10.30.2014

Counting The Days To Travel

Waktu free sebelum dan selepas kelas selalunya aku rajin sediakan bahan ABM. Hujung tahun macam ni semua kelas dah habis silibus. Tinggal hanya untuk ulangkaji sebelum exam akhir tahun minggu depan. Aku dah siap marking pbs.So skrg hanya sibuk dengan sesi memasukkan penilaian tersebut dalam sistem offline.Sambil dok buat keje otak dah mula menerawang ke luar negara hanya jasad sahaja di depan meja di bilik guru. Kenapa? Mood cuti dah mula nak menguasai diri. Ya...i'm counting the days. Tak sabar rasanya nak travel secara backpack. Sungguh dulu teringin nak pergi luar negara. Tapi keadaan tak pernah mengizinkan. Kalau pergi pun dulu-dulu sebelum mama sakit ke luar negara tu pun pergi MEDAN. Alhamdulillah bila dah balik ke negeri asal mengajar di sini, banyak dapat aku selesaikan satu persatu dan diberi jugak dengan mudah dan senang untuk merancang travel ke luar. 

TRAVEL BACKPACK. Masa dok Johor selalu tgk this females teacher rozekruzaini (female backpackers) travel ke beberapa negara. Bila lihat rakan aku ni gemar travel SPIRIT NAK MENGEMBARA tu meresap dalam jiwa (Ceewah..rozek i puji u!). Kali ni banyak perkara yang perlu disediakan sebelum nak travel. Perancangan kena rapi. Dan berminggu-mingu jugak aku dok buat study tentang negara yang nak aku pi tu. Dari segi budaya, makanan, tempat tinggal macam-macam lah aku kena study. Kalau pi guna agen pelancongan tak kisah dah ke mana hendak dituju sebab semuanya termasuk dalam itinerary kan..kalau sendiri ker semua kena settle sendiri. Tempat penginapan, tempat makanan halal, tempat lawatan, supir dan kereta sewa semasa di sana haish serba serbi lah kena carik dan study. Banyak jugak blog yang aku lawati dan kunjungi untuk study tentang negara yang akan aku lawati nnti. Antaranya blog nurul harnani , MariaHoney dan LUV Serba banyak TIPS & INFO yang aku peroleh. Boleh jadikan guide untuk ke sana nanti. Sebenarnya banyak lagi blog atau laman yang aku ikuti terutama untuk backpackers. 

Okay..tinggal lagi sebulan lebih (45 hari) sahaja lagi. Sampai aku letak counter widget kat blog tu. Poyo jer kan kikiki. Permisi diri dulu yaa  Nak isi borang kebenaran keluar negara jap. Kang ketua jabatan tak benarkan plak. Hihi..daaaa :)


Jom tenung dulu peta Bali...

1 comment:

  1. alhamdulillah. terima kasih share kan link sy. kita sharing is caring :)

    salam ukhuwah dr nanie utk awk tau

    ReplyDelete