10.24.2015

Ku Simpul Angan -Angan Berkelana Ke Russia TRANSIBERIAN ROUTE

Jauh benar angan-angan aku nak berkelana 2016. TSR - Transiberia Route menjadi wishlist para backpackers. Aku tak terkecuali. Saban tahun mengajar geografi aku seringkali berkongsi ilmu dan perturunkan ilmu di dada buat anak murid tentang Siberia. Ya.. ada dalam silibus form 1. Ilmu yang ada hanya dari pembacaan sahaja. Teringin benar nak merasai iklim dan budaya orang sana. Aku ingin perturunkan ilmu dengan berkongsikan pengalaman di sana bersama anak didik. Lantas dengan apakah hajat itu terlaksana?? Jeng jeng jeng.. ahaha cikgu Feesya dah start buat gila. Ya gila travel. Asalkan tak mengganggu sesiapa. Aku punya cara untuk kotakan apa yang aku kata. Air Asia bukak sahaja promonya, cepat-cepat aku grab peluang beli tix ke Beijing. Ikut perkiraan aku mahu mulakan misi dari Negara China. Siapakah mangsa trip gila Cikgu Feesya? Maaf kawan-kawan.. Marsyi, Ayu dan Zaid jadi mangsa. Eh boleh ke digelar mangsa?? Haha Insya Allah dengan merekalah bakal aku berkelana nun jauh ke Russia. Abah kalau terbaca... Kak Sya mintak izin ya. Nak berkelana ke Russia tahun depan. Restu abah kak sya pinta ngeeee.


Biarlah apa tanggapan sekalipun..excited?teruja?tak de keje nak travel jauh-jauh?Lambat lagi tahun depan?Kenapa teruja? Ah pedulikan yang penting informasi harus di cari. Insya Allah kalau tak ada aral termakbul jua hajat nan satu ini. Amin...

TSR Route bakal dijayakan Beijing-Irkutsk(Tasik Baikal)-Moscow-St.Petersburg

Mengumpul informasi itu penting. Biarlah kita tidak dikatakan "gagal merancang'". gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal






8.12.2015

Dia Si IbuTua..

Si ibu tua.. kulihat matanya penuh cahaya. Namun sebalik semua tiada sesiapa mampu menduga hatinya. Namun tertanya-tanya ke manakah gerangan anakandanya. Tanyalah khabar sesat dua. Tak sayangkah mereka pada dirinya?Dia yang melahirkan yang membesarkan sehingga menjadi insan berguna. 

Aduhai anak..mampukah kita membalas segala jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa kita?Mampukah kita menjaga mereka seperti mana mereka menatang kita sebaiknya?Janganlah kita lupa janji-janji kita kepadanya.. dan janganlah nanti bila di hujung akhir hayatnya kita menangis hiba mengenangkan ketiadaannya. Kita bangga dengan kerja..kita sibuk dengan harta dunia..tapi kita alpa dengan kurniaan Allah - IBU & BAPA yang tiada nilai taranya.

Putaran kehidupan. Dari kecil kita meniti ke alam remaja seterusnya ke alam dewasa. Sudah lumrah yang segak, yang cantik yang kuat akan melalui usia tua. Kita juga akan melalui itu semua. Biasalah.. .. manusia pabila tua akan banyak kerenahnya. Bersabarlah. Kita jua akan tempuh hal yang sama. Jadikan renungan bila yang tua dan yang sakit berubah sikapnya. Itulah kata yang pernah meniti dibibir tua tatkala berbual bersama. 

Otak ligat berfikir..akal cepat menafsir. Aku punya peluang berbakti untuk kali kedua. Mungkin ianya tertulis di lipatan takdir. Terima seikhlasnya Allah Maha Mengetahui. 


ihsan en gugel

8.11.2015

Tuhan Jagakan Dia

8/8/2015 satu tarikh yang tak dapat aku lupakan. Perginya dia seorang ibu yang aku sangat kasihi. Perginya ibu yang aku, adik, kakak dan abah cintai.  Mama...kalaulah boleh diputar waktu kembali kak sya akan  lebih prihatin terhadap kesihatan mama. Namun siapalah aku untuk putarkan segala waktu kembali.

Hampir berbelas tahun mama menghidap penyakit buah pinggang. Dari seorang yang agak berisi sedikit dah jadi kurus umpama lidi. Benarlah kata orang tanda-tanda apabila saat kematian hampir...kadangkala seseorang itu berubah laku. Bukan tak pernah mengalami masa arwah wan dahulu. Nampaknya kita tak mampu untuk menilai mentafsir segalanya. Pernah bila duduk berduaan dengan mama, mama berseleroh "mama dah nak mati". Aku abaikan kata-kata mama. Malah menangis dan merajuk bila mama bicara sebegini. Bila aku masak..semua serba tak kena di mata mama. Dan pernah aku hampir menangis namun ditahan apabila aku bawa buah tangan kueh teow goreng kesukaan dia.. bila disuap ke mulut mama membebel makanan tak sedap semuanya serba tak kena. Sedangkan itulah antara makanan kegemarannya. 


Paling ketara perubahan bila aku cucikan najisnya ketika dia di hospital khamis lepas. Kenapalah aku masih tak tahu bila najis bertukar hitam petanda ajal hampir dekat. Sedangkan khamis itu mama masih mampu berbicara, gelak ketawa bila aku unjukkan video cucunya yang keletah. Mama masih mampu berbicara dengan makcik sebelah. Allah Maha Besar Maha Mengetahui segala sesuatu. Dialah yang Mematikan malah Menghidupkan. Mama tenat keesokannya... Aku sangka biasa-biasa. Kenapa? Sebab acapkali aku lihat mama sakit sebegitu. Mungkin adik-adik perasan sesuatu yang tidak kena. Tapi aku?? Masih tak mampu melihat "keganjilan"yang ada. 

Malam ketika menjaganya dia kulihat melambai-lambai tangannya. Kusangka dia bermimpi. Bila ku genggam tangan sambil menyebut namanya berkali-kali..mama membuka mata. Melihat sebentar langsung lena kembali. Berkali-kali mama melambai. Aku pegang jua tangannya. Dalam hati terdetik "mama usahla melambai..nanti kak sya ikut mama. kaksya ada sebelah ni". Jam berganjak jarumnya.. pukul 12 mama mula mengerang sakit. Lenguh sana sini sambil mulutnya tak henti menyebut Allah. Beristigfar. Walau dalam nada payah tak lekang dibibirnya. Aku mula tak keruan. ku alih bantal yang menyokong kakinya berkali-kali kerana ku lihat mama tidak selesa. Namun aku terlupa untuk menjengah bekas dialisisnya yang bocor itu..Lagipun sudah diikat dikemasrapikan oleh staffnurse. Langsung tak tergerak untuk meneliti. 

Dalam rasa mengantuk menguasai diri aku masih lagi berjaga. Aku lihat perkataan "LOW RISK" di hujung kepalanya. Masih lagi aku berkira-kira.. Insya Allah tak ada apa-apa. Kulihat mulut mama bergerak-gerak. Ku tanya berkali-kali..mama nak air.. perkataan yang keluar.."mama tak nak minum". Gundah hati macam mana mama nak sihat kalau petang td minum pun sikit makan pun hanya suku sudu. Bila staffnurse datang dengan ubat mengikut jadual. Aku minta staffnurse hancurkan ubat lalu aku bancuh dengan air. Aku tahu mama mana mampu hendak menelan satu persatu. Kali ini aku memujuk mama "mama bangun la..mama kena makan ubat. Mama kena kuat. Kami perlukan mama". Ada nada getar di situ. Aku lihat mama angguk. Dibukanya mulut dan aku segera menghulurkan straw habis dihirup mama. Perit ku lihat mama menelan..perit juga tekak aku terasa. Aku pujuk mama sekali lagi agar dibilas tekaknya dengan air zam zam. Mama akur.. Banyak juga mama minum. Usai minum mama lena kembali..Namun kali ini tak lama...

Kali ini mama kulihat semakin tenat. Debaran kian terasa. Aku tak tentu arah. Selepas membetulkan bantal di kakinya yang terjatuh sedikit. Aku lihat mama bergerak. Kali kedua mama meminta air. Aku berikan air untuk mama. Banyak juga air diteguknya. Kemudian aku lihat mama seperti ingin membetulkan kedudukannya. Lalu aku duduk disisi di mana bekas dialisis mama yang tak berani aku nak usik itu...tiba-tiba terasa satu cairan yang hangat di seluar jeans yang aku pakai. Panik! Air apa? Aku pegang dan lihat darah..segera aku buka lengan baju yang menutupi bekas dialisis mama. Allah..darah..kali ini banyak dan lencun. Penuh. Macam mana aku tak sedar??

Saat aku berlari memanggil staffnurse aku lihat mama mula berbicara. "doktor saya pening". Tindakan doktor pantas.. segera bertindak bila melihat mama bleeding. Allah aku dah gementar. Aku lihat mama tak mampu nak bernafas. Aku segera ke sisinya mama mintak oksigen.. berkali aku menjerit "doktor oksigen!!Cepatlah doktor mak saya perlukan oksigen". sambil memujuk mama supaya bertenang sambil mengajarnya mengucap. mama masih mampu mengucap. Namun aku tahu kuasa Allah tiada siap yang dapat menghalang. Sebaik mama terima oksigen aku lihat mata mama mula memandang aku. Tapi pandangannya kosong.. Tiada erti. Berkali doktor memanggil mama. "makcik asma..makcik asma.." ada sedikit reaksi. Kali kedua pun begitu.. aku mengambil alih di sini doktor yang ketika itu doktor sibuk mencari bp menggunakan  alat di hujung betisnya. Aku panggil mama...mama react dengan mengangguk lemah. Dalam mereka berusaha aku memberi laluan kepada doktor dan staffnurse. Kali ini..mama di tolak ke sudut lain. Bantuan menggunakan oksigen lain..Kali ni aku pasrah..bp mama undetected. berkali-kali undetected. ketika doktor letakkan di kaki Alhamdulillah ada pergerakan jantung tetapi lemah. Doktor letakkan wayar di dadanya.aku lihat di screen dengan harapan agar ada sinar harapan di situ..  18, 24 naik turun pergerakan jantung mama namun.. jantung mama tetiba terhenti... Ada garis halus panjang di situ... aku tak mampu berbicara. Air mata turun selajunya dari tadi. Walaupun aku dah redha di saat mama bertarung nyawa.. Air mata tetap turun selebatnya. Allah... Mama... Mama.. berkali-kali aku panggil..Staffnurse doktor mintak aku keluar dan mereka mahu mencuba sedaya upaya. Apakan daya kita hanya manusia. Hanya Allah yang Maha Berkuasa. Jantung yang tadi berhenti degup..kemudian berdegup... kali ini..berhenti terus untuk selama-lamanya.

Kelam aku rasa dunia. Aku telefon abah untuk kali kedua. Kali pertama semasa mama bleeding. Hanya mampu ku ucap "Abah mama dah tak ada" sambil menangis hiba. Allah....Takmampu ku padam terus dari ingatan segala yang berlaku. Segala yang terpampang di pandangan mata saat mama bertarung dengan nyawa. Mungkin ada hikmah di sebalik Allah berikan aku kesempatan untuk bersama mama di saat-saat akhirnya. Allah... bahagian dia Engkau sempurnakan sebaik-baik perjalanan. Harap perjalanan aku nanti begitu jua. Ya Allah..jagakan dia untukku. Kau berikanlah Rahmatmu keatasnya. Tempatlah dia di kalangan orang-orang yang beriman... Amin. Al Fatihah Buat Mama....


#satu pesanan aku buatmu teman di luar sana...sila perihatin dengan keadaan mahupun kesihatan ibu/bapa anda. Walaupun kurang tenat..risikonya rendah.. namun apabila di Loh Mahfuz tertulis sekian tarikhnya.. maka kembalilah kita kepada PenciptaNya. Saya sekadar berkongsi cerita. Harap yang masih ada ibu dan bapa hargailah mereka selagi mereka ada. 


Foto Ihsan TPISP Kelisa



7.21.2015

Bangkok June 2015 : Day 4

Hi gais! Buat apa? Harap-harap semua sedang bergembira menyambut Syawal sekarang ni. Ok hari ni aku nak sambung cerita travelog pi Bangkok tempohari. Day 4 ni merupakan hari terakhir di Bangkok sebelum bertolak ke Hatyai untuk jelajah Hatyai 1 Day tour.

Lepas subuh, bermalas malasan lagi untuk bersiap. Pukul 8 baru keluar. First stop kami adalah Bangkok Art and Culture. Actualy tak de dalam iti pun nak tengok art and culture kat sini, tapi sementara menantikan Siam Discovery Centre bukak so lepak lah sini dlu. Yes duduk di tengah kota Bangkok macam rasa dok kat KL. Dengan sistem train mcm lrt apa semua tu. Hehe..tetiba masa tu feeling ada kat KL. Muahaha..

Solo Exhibition in Bangkok Art & Culture

Wuweee..seksinya! I love this pic

Sedang menghayati hasil seni dengan tekun

tu dia..inilah pelukis pic seksi tu..Cantikkan!

          Atas skywalk pun sempat posing

Puas jelajah Bangkok Art & Culture kami bergerak ke Siam Discovery Centre untuk ke Muzium Wax Madame Tussauds Bangkok. Okey Enterence fee kat sini mahal sket 760baht. Lebey kurang RM80+ duit kita sekarang. RM kan jatuh skrg ni L. Untuk pengetahuan semua Madame Tussauds ni terletak di tingkat 6. Layankan ja lah ye pic kat sini. Maklumlah masuk sini tak digambarkan dengan kata-kata. Hehe..

  Madame Tussauds Bkk

Cepat Abam Beckam 1,2,3 up!

Mai nak kena penumbuk mai...bagi sedas..

     Here the way out..

  Tenung balik muka aku ada iras dia jer..ahaks

 Hehe.. I'm in Oprah Show

X-RAY.. Tetiba di hatiku ada kamu?

Hampir sejam duduk dalam Muzium Wax, kemudian kami bergerak mencari makan. Yeay bergerak menuju MBK Plaza plak. Kali ni nak makan puas-puas. Ada restaurant halal kat sini iaitu Yana Restaurant ~ Thai & International Food. Pergh berhabis makan kat sini tuk dua orang je dah RM90. Haha..nampak sangat bab makan xkira mahal or murah. Janji makan. Food hunter sama la kan. Rugi kalau mai Bangkok x cuba masakan Thai. Pergh mabeles!Kat sini sempat bertegur sapa dengan 3 gadis Johor yang travel ke Bangkok ni. Beramah mesra jap. Tak salah kan.

Usai je makan, kami terus bergerak ke Hua Lamphong Train Station. Train kami ke Hatyai bertolak pukul 3. Uwaaa. Kiranya bakal bermalam lagi dalam train. Bermalam dalam train pun bermalam la janji sampai Hatyai. Kan kan

7.09.2015

Bangkok June 2015 : Day 3

Actually malas nak mencoretkan.. Peram lama je travelog day 3 ni. Hehe. Okay permulaan hari ke3 di Bangkok berjalan seperti yang dirancang. Ye sehari di Ayutthaya. Tapi heh ada tapi tu.. kehkeh..Ada kisah di Stesen keretapi Bangkok.

Pukul 8  kami keluar dari Erawan House untuk mecari sarapan. Staff Erawan ramah mengucapkan good morning bertanyakan hari ni ke  mana hendak dituju dan aktiviti kami J. Bila cakap kata nak ke Ayutthaya di cakap “HOT” haha..ya tau mesti panas. Kehkeh..ala hitamkan kulit apa salahnya. Okay pagi tu kami sarapan bubur udang segera yang boleh di beli di 7E dalam peti sejuk beku.  Boleh mintak diorang panaskan. Dalam dok sarap ada local tegur aku dalam bahasa enggeris asal aku. Bila cakap Msia dia sedikit tkejut. Katanya muka kami mcm MUSLIM THAI. Haha baru sehari kot dok kat Bangkok ni dah kata ghupe org Siam. Teringat dolu-dolu duduk Arau masa study dulu ada gak org tegur aku orang Siam. Zaman xpakai tudung dulu. Bila dah berhijrah rupa Siam tu ade ker?Kehkeh..Bleh pi lagi la Thailand pasni.

Selesai makan kami naik tuk tuk ke Stesen Hualamphong dan amik train pukul 9.25.am. Okay kat sini le kisah bermula. Punyala tunggu train kat platform 8. Ghupe2 nya train dah terlepas bila sampai waktu sebab officer kat kaunter masa beli tiket tu salah inform platform. Ternaik jugak sedikit suara aku sbb sampai kul 10 lebih aku tunggu tu. Tp officer tu mintak maaf dengan suara lembut je. Haha patut org kita suka pompuan Siam. :P. Then kami decide nak amik train ekspress ke Ayuthaya harga 345baht kot kalau xsilap bersamaan dengan RM38 kita siap ada meal. Cuma aku xamik la meal tu takut tak halal.

Welfie hilangkan bosan tunggu train. Nampak ceria hakikatnya?

Sampai Ayutthaya dah tengahari. Bersepah pemandu tuktuk dok kejar mintak amik khidmat diorang. Nasib baik aku nak ke toilet waktu tu. Ada la chance nak elak. Kat Ayutthaya kami sewa motosikal 150baht. Minyak plak 90baht. Hat minyak tu kena bayar lepas kita dah hantar motosikal. Oh ya! Kat sini kami hanya bagi salinan pasport je. Tak perlu lesen bagai. Jangan lupa peta. Peta Ayutthaya dibekalkan. Haha versi fotostat. Kehkeh.. Aku jadik tukang baca peta kawan aku yang menunggang. Sesat tu ade le jugak. Al maklum le baca peta fotostat pada2 ler puaih pusing pi mai pi mai peta tu.

 
Peta Ayutthaya. Thanks En gugel
First tempat yang kami lawat ialah Wat Yai Chaimongkhon. Tak jauh pun dari stesen ketapi. Fee masuk ke sini adalah sebanyak 20baht. Semput jugak memanjat tangga dalam Wat Yai Chaimongkhon ni. Haish curam oo nak naik hatta mau turun dari wat ni sampai kaki kejang dibuatnya. Kehkeh. 

Patung budha Chaimongkhon

Another one...

Pemandangan dari atas. 


Berteduhan di bawah pokok sambil berposing

Kemudian kami terus menghala ke arah wat lain pula. Kali ni ke Wat Mahthat. Untuk pengetahuan semua, hampir kesemua wat-wat yang ada seperti Wat Ratchaburana, Wat Phra Ram, Wat Phra Si Sanphet terletak berdekatan antara satu sama lain. Satu pusat je. Pusing p pusing mai situ jugak. Bercerita tentang Wat Mahathat, sebenarnya wat ini terdiri daripada binaan bata merah. Dan di sinilah terdapat patung kepala Budha yang dililit oleh akar pokok.
ni ler patung dililit akar tu.. 

Nampak tak? condongkan?

Oh ya terlupa! Bayaran masuk ke sini dikenakan sebanyak 50baht. Puas sungguh jelajah di sini dan kami sempat berkenalan dengan jejaki dari Jepun. Sepet-sepet mata depa no. Betuila rakyat Jepun ramah..Siap berborak tanya asal dan sebagainya. Cuma tak sempat bertukar fb jamana tak nya oii pic kami juga dalam camera mereka! Habis saja meneliti binaan dan sebagainya, kami ambil keputusan untuk kembali ke stesen keretapi Ayutthaya. Lagipun dah pukul 4.30 petang. Kami kembali pulangkan motosikal yang disewa. Dan Alhamdulillah duit minyak sebanyak 90baht tak perlu kami bayar. Tak luak pun! Haha.. Jom lyankan pic-pic ni. Zassss! 

Disebalik runtuhan kota lama

Here we go... this Japan's Guys. Sporting..

Its me! Action 123

Senyum tak senyum je sbb penat

Kesan dari peperangan Burma & Ayutthaya.



6.11.2015

Bangkok June 2015 : Day 2

Selama 16 jam lebih atas train akhirnya tepat pukul 11 sampai la kami ke bumi Bangkok. Wah akhirnya!!Hehe aku xpercaya ku jejak Bangkok. Kikiki Pengalaman naik keretapi berbelas jam akhirnya kaki ku ini menjejak bumi Bangkok. J Tak sabar nak cari makan untuk isi perut. Lapaq bak hang. Sampai kat Hua Lamphong Train Station aku try cari kat food court train station tu makanan halal. Ada seperti yang aku search internet. But xdapatlah nak beli sbb aku pening memikirkan baunya bercampur aduk. Hehe..actually kat situ non halal food n halal food duduk dalam satu food court dan bau “lembu kaki pendek” lebih menyengat. Serta merta tekak aku kembang. Baik aku cari makan di luar.

Kata putus diambil..kami terus ke hotel dan check in dulu. Kami naik teksi ke Phra Athit Road (Charge 200baht). Hotel yang aku book dekat booking.com ERAWAN HOUSE terletak di lokasi strategik. Tak jauh dari Khao San Road dan Grand Palace. Jalan kaki jer sebenarnya. Boleh eksesais..haha. Selepas check in, mandi dan solat sebagainya, baru kami keluar mencari makan. Puas keliling Khao San Road last2 tanya local people baru la dia bgtau kat area situ ada satu tempat makan halal food. Payah benar jugak nak cari halal food. Kat hotel kami ada satu halal food restaurant “ROTI MATABA”. Tapi kaukena beratur ler sebab ramai yang nak makan situ.. and the place is too limited. Mcm lonely planet punya tempat.  Kenyang makan noodle beef soup baru ler kami bergerak ke Grand Palace. Kali ni kami amik tuk tuk. Actually tuktuk sebenarnya mahal diorang akan letakkan harga pemula 200baht. Pandai-pandai la korang tawar. Hehe seronoknya bawak kawan aku yang sorang ni jenis suke menawar.. sengih2 tawar2 manja.. Ha kan dah dapat murah haha

Map to Erawan House

Erawan House's Pamplet. Suggest aku pi sini layanan superb!

Sampai depan Grand Palace kami xbuang masa, n then masuk ke dalam dan bayar fee sebanyak 500baht. Mahai woiii RM50 sekali masuk. Layan ja lah. Dah mai dah. Kebetulan semasa menjengah ke Grand Palace, hari tersebut rupanya merupakan “Holy Buddha Festival”. So upacara keagaamaan diadakan secara rasmi di Grand Palace ini. Jangan tak tau yer sebenarnya Grand Palace merupakan bekas istana raja. Besar betul istana dalam tuh. Puas menjengah dalam tu kira2 tak sampai sejam kami diarahkan keluar kerana upacara keagamaan akan berlangsung sebentar lagi. So terpaksa mencari jalan keluar. Untuk pengetahuan korang, kami sempat tgk askar diraja berkawad masuk ke Grand Palace. Segak-segak plak abang siam ni kan hehhe..

Pemandangan dalam Grand Palace. I love it!

Camera...Action!
Peace...

Senibina bercorakkan siam
Segak tak abang-abang askar ni?

Selesai menjelajah Grand Palace  kami rehat-rehatkan diri minum air kelapa sambil tengok sekawan burung merpati di hadapan park yang berada betul-betul hadapan pintu masuk Grand Palace. Banyak giler burung tersebut..Takut pun ada. Lepas tu mula la rasa fefeling hehe mcm kat Trafalgar Square, London hahahBerangan kan!!

Sekawanan burung merpati ...merenyut weh!

Actually I ni penakut burung..haha



Setelah beberapa minit menghabiskan masa tgk burung merpati liar kami bergerak berjalan kaki (kononnya) untuk ke Khao San Road. Tak jauh pun actually tp memikirkan nak kena lintas jalan raya yang besar itu.. Akhirnya mengalah ambik tuk tuk. Duit lagi.. Hai. Kena 100 baht. Perkara yang syok di Khao San Road tengok kedai-kedai bermacam-macam jualan. Murah weh. Tp pandai-pandai la korang tawar menawar. Khao San Road ni syurga backpackers. Cuma aku tak gemar lepak mahupun ambil hotel di sini walaupun digelar syurga backpacker sebab aku tak suka hiruk piruk di malam hari. Banyak pub..Muzik kuat. Haih..Macam mana nak rehat kalau seharian berjalan sedangkan keesokan penuh dengan agenda lain? So bayangkan kemeriahan jalan ini di malam hari. Yang teguk air arak tu faham-faham la..belum pun malam dah nampak ada yang “pening-pening lalat” bahana dek air tersebut. So lebih selesa aku amik hotel yang tak jauh dr Khao San Road tp masih lagi di laluan utama. Beberapa jam berlalu, akhirnya kami balik ke hotel. Rehat. Esok menuju ke Ayutthaya pula. J



Naik tuktuk sila tawar menawar ye!
 i luv Khaosan :p Syurga Backpackers tuuu haha Really?

6.07.2015

Bangkok June 2015 : Day 1

Haip..haip..haip..kembali bersiaran selepas kembali travel dari Bangkok. Kali ni travel berdua juga dengan bff Raja Norzaima. Seawal jam 6.40pagi kami dah tercegat dekat tol Taman Sejati. Van yang akan bawa kami ke Hatyai memang tepat. Asalnya perancangan aku nak naik keretapi tetapi apakan daya.. hehe lambat sgt beli tiket. Amik kau sekali tiket abis. So terpaksa guna alternatif lain amik van ke Hatyai. Then dari Hatyai baru amik train ke Bangkok. 

Okay sambung citer perjalanan kami ke Hatyai mengambil masa dalam dua jam. Sebelum tu berhenti di Changlun. Uncle van isi kan departure/arrival card. Tung tang tung tang..cop sana sini semua urusan kat sempadan settle jam 10pagi. Dalam pukul 11 dah sampai Hatyai.

 Iniler rupanya departure card. kena isi tak silap dengan insurans semua skali 70baht
Disebabkan perut terlalu lapar, tiba di Hatyai aku cari kedai makan dlu. Tak susah nak cari halal food dekat Hatyai bersepah! Kat depan stesen keretapi ada dua kedai bersebelahan. Aku suka jengah Dapor Muslim. Tuannya ramah dan pandai cakap melayu. Makan di sini bagi aku  harganya bolehlah..mahal idak its depend on your pocket. Kehkehkeh. Aku makan nasi putih, paprik ayam, stew daging n air teo o ais RM13 (130Baht). 


130baht mahai ke idak? tepok le poket sendiri yer!
Train aku ke Bangkok bertolak jam 2.45 petang. Pergh delay tunggu dekat 2 jam lebih. Bosan weh!dok cangok ler aku ngan kawan kat train station tu. Hehe. Tak tahu platform mana xper..ada banyak officer bertugas. Depa boleh bantu. Hehe tenggelam punca gak sebab trainnya mcm tak terurus. Car 12 tapi aku tgk tak der plak car 12 heheh. Lantak la labu janji officer kat situ dah membantu. Dan masuk ke koc yang betul. J. Untuk pengetahuan semua, perjalanan dari Bangkok ambil masa lebih 16 jam. Whatt 16 jam?? Hehe adventure tuh. Aku amik sleeper. Puas tido tungging tebalik ataih train haha.. Puas benau aku tido..bila bangun tak sampai-sampai lagi. Pukul 11 pagi esok baru ler menjejak Bangkok. Heh terasa nak travel by train? Kalau sanggup berlama-lamaan atas train dipersilakan. hehe

Berdua ke mana saja kita travel
Us again.. Sebelum train tiba untuk ilangkan bosan
Bangkok yok..hehe 

5.20.2015

Hadiah Mug Misteri

Hari Guru baru saja berlalu.. Ya rata-rata tengok sekolah sambut pada 18 Mei. Hehe bersamaan dengan birthday aku. Nothing much to say for this two event, sebabnya awal-awal pagi dah dikejutkan dengan berita akak aku masuk ward. Nanar sekejap. Tak ingat dah hari guru tak ingat dah sambutan ulangtahun kelahiran. So banyak habiskan masa di rumah. Kakak pun dah discharge awal pagi tu jugak.

Esoknya masuk sekolah, menonong masuk bilik guru. Tak der rasa nak say say "selamat hari guru" bagai. Ya tak terasa pun.. rasa hari-hari2 aku adalah hari guru sebab sentiasa dengan pelajar di sekolah. Sampai tempat duduk tgk ada bungkusan atas meja. Eh....tiada bernama. Aku punyakah? teman sekerja cakap mmg atas meja aku. Ada yang letakkan. Tapi siapa? Terima kasih tak terhingga..walaupun tak tahu siapa pengirimnya Cikgu ucapkan TERIMA KASIH atas ingatan. Tak de hadiah pun tak pa. Cukup ucapan. Sbb aku tahu pelajarku ramainya bukannya dari kalangan orang berada. Segelintir sahaja. So..anak-anak dah masuk hari ke-3. Hati Cikgu masih tertanya. Siapakah pengirimnya? :)

dari siapakah mug comel ini?

5.17.2015

Planning Bercuti Lagi.. Bangkok- Ayutthaya- Hatyai

Bila dah namanya CIKGU.. hehe kesempatan cuti sekolah yang lagi dua minggu akan menjelma dalam perkiraan membuatkan hati meronta-ronta. Ya.. memang parah bila dah seronok dengan "travel" perasaan gedik nak travel lagi tu ada. Haha.. memang parah separah-parahnya. Setiap kali cuti mesti nak ambik kesempatan untuk travel. Tahun ni dah kali kedua keluar negara. Mama kat umah dah mula bising. Haiii ...anak daranya yang sorang ni asyik berjalan ja. Tak der keje lain lah tu. Maaflah mama sayang..penat-penat keje yang ni la anak mama nak buat. Sayang mama... hehe

Okay, as usual aku sertakan itinerary and budget awal untuk pergi ke sana. Apa-apa "kos terlungkup" kemudian itu belakang kira. Hehe yang penting i shuke plan awal. Actually sebenarnya route Bangkok-Ayutthaya-Hatyai BUKAN... ok BUKAN pilihan hati pun. Haha.. asalnya nak gi KRABI. tapi terpaksa ditunda untuk sekian kalinya sebab Jun bukan bulan yang sesuai untuk aktiviti air di Krabi. Waktu ni cuaca x berapa sesuai. So atas faktor cuaca terpaksa beralih arah. Tak sabar oooo...cepatlah masa berlalu! Pstt sapa-sapa nak ikut jom ler kos yang bakal hangus RM700 jer moh ler ngikut!!!

Itinerary Bangkok~Ayutthaya~Hatyai

Budget secara rambang..kiki rambang benau!





5.09.2015

Borang Kebenaran Keluar Negara - Pegawai Awam

Hello-hello selamat berhujung minggu. Hari ni sekolah ganti. Kena plak kelas aku satu jer. Majoriti pelajar tingkatan 3 dan 5 pergi lawatan..so kelas memang tak der. Apalagi lepak-lepak bilik guru buat soalan periksa. Selesai buat soalan aku godek-godek internet teringat nak isi borang kebenaran ke luar negara. 

Okay, this is the 2nd time isi borang kebenaran ke luar negara bagi tahun 2015. Nampak benor kuat kaki melangkah. Pantang ada cuti ja. Haha..so Isi jerlah walaupun aku dah tahu..aku pi tempat tersebut balik dengan selamat baru surat balasan tiba di tangan. Dan aku akui malasnya nak isi borang ni sebabnya nanti orang opis mesti kecoh. Berjalan lagi..Nak pesan itu ini. Maapler saya pun backpacker ja. Hahah percutian jimat ya. No shopping-shopping. So jom isi borang.. Cepatlah cuti!!! Tak sabo nak melangkah kaki keluar lagi. Ahaks


5.08.2015

Perubahan Penduduk

Negara Malaysia tidak terkecuali dari mengalami proses perubahan penduduk dari semasa ke semasa. Ada beberapa faktor yang menyebabkan perubahan tersebut. Untuk mengetahui faktor-faktornya, sila semak nota berikut :