3.27.2011

Malasnya....

Adeh sejak dua tiga empat hari ni, aku cukup malas nak update blog ni!Bukan sbb tak der cerita tapi penyakit malas mula melanda seluruh diri aku ni! Tambahan pula perghhh...keje kat sekolah banyak gila! Pagi petang siang malam keje jer sampai kawan-kawan aku dah bebel sebab aku asyik mengadap keje! Ini penangan SEGAK yang diadakan dua kali setahun. Mau makin kurus aku pasni. Tapi peliknya makin aku bz makin naik badan aku..Hehehe tang makan toksah kata kejap-kejap aku ngap..dua tiga minit kemudian aku ngap pastu curi-curi tido walau untuk sekejap cuma..hah mau tak gemuk mana ada makin kurus!

Oklah malas nak bebel tah apa-apa..penyakit malas aku ni dah mula berkurang. Pelaksanaan ujian kecergasan SEGAK dah selesai kat sekolah, aku boleh tarik nafas lega! Tapi ada satu lagi yang aku tak lega-lega, tapi makin sesak pasti ada apa lagi markah yang perlu masuk dalam sistem SEGAK. Pasni keje aku mengadap laptop lama-lama sampai pinar mata! Dan yang pasti aku akan curi masa tuk berblogging semula! Hehehe..itu yang utamanya.




No comments:

Post a Comment