12.16.2014

Bali 2014 (Day 1)

Percutian ke Bali dah lama aku rancang dengan kawan baik Raja Norzaima. Asalnya nk gi travel tanpa agent. Tapi memandangkan kami berdua tak pernah travel ke luar by our own..(melainkan dulu waktu kecik family pernah bawak pi medan) so guna khidmat supir  Pak Izmi dari Bali. Ini pun Pak ?? (opss lupa nama) yang kenalkan. Dari travel berdua last-last jadi empat orang (termasuk rakan sekerja selepas berjaya diajak). Kami ke Bali dengan menaiki Air Asia. Haha sebenarnya banyak tragedi kat airport. Oleh sebab tak pernah naik  dan tak biasa dengan keadaan kat KLIA2 kalut dibuatnya aku berempat dengan kawan umpama peserta Amazing Race dah..terkejar-kejar. mananya taknya gate tutup kul 4. Dan lewat seminit dua pun dah tutup. Ingatkan aku n da gang berempat lewat. Rupanya ada lagi pasangan suami isteri yang baru berkahwin lewat (aku usha inai dijari). Masa sampai gate P15 (giler...jauh benar!!!!!!!) tengok-tengok dah ditutup gatenya. huhu sedih weh. Hampa. Last kawan aku usaha panggil pegawai kat kaunter gate sebelah. Nasib baik dapat naik. Tapak jer kaki dalam flight huh..terasa penatnya berlari tak cukup tanah. Hahaha..Sampei terlena sengguk-senguk aku. Sib baik seat sebelah kosong.

Sampai Bali jam 7.40 mlm. Settle isi borang immigration baru leh kluar dari airport. Sampai arrival hall wahhhh...rameinya tertera nama-nama tourist kat kertas di tangan agent. hehe..Berpinar cari Pak Izmi. Skali nampak nama aku eh.....mude lagi Pak Izmi (sebenarnya adik Pak Izmi  iaitu Ady). Dia bawak kita orang pi makan dulu sebelum ke hotel. Makan plak kat tempat yang aku rasanya lebih kurang mahal la jugak sebab sorang ja RM40+ bersamaan Rp 144 457+ termasuk tax. Tobat pasni ajak dia ke gerai tepi jalan ja. haha.. Selesai makan aku ajak Ady cari kartu XL Axiata kat Kuta (kata Ady diorang bukak kedai sampai pukul 11). Tak nak la aku rooming ni kan tak pasal balik dari Bali bil cecah ratusan ringgit. Heh tak kuasa. Baik cari simkad diorang kan dh ler murah Rp 15000. aku topup Rp 50000 = RM13 kot utk call my en tunang and online sepanjang berada kat sini. Dah penat kat kedai phone terus ke hotel. Woww..cantik jugak Bali Sandy Resort. Bilik pun besar. Pueh hati... Oklah aku belanja selfie ja lah yer. Tak larat nak taip. Penat dan mengantuk bahana race kt KLIA2. kikiki...Adioss layan! Jumpa lagiii daaa....


muka penat selepas "amazing race" kat klia2 tapi maintain cute!

we all dah tiba di Ngurah Rai International Airport :)

dinner kat sini standard mahal mcm makan kat secret recipe jer! bagi aku tetap mahal sbb jenis aku makan kat warung lagi jimat!!!
salah letakkan sudu aku tuu...tu makna dah selesai mkn. lupakan etika mkn! kiki tgk ikan tu pun dah kenyang!



beli simkad dolu..wajib!


Ikuti Bali Day 2


4 comments:

  1. feesya, just nak pesan. hati-hati mkn kat gerai-gerai tepi jalan kat indon. kat sana ada yang kata halal tapi kdg diorg serve pork atau mknan lain yg tak halal. even kat hotel pun kena tgk jugak. tny diorg, daging apa yang diorg serve tu. kat bali, makanan halal lebih mahal daripada makanan western. . a enjoy your holiday.. :)

    ReplyDelete
  2. Rozek thanks for ur info. Aku tak makan kat warung sebab sepanjang yang aku tengok banyak babi guling, Langkah terbaik aku cari maggi..haha nak makan masakan padang x selera. Last aku mintak nasi n seafood ja. Hari pertama sampai last day memang nasi n ikan yang aku pilih. kecuali kat mcd makan ayam. haha..nak kena bawak travel mini cooker. Masak sendiri mcm ko buat.

    ReplyDelete
  3. Salam nak Tanya SimKad Indonesia tu brapa internet dia utk satu minggu? And beli kat mana hehehe, coz I akan stay dkat Bali Sandy Hotel tu gak belakang beachwalk mall right

    ReplyDelete
  4. Salam nak Tanya SimKad Indonesia tu brapa internet dia utk satu minggu? And beli kat mana hehehe, coz I akan stay dkat Bali Sandy Hotel tu gak belakang beachwalk mall right

    ReplyDelete