12.07.2014

Projek DIY E-day

Projek DIY untuk engagement ni aku mula awal dari sebelum cuti sekolah lagi. Tak silap aku dari bulan 9 hari tu. haishh...excited bebenor nak tunangnya. hahah....belum masuk kawen lagi kalau boleh semua aku nak deco sendiri diy sendiri. Baru puas hati. Setiap kali kluar ngedate ngan 'encik hatiku' confirm kedai A tu Z kat Seberang Jaya tu aku jengah. Tengok2 jeling walaupun waktu tu blom masuk gaji. Murah-murah. hehe...kena plak aku memang minat bab-bab hias ni! Dulu sewaktu kat johor perkahwinan kawan atas kawan, aku ler kena diy secara bidan terjun (atas permintaan rakan) and then start dari tu terus jatuh hati deco-deco ni. DIY aku bermula dari buat bunga kertas cenggini..
bunga ni aku buat guna creep paper jer!
 Aku buat bebanyak. Nak tengok cara-caranya senang jer bersepah banyak kat youtube. Aku sharekan kat sini ya diy bunga kertas . Gigih bebenor weh kadang-kadang aku amik masa lapang tunggu budak dok berpersatuan, aku kelebet bunga ni. Sampai siap. Akhirnya tada....
aku tempah cookies tu kat klang..jauh tau pastu deco

hantaran coklat. yummy....

cupcake ni made by adeq (nurhijriah rejab)
Okey tu antara hantaran yang aku buat, errr bakul buah dan satu lagi hantaran aku  tak masukkan pic. Tak sempat nak capture picture. kikiki. Hantaran settle. Then tungkus lumus plak buat goodie bag. Disebabkan e-day aku ni gabung tiga event (akikah anak sedara, tahlil, my e-day) so kat tag yang aku lekat tu letak jer mana yg aku ingat. Yang ni aku print guna ink biasa jer. Settle.

benda alah ni aku beli rasanya 50 keping xsampai RM5.

done akhirnya. hihi.. :)

That's all bab diy e-day aku ni. Malas nak cara dah...ngantuk. Mama, abah, adik-adik n kawan-aku yang bertandang kat umah malam ni dah tido. So sleepy....nite ya. Esok maknanya aku akan selangkah menuju ke hadapan kikiki. Alamak berdebarnya. Wink wink.

No comments:

Post a Comment