7.22.2012

Apa?Tiket Bas & KTM Habis Dijual?

Baru 2 Ramadhan,  gempar tiket bas dan tiket keretapi habis dijual. Wah dahsyat! Maknanya sebelum puasa lagi tiket-tiket ini telah pun dijual. Nampak sangat saya ni tidak alert dengan semua ni. Almaklumlah pengangkutan awam bukan lagi kenderaan utama saya. Sejak mengajar di Johor saya tidak lagi bersesak-sesak malah tergesa-gesa beli tiket awal kerana saya pulang ke kampung dengan berkereta. Tidak macam dulu (suatu ketika saya pernah bekerja di Kuala Lumpur) pengangkutan awam lah kenderaan utama saya.

Pernah saya menangis gara-gara tiket yang dibeli tiket palsu walhal dibeli di kaunter tiket. Lumrah ditipu hidup-hidup ketika musim perayaan. Haha sungguh nostalgia. Di malam raya menanti bas tak kunjung tiba. Nasib ada adik bersama-sama. Dan nasib juga menyebelahi bila kebetulan terdapat bas tambahan yang mempunyai dua kekosongan. Alhamdulillah rezeki..balik jugak walaupun lewat hingga tiba di pagi raya. Ohh bila dikenang sungguh nostalgia haha...

Apapun...dengar berita tiket akan ditambah. So kepada sesiapa yang nak balik beraya menaiki kenderaan awam merancanglah dari sekarang ya! Takut nanti terkandas pula :). Selamat berpuasa & jangan ingat nak beraya ja. Selamat beramal semua. 

Musim perayaan pengangkutan seperti bas ekspress menjadi tumpuan.



No comments:

Post a Comment