11.30.2013

Musim Kenduri Tiba Lagi

Saat bermula cuti sekolah sahaja, anak-anak murid mestilah happy. Cikgunya? Apatah lagi..Eh ya ka? Aku tak rasa seronok pun bercuti kali ni. Sebab apa? Ya tuntutan kerja mengawas peperiksaan SPM belum berakhir. Nak pulak 3 hb Disember baru abis. Hmmm..nak bercuti lama-lama tak lah rasanya. 

   Sebut cuti sekolah sinonim dengan majlis kawen. Time cuti sekolah memang akan berderet segala jemputan. Nak pergi yang mana? Dekat jauh memang tak tolak. Biasanya time kendurilah sanak-saudara yang jauh yang dekat berkumpul. Terkenang sewaktu adik aku melangsungkan perkahwinan 3 tahun lalu. Memang tak menang tangan. In Shaa Allah..tahun depan adik bongsu aku plak punya majlis. Aku punya majlis? Aku pun tak tahu bila...Akan sampai jua masanya. Aku tenang menanti ketentuan Allah walau dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu (gelora di hati siapa tahu kan??kan??)

   Buat bakal mempelai di luar sana, selamat pengantin baru...kelepuk kelepak kelepuk kelepak renjis-renjis dipilis, ditepungilah tawar...Aku doakan mempelai-mempelai diluar sana bahagia sehingga ke Jannah. Amin.  Aku pun sibuk dengan jemputan. Esok sahabat CF kawen..Sedang memikir sampaikah ke sana nanti?In shaa Allah. 

Tahniah M.N.Azizi & pasangannya. Semoga  bahagia till Jannah.



1 comment: