12.03.2013

Last Day Exam SPM 2013

Hari ni teruja sangat sebab last day untuk mengawas SPM. Paper Bahasa Cina & Bahasa Tamil. Sepanjang jaga exam para pelajar sebuah sekolah ni masih lagi tertib tingkahlaku. Ermm haraplah abis ja paper ni nanti diorang tak berjimba bakar mercun or bertindak luar batasan. Actually seronok juga jaga exam SPM...di samping bertugas boleh jugak kenal2 guru satu daerah. Tambah kenalan. Teringat kali pertama jaga exam SPM di SMK Kulai Besar tahun 2008. 1st posting. Indah dikenang sebab rakan sekerja teramat sporting habis. Ketua pengawas plak guru satu sekolah..yang aku suka..di samping tugas claim masyuk jugak sebab masa mengawas sek aku dulu dah la jauh dalam daerah Kulaijaya..bleh claim elaun harian sebab lebih dari 26 km. Walaupun dah berbeza negeri dan tempat sekarang dan claim lebih rendah..itu tak jadik hal sebab yang penting pengalaman dan ini salah satu cara untuk tengok sekolah orang. Dalam dok jaga exam kita boleh nilai jugak mcm mana sek lain diuruskan. Sambil menyelam minum air org kata. Baik berfikiran di luar kotak pemikiran. Aku tengok di sek yang aku mengawas ni rata2 anak cina...dah nama sekolah cina. Ada juga anak2 India dan Melayu (kumpulan minoriti) yang menjawab peperiksaan sangat tekun. Aku mengawas pusat yg pelajarnya pandai dan sederhan. Jrg nampaknya pelajar ni menidurkan diri kalau tak dapat jawab soalan. Kalau sebelum ni pengalaman pertama dulu pelajarnya lebih banyak tidur dari menjawab. Sempat lagi karang mimpi dalam dewan exam kan? hehe Oklah aku tak nak panjang lebar menaip..ni pun aku curi2 online ja. Aku nak offkan tablet balik kang sambung mengawas. Cukup 10 mins utk update blog. Daaaaa..

No comments:

Post a Comment