3.20.2011

Sibuk...Sibuk & Sibuk...

Kepala dah pening tgk data mentah yang nak kena masuk dalam sistem SEGAK. Dah 3 hari suntuk aku dok mengadap benda ni ja!!Apa pun tak jadik!!Keja lain banyak bertangguh...oh tidak..pejam celik pejam celik ghope-ghopenya esok dah nak bukak sekolah la...aiseh!Sekejap sangat cuti seminggu kali ni..

Ugh...hidup aku tak terurus dah..sibuk punya pasal. Mana nak prepare bbm tuk geografi dan bahasa melayu lagi. Nak gunapakai bbm yang panitia kasi macam tak lengkap ja!aku lebih suka buat sendiri. banyak buku yang boleh dirujuk. Kena pulak bbm yang kat sekolah tu bila di reso perghh kecik nak mampus. Mata aku yang semestinya empat tu pun kadang-kadang masih rabun lagi nak ngadap bbm yang dikecikkan tu. 

Tak boleh nak membayangkan seminggu yang nak datang ni aku akan jadik robot jap!!Pagi sibuk dengan SEGAK. Petang plak sibuk lagi dengan SEGAK. Dahnya malam la baru aku boleh relaks. Masak-masak..Kena dengan hujung minggu depan pack. Arghh tidak bulan Mac yang sungguh tidak ku sukai!! Dan di saat aku memasukkan entry ni mata aku masih membuntang buat keje-keje aku....Arghhh tidak!!!uhuhuhu....

Mata aku dah kuyu jer skrg ni..oksigen plszz!!!

No comments:

Post a Comment