10.29.2014

Program Pemimpin Muda Sukan

Dua hari aku attend program pemimpin muda sukan menemani anak-anak didik dari 28-29 di PKG Sg Ular, Kulim. Best!! Sebabnya pengisiannya mendidik pelajar menguruskan sendiri kelab sukan di sekolah. Dengan menghadiri program ni automatically guru, 2 org pelajar tu tahun depan kna tubuhkan kelab. So guru sebagai penasihat dan seorang pelajar sebagai pengerusi, manakala sorang lagi naib pengerusi. Bertambah jugak portfolio aku di sekolah untuk tahun depan. Nak letgo yang mana ya? huhu... Dalam program ni ada ice breaking, modified game mcm2 pengisiannya. Balik nanti pelajar tersebut at least ada sedikit pendedahan bagaimana nak adakan aktiviti dan bagaimana nak uruskan sukan. Mudahkan pengurusan aku sebagai setiausaha sukan. At least ada pelajar yang tahu dari segi pengurusan sukan. Guru bertindak sebagai tutor. Sebut pasal ni , teringat zaman sewaktu sekolah dolu-dolu pelajar yang uruskan sesuatu kelab atau aktiviti, cikgu hanya bertindak sebagai tutor ja. Nampaknya sekarang baru nak lahirkan dan gilap semula potensi pelajar dalam melaksana dan memimpin sesuatu kelab. Bab nak laksanakan di sekolah aku..alhamdulillah maybe kekangan kurang sebab pelajar-pelajar ni mampu untuk menjalankan aktiviti di bawah pengawasan dan pemantauan guru. Di hari kedua program pemimpin muda sukan ni.. mmg dapat tgk pelajar-pelajar dr sekolah sekitar kulim, handle dan kelolakan modified game. Seriusly depa memang kreatif. Kadang-kadang tak terjangkau oleh cikgu mcm aku ni. Ok jom layankan picture sepanjang dua hari meneman pelajar tersayang kursus. Layan!!

No comments:

Post a Comment