12.22.2014

Bali 2014 (Day 2)

Baru hari ni berkesempatan nak post entry tentang percutian aku ke Bali. Ikut itinerary hari kedua ni bermula dengan Tegallalang, Ubud (rice terrace). Hari ni kami ditemani Pak Budi ke sana. Kalau lah aku boleh ulang lagi ke sini memang tak mau amik Pak Budi...Baik lagi Pak Eddy (Pak Edy lagi sporting). Haishh lupakan bab tak puas hati tu sepanjang di Bali penangan Pak Budi ni..Kita share dulu perjalanan manis di sana. Bertolak sewal jam 8.00 pagi sampai di sana pun masih awal. Tak ramai orang. Kedai tepi-tepi jalan jual cenderamata tu pun blom bukak. Yang aku tau turun jer dari kereta terus ku tuju ke bawah. Nak tengak padi bukit ni. Almaklumlah kat Kedah aku tengak padi sawah ja. Cantik view di sini. Tak puas aku menatap keindahan padi huma yang ditanam secara bertingkat-tingkat ni. Maybe orang  lain tak minat tgk view-view (sebab kat Malaysia pun ada??) tapi bagi aku keindahan alam tu sangat payah untuk ku ungkap hanya ucapan Subhanallah, Allahuakbar ja mampu meniti dibibir. 

Cantikkan padi huma ni. Elok jer berteres-teres.
Us @ Tegallalang

Selesai snap gambar kami bergerak ke Bali Pulina. Tak jauh dari Tegallalang (Just 5 mins). Aku mintak Pak Budi singgah sini sebab terbaca kat blog sapa tah tentang kopi luwak ni. Hokey korang kalau nak tau kopi luwak ni spesel sikit. Sebabnya Luwak (musang) ni makan kopi yang bagus-bagus pastu dia berak. Kopi yang tak hadam ni diambil dan diproses menjadi kopi. Haha dengar pun dah geli. Alamak dari najis binatang tu ker..tak palah..Just tgk macam mana kopi ni dibuat ja. Kopi luwak ni mahal ya! Tak di kasi free. Aku pun tak hingin kopi ni. Kat sini ada macam-macam. So korang pun boleh duduk kat sini sambil menikmati kopi/teh/koko for free tengok view yang cantik dari sini.

Bali Pulinas. Yok tengok kopi luwak..Tgk ja ya!
4 of us..tengah tunggu kopi free sampai..
Jeng-jeng...ni kopi/teh/koko yg free..korang boleh cicip ler yang mana sedap!
View sewaktu melayan kopi...cantikkan!

Tak lama di Bali Pulina, kami bergerak ke Kintamani untuk makan tengahari (tak makan pun sebab aku bau masakan mereka pun dah 'bergelora' tekak). Di sini just ambik angin tengok keindahan gunung Batur dari jauh. Gunung berapi ni masih aktif ya! Cantik pemandangan dari sini. Sayup-sayup jer nampak gunung berapi tu. Macam nak duduk lama-lama. Tapi kenangkan kawan yang tak nak duduk lama...ikutkan je lah. 

Sayup-sayup gunung batur dari jauh dari Kintamani 
Gunung Batur
Then terus ke destinasi berikutnya Taman Ayun Temple. Kat taman ni ada kuil di tengah-tengah taman. Cantik! Untuk pengetahuan semua, taman ni terletak di Mengwi. Sempat snap beberapa keping gambar. Dan sempat jugak naik menara tinjau untuk lihat panorama pura taman ayun ni dari sudut atas. Mak gayat sebenarnya tapi naik jugak tangga untuk amik view dari menara atas tu!

Taman Ayun Temple

Jom naik atas!

Pura Taman Ayun view dari tepi tembok

Cek memang tak masuk ke dalam Pura ni..tengok dari atas menara ja lah!

Last pit stop untuk hari ni Tanah Lot. Seriusly aku suka panorama di Tanah Lot. Subhanallah. Baru aku dapat  lihat dengan mata ku sendiri bentuk muka bumi tebing tinggi ~ gerbang laut. Ya...ada bagusnya aku ke sini. Nanti bukak sekolah boleh aku kongsikan cerita ni dengan anak didik aku dalam kelas Geografi. Rasa macam tak nak balik. Nak tengak sunset kat sini...Tapi apakan daya badan dah penat! Balik awal pastu tinjau aktiviti malam di Kuta dan mkn malam di McD. Nasi n ayam ja aku makan. Haha aku sempat snap sikit jer gambor malam tu. Itu pun depan HRC semata-mata nak belikan  T-shirt yang adik n kawan pesan. That's for day 2. Nantikan next entry...Daaa

Sampai juga akhirnya Tanah Lot. :) Muke happy

Selfie manja-manja gitu

View kat sini pun tak kurang cantiknya tau...Best tgk laut luas..

Satu-satunya pura yang berada di tengah laut kat Bali ni. Unik.

Mari belajar geografi...itu namanya gerbang laut.
soping at HRC Bali. Anip halim bukti yer aku dah datang! Bila mau amik baju?
Abaikan pic yang blur janji HRC punya tugu tu  besau k.


                                                                               

No comments:

Post a Comment