12.09.2014

Packing List Untuk Female Traveller

Selama ni aku dok tercari-cari senarai packing untuk female traveller until one of my friend Rozek Ruzaini post dalam  Malaysia's Female Backpackers & Traveller tentang packing list untuk female traveller ni. Lagipun aku baru-baru nak mencuba travel ke luar ni. Kadang-kadang buntu gak sebab semua benda rasa macam perlu jer. Almaklumla selama ni dok pi jalan-jalan dalam Malaysia ni segala mak nenek aku angkut :P. Naik kereta plak haha..memang senang aku angkut itu ini. Tapi kali ni aku cuba-cuba angin luar takkan nak angkut semua benda kot kan? Alahai...mau kena charge lebih-lebih nanti bila luggage melebih-lebih beratnya. 

Yang packing list ni aku cedok dari Rick Steves List tetapi aku tambah dan olah ikut kesesuaian Muslimah cam kita ni. Takkan nak handuk jugak skirt-skirt2 pendek tu kan??haha

Listnya :

  1. 2 pasang kasut ~ satu yang terbuka/satu tertutup
  2. 1 pasang rainproof jacket
  3. 2 pasang seluar kalau boleh amik la yang cotton sebab senang nak cuci cepat plak     kering bila dibasuh kan!
  4. 4 pasang stokin ~ jangan ler sepasang jer bawak haha..idak ler nak bau bacin kaki awok tu!
  5. 1 baju renang ~ hatni yang muslimah ade kan?
  6. Bra
  7. 5 pasang seluar dalam ~ senang pakei jer yang pakai buang
  8. 4-6 pasang t-shirt
  9. 2 pasang cardigan
  10. 3 pasang tudung ~ bawak jer yang senang match dengan semua baju.
  11. Kain telekung
  12. Baju tidur
  13. Skirt labuh ~ in case kalau kita lawat tempat2 ibadat kadang-kadang kena pakai kain
  14. Toiletries  ~ Ikut ler korang nak packpack apa. Kalau boleh guna jer yang travel pack. Perlu ingat sesetengah hotels kat negara luar tak provide benda alah ni.
  15. Ubat-ubatan Bubuh jer lam pill organizer and jangan lupa tulis preskripsi ubatan tersebut

Cukup ker? Haha..bila aku tgk list ni balik. Macam tak cukup ja aku bawak. Oh ho...one more aku lebih selesa bawak pad sendiri kot-kot time tu bendera jepun datang menjengah. Haha.. spare jer 3 keping. Tak cukup jer kat negera yang kita tuju tu pun ada jual kan. Hehe.. Yang penting pack it light!

Hokey nak lebih detail korang check sendiri la kat Rick's Packing List . Aku nak pack plak barang-barang aku. Haha...excitednya nak ke bali. Pas bali ke Krabi plak. Tunggu lah entry travelogue BALI-KRABI 2014. 

Travel Pack List. Korang check ler mana yang perlu!

No comments:

Post a Comment