7.14.2012

SENAMROBIK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA


Tak terlewat untuk saya postkan apa yang berlaku di sekolah sepanjang minggu lepas. Selasa 10/7/12, sekolah saya tak terkecuali menyahut seruan kerajaan untuk mengadakan senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang mana merupakan kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan.

Bertungkus lumus saya dan anak didik menghafal step agar hari tersebut sama-sama dapat dimanfaatkan. Semoga warga SMKKP sentiasa cergas. Saya lihat sepanjang aktiviti berlangsung ramai pelajar yang masih segan silu untuk melakukan senamrobik. Kalau guru? Hehe lebih bersemangat saya kira. Ayuh gerakkan badan senam dan bersenam. Harap-harap program ini dapat dijalankan untuk tahun-tahun seterusnya. Ada gimik yang dibuat oleh guru pengawas yang saya pun tak terjangka di mana ada “hantu-hantu” yang bersenam sambil memakai kostum. Apa pun terima kasih kepada guru pengawas tersebut kerana menjadikan program untuk hari tersebut meriah. 

Layankan gambar-gambar yang diupload untuk tatapan semua. Ini baru sebahagian dari sekolah pelajar saya yang berjumlah hampir 3000 orang pelajar. Sesi pagi sahaja gamat satu sekolah!

Antara guru yang bersemangat melakukan aerobik. Bravo cikgu..tetap maintain cantik :)

Inilah crew aerobik saya...bertungkus lumus berlatih!

Semangat macam ni saya suke..cikgu-cikgu SMKKP BOLEH!

Inilah hantu crew yang beraerobik memakai kostum.



Macam-macam gaya ada

Sebahagian warga SMKKP.

No comments:

Post a Comment