10.30.2014

Aplikasi Powtoon Salah Satu Medium Untuk Menarik Minat Pelajar Dalam Multimedia

Pernah dengar aplikasi powtoon??? Powtoon merupakan aplikasi internet yang menarik untuk mereka yang berminat membuat video animasi dan persembahan. Senang saja daftar akaun secara percuma dan kita boleh bina video animasi. Actually cara-cara membuat video animasi dan persembahan juga disertakan dan kita boleh simpan atau kongsikannya di youtube.

Disebabkan aku ni memang suka bab-bab internet multimedia bagai. Aku buat ABM geografi (slide yang selalu aku guna dalam kelas) banyak-banyak. Dan tak tersangka aku dapat promo untuk langgan powtoon premium secara percuma. Best weh guna aplikasi animasi ni untuk buat slide. Tak jemu untuk mengajar. Budak-budak pun suka. Bila aku selalu sgt guna sampai satu tahap aku nak kongsi ilmu jugak kat budak-budak gunakan aplikasi ini untuk hasilkan kerja PBS mereka bab 16 " perkembangan sistem perhubungan di Malaysia". So aku suh depa gunakan aplikasi ni untuk hasilkan pembentangan multimedia. Ok gak kan. Dah dalam era teknologi ni kena jugak ajar pelajar-pelajar serba sedikit pasal teknologi komputer ni. Tak der lah depa blur sgt..Sbb yang ada yang tau asyik online fb, main game tu jer kan. Kalau suh pelajar hasilkan satu kerja menggunakan teknologi ni bagus juga.

Sepanjang mengajar kelas geografi, aku amik 2 weeks untuk suruh pelajar hasilkan projek multimedia ni. Macam-macam ragam. Pening jugak nak tgk dan ajar person by person. Budak sekarang diorang memang pandai multimedia. Ya aku tahu tu..tapi kebanyakkan tahu hanyalah yg melalaikan ja. Kalau suruh pelajar guna publisher, misrosoft word buat folio kita bagi spesikasi : font apa, size apa, spacing berapa hah.. ada yang selalu online fb tu mula terpinga-pinga. Tak caya cubalah kat anak murid sendiri. Hehe. Sebab hasilnya nanti tak seperti yang kita harapkan erghh..

Berbalik pada powtoon actually aku nak kongsikan hasil kerja pelajar aku. Memang boleh bagi band 6 lah. Mostly pelajar (bukan kelas yang aku ajar) yang selalu stay selepas waktu sekolah ngn aku kat bilik ICT semuanya nak try buat powtoon. Animasi ni memang menarik. Trylah google dan godek-godek aplikasi tu untuk buat slide untuk bahan bagi pdp. Tak rugi pun. Tapi bersabo yer kalau mula-mula guna memang kita tension hehe. Lama-lama kita asyik terperap depan pc tau. Serius teruja ja dok buat bahan banyak-banyak. Jom tgk pelajar aku ralit buat powtoon ni dalam kelas sampai aku snap pic pun tak sedar.

Kusyuk kan anak-anak ni? Selalu pantang nampak aku angkat kamera mesti ada peace punya.

Ni aplikasi powtoon tu. Nampak macam slide powerpoint sekali imbas


Jom kita lihat hasil kerja mereka dalam bidang multimedia. Di bawah ni hasil kerja Luqman Haqim



Yang ini hasil kerja hanan adlina..Ya anak cikgu suka!


No comments:

Post a Comment