12.04.2013

Resepi Siput Belitung Masak Lemak Cili Padi dan Belimbing Buluh



Bangun pagi  tengok mak dah keluar dengan abah ke klinik pakar tulang. Yang aku terima adalah order dari mak suruh masak siput sedut dengan belimbing buluh. Mak oiii sudah. Aku bukan selalu masak benda ni. Rasanya 3 thn lepas pernah masak tu pun tolong mak kat dapur. Lauk pauk lain boleh la masak. Teraba jugak cari resepi. Aku google last dapat resepi tapi diubah cara penyediaannya. Jom aku nak kongsi resepinya.

Bahan-bahan
    800gm/ sekilo siput sedut (basuh & buang hujungnya)
    3 ulas bawang merah *
    2 ulas bawah putih *
    1 inci kunyit
    5 biji cili padi (ikut suka) *
    1 mangkuk santan
    1 kiub pati ikan bilis
    5 biji belimbing buluh
    1 batang serai diketuk
    sehelai daun kunyit (hiris nipis)
    secawan air
    garam secukupnya

Cara-cara

1.       Masukkan siput yang sudah dibersihkan & dibuang hujungnya ke dlm periuk bersama bahan yang ditumbuk lumat  (bahan2 yang ditanda *) masukkan juga secawan air dan rebus sehingga sedikit masak/empuk buah belimbing buluh dan siput tadi.
2.       Masukkan santan, kiub ikan bilis & serai. Kemudian masak dengan menggunakan api sederhana supaya santan tidak pecah minyak.
3.       Sentiasa kacau perlahan supaya santan tidak berketul. Setelah hampir 5 minit perasakan kuah garam secukupnya.
4.       Masak lagi selama 2 minit kemudian tutup api dan taburkan daun kunyit dan sedia untuk dihidang. 

Ta da.... Inilah hasilnya!!
Selamat mencuba.dah pukul 1.23 tghari..Jom tak sabar nak makan dengan nasi panas-panas. Mak pun dah balik dari klinik. Lapar serta merta. OK. Selamat menjamu selera semua.

No comments:

Post a Comment