3.14.2011

Jalan-Jalan Cari Makan 2

Hari ni hari ke-2 aku ada di Mutiara Damansara. Aku dan adik-adik rancang nak keluar jalan-jalan selepas asar. Nak mencuba tempat makan baru yang keluar dalam rancangan JJCM tghari td heheh..(makan lagi!). Tempatnya dekat Seksyen 8, Petaling Jaya. Alih-alih disebabkan yang memandu kereta aku tu pun bukan arif sangat pasal area Petaling Jaya ni sampai la kami ke satu tempat kat Kelana Jaya. Makan kat sini jerlah..Aku pun dah lupa nama kedai makan ni..Tapi yang aku igt dekat-dekat dengan MAS Training Centre. Boleh tahan makanannya. Ada western food, ada masakan kampung, ada macam-macam la! Sebut saja nak makan apa. Aku sempat sebat otak-otak kempas yang ada kat situ..Sama sebijik macam kat Johor! :) . Best! Apa yang aku order hari ni western food. Dah penat makan masakan kampung. Kedondong asam boi dan N.Z Lamb Chop..Pergh..kekenyangan aku hari ni. Jangan naik pening sudah sebab aku tak suka bau kambing...

N.Z Lamb Chop


Adik aku dan adik ipar aku merasai air kedondong asam boi yanga ku pesan :)

Siti dengan Grill Chicken Chop. Makan dik!

Adik ipar aku Mijan..Kalau bab makan dia habis dulu!

Tengah kusyuk memotong daging...hehehe banyak tulang la!

No comments:

Post a Comment