adik-adik rancang nak keluar jalan-jalan selepas asar. Nak mencuba tempat makan baru yang keluar dalam rancangan JJCM tghari td heheh..(makan lagi!). Tempatnya dekat Seksyen 8, Petaling Jaya. Alih-alih disebabkan yang memandu kereta aku tu pun bukan arif sangat pasal area Petaling Jaya ni sampai la kami ke satu tempat kat Kelana Jaya. Makan kat sini jerlah..Aku pun dah lupa nama kedai makan ni..Tapi yang aku igt dekat-dekat dengan MAS Training Centre. Boleh tahan makanannya. Ada western food, ada masakan kampung, ada macam-macam la! Sebut saja nak makan apa. Aku sempat sebat otak-otak kempas yang ada kat situ..Sama sebijik macam kat Johor! :) . Best! Apa yang aku order hari ni western food. Dah penat makan masakan kampung. Kedondong asam boi dan N.Z Lamb Chop..Pergh..kekenyangan aku hari ni. Jangan naik pening sudah sebab aku tak suka bau kambing...

N.Z Lamb Chop


Adik aku dan adik ipar aku merasai air kedondong asam boi yanga ku pesan :)

Siti dengan Grill Chicken Chop. Makan dik!

Adik ipar aku Mijan..Kalau bab makan dia habis dulu!

Tengah kusyuk memotong daging...hehehe banyak tulang la!

3.12.2011

Jalan-Jalan Cari Makan

Sampai saja ke Mutiara Damansara petang tadi, adik aku ajak gi makan. Katanya jom kita makan kat Cicah Cafe.. Dengaq nama cafe tu ja aku rasa mcm perkataan “cicah”...Tapi bila sampai rupa-rupanya CHEECAH CAFE...Kalau korang alert cafe ni pernah masuk dalam rancangan JJCM. Makanan kat sini sedap-sedap belaka dan harganya berpatutan la bagi aku. Aku paling suka Ipoh prawn mee. Pergh rasa  kuah udangnya kaw. Di saat aku coret entry ni aku masih lagi terasa kepekatan kuah udangnya! Macam nak jengah lagi cafe tu..Nantilah bila ada kelapangan lagi aku nak jengah semula ke sini hehehe.. 

 
Ipoh Prawn Mee ~ RM12.50



Char Koay Teow ~ RM10.80

Dengan adik kesayangan aku :)




My younger sis..Siti sempat lagi senyum ketika makan.


Lelaki Pilihan Cik Feesya :P

Erm...nak tahu lelaki pilihan aku?hehhehe...banyak ciri-ciri lelaki pihan aku. Untuk entry kali ni saja aku utarakan ciri-ciri lelaki idaman/pilihan. Almaklum la ramai sangat dok tanya aku!soalan mereka....:
ë  bila nak kawen?
ë  Nak calon suami macam mana?
ë  Kenapa memilih sangat?
ë  Ciri-cirinya apa?

Aku list downkan kat sini lelaki pilihan aku ya... :

ë  beragama... sebab apa? Sebab dalam melayari alam rumah tangga nanti aku nak bakal suami tu bimbing aku dalam aspek-aspek ketuhanan (keagamaan). Yalah ada kata-kata menyatakan jika kaya  dan penyayang manapun lelaki tersebut, tanpa haluan menuju ketuhanan.. dia bukanlah lelaki terbaik.
ë  Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita. Yang ini memang aku nak nak sangat. Aku nak lelaki yang boleh memahami jiwa kewanitaan aku yang sangat rumit ini. Rumit sangat ker jiwa aku?hehehhe...dan  bertimbang rasa dalam setiap segi. Aku ni jenis bertimbang rasa dengan org yang aku sayang...so nak jugak lelaki  yang ada berpewatakan mcm aku! Kena give n take la kan?kan?
ë  Cerdik dan bijaksana.
ë  Peramah dan mesra. Hahaha...aku ni jenis riuh sikit mulutnya. So kalau pendiam bakal suami aku hah...mau diam jugak jadinya aku. Er...aku tak suke lelaki yang bila aku cakap asyik angguk-angguk geleng-geleng. Yang penting boleh berkomunikasi dengan baik!
ë  Kerjaya terjamin. Ini satu lagi ciri-ciri yang sangat aku titikberatkan. Bukan apa kalau tak der kerjaya macam mana nak sara hidup aku anak beranak nanti?Hehehe...Jangan pulak nanti aku pulak yang sara suami..
ë  Penyabar. Opsss hehehhe...aku suka lelaki yang penyabar dengan kerenah aku...Bukan apa, kadang2 aku suka buat kerenah semata-mata nak uji pasangan. Hahahha..gila lah...(Gamaknya patutla bercinta asyik tak menjadi ja sebab aku ni banyak kerenah kot?).
ë  Boleh berbincang dan berterus terang. Aku ni kalau ada masalah suka berbincang secara elok-elok dengan orang yang tersayang. Dan yang penting berterus terang kalau ada sesuatu yang tidak puas hati..Taknak simpan-simpan dalam hati ya!

Pss...banyak sgt ciri-cirinya yang aku nak senaraikan di sini. Memang susah nak cari yang menepati semua ciri-ciri yang aku inginkan...Yang penting bagi aku sama-sama saling melengkapi. Bukan aku memilih sangat tapi...belum jumpa jodoh yang sesuai! 

Ni jejaka-jejaka kacak yang aku minat!Tapi bagi aku rupa bukan segalanya. Takut bila dapat yang kacak-kacak kang kena kebas huhuhu