12.05.2014

Demam Bertandang


Dalam dok mengira hari e-day, hari nak bercuti-berjimba, tetiba demam bertandang. Ok positifkan diri. Allah sayangkan hambaNYA sebab tu lah diuji apabila kita alpa (sesungguhnya dalam kita sedar xsedar adakalanya kita alpa). Sakit-sakit aku kena gagahkan jugak. Banyak benda kena settlekan. E-day dah tak lama. Nasib baik segala hantaran tu aku dah siap-siapkan gubahan tapaknya sebelum cuti sekolah. Tinggal nak letak barang jer. Masalahnya barang, buah dan sebagainya aku blom beli.  Then mintak permisi mak abah nak kluar ngan 'encik hatiku' shopping dan kebetulan memang nak hantar kereta pasang lips dan skirting. Hahaha gugur rambut aku kau nyah berhabis dekat 1K lebih tuk kereta jer...dushh..alamak kena simpan lain la tuk kawen!

Dok pasang aksesori kereta aku rasa macam tak sedap badan. Muke aku...jangan citer lah sememeh tahan panas. Ya...rasanya semakin panas badan. Batuk plak menjadi-jadi. Abih pasang jer aksesori tu aku ajak 'encik hatiku' pegi klinik. Tak tahan weh..koi menjadi-jadi plak batuk berirama aku ni. 'Encik hatiku' plak suggest Poliklinik Lau & Goh dekat pekan Kulim. Check punya check doc cakap badan aku suhu badan naik n nafas aku berbunyi..paru-paru ada infection ler tu. hoho...mau taknya siap kahak lagi.. Satu yang aku nak share kat sini the doctor is so nic. Lembut ja cakapnya. Sejuk tetiba badan ni haha...tenang ja hati. This chinese doctor memang sangat baik. Mulanya dia panggil aku puan hihi then after she noticed that i'm not married yet dia minta maaf sebab panggil puan haha.. its ok doktor. At the age 33 supposed aku dah kawen. I tau I nampak matured kikiki...haishh 

Oklah tak nak membebel panjang-panjang. Nak tido awal. Esok dah janji dengan kawan yang nak datang pasang pelamin. Nanti aku upload lagi the story. Sebelum tu nak makan dlu. Tengok ni banyak pulak ubatnya. Liatnya nak makan ubat. Tapi nak baik kan, layanlan ja lah!










No comments:

Post a Comment