1.06.2015

Persediaan Mengajar Untuk Tahun 2015

Berbaki 5 hari cuti sekolah :). Alang-alang dok umah time cuti aku siapkan terus rekod persediaan mengajar dari bahagian A - D. Sediakan dahulu bahagian penting yang diperlukan. Memandangkan aku tak tulis tapi typing segalanya so aku print ja yang dah sedia ada cuma tuk tahun baru ni aku update sket.  Mak tak larat nak tulis weh kena plak kalau tinggalkan sekolah seminggu dua tuk train atlet daerah naik lenguh tangan nak tulis bila dah balik ke sekolah nanti. Nak jalan selamat type jer! Selalunya aku prepare awal nanti tinggalkan kosong kat bahagian refleksi sebab biasanya ketiadaan aku di sekolah selalunya di ganti dengan guru ganti even 4 hari aku tak der di sekolah :) 

Tak sabar nak mulakan sesi persekolahan 2015. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar sepanjang tahun. Amin.....


#Pstt ada sesiap nak ker nak hok bertaip2 ni?? haha.. maapler banyak benor dia punya bahan. ndak memandai ler tinggaikan email. idok ler nak upload ke sini. Tak kuasa aku nak renyah-renyah!

1.05.2015

RPT PJK & RPT GEOGRAFI 2015


Aku pasti ghamai cikgu serupa aku ni dok tercari-cari RPT untuk tahun ni. Hehe..awal-awal tahun sudah pasti persediaan untuk sesi persekolahan 2015 dibuat (walaupun cuti diinjak seminggu). Aku amik kesempatan untuk tahun ni sediakan balik RPT ikut takwim sekolah aku. Sanggup den tak balik umah mak yang 30 minit drive tu semata-mata nak sediakan RPT ni sendirian sebab kalau balik kg..keje aku asyik masak. Mana nak sempat belek godek ngadap pc ni. Mak aku bebel kalau dok ngadap pc lelama kikiki orang tua kan..bukan paham keje kita. Dok ingat kita berfb bertenet memanjang.


Dah la malas nak coret. Aku banyak lagi keje nak sediakan RPT PJK tuk form 4 & 5 plak. Update dulu apa yang ada. 

RPT GEO Form 1

RPT GEO Form 2
Kemaskini upload :) okay untuk PJK form 1 till Form 3 boleh upload di sini ya cikgu-cikgu. 




Updated on 9/1/15 :

RPT PJK Form 4

RPT PJK Form 5

1.04.2015

Resepi Nasi Arab Kabsa

Oleh kerana adik bongsu aku and wife dia balik bercuti ke Kedah hujung minggu, tugas aku as usual kalau kat umah mak sebagai "chef" memang tak boleh tinggal...hahha ada kalanya aku malas jugak buat-buat keje banyak nak ngelat masak kat dapur. Ada bibik pun kalau aku  balik tugas tetap dan berpencen aku tetap masak kat dapur tau! Aku kongsi kan cara masak nasi kabsa VERSION aku yer memandangkan bahan aku yang limited jer..haha aku pun try buat jer tak sangka menjadi.

Bahan-bahan :

Bahan A

4 biji bunga pelaga
4 biji bunga cengkih
1 bunga lawang
7 biji lada hitam
1/2 batang kulit kayu manis
2 helai daun salam

Bahan B

1 ekor ayam (belah lapan)
3 cawan beras
4 cawan air
3 sudu minyak
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 batang karot (diparut)
1 biji tomato (potong dadu)
2 biji cili merah (jangan potong)
1 sudu rempah kabsa
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya :


  1. Basuh beras dan toskan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan A, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan tomato dan rempah kabsa. Goreng sampai tomato layu.
  4. Masukkan air, garam, dan ayam. Masak sampai ayam masak. Kemudian keluarkan ayam.
  5. Masukkan karot dan cili merah.
  6. Masukkan beras dan kacau sebati. Letakkan ayam atas nasi
  7. Tutup periuk dan masak dengan api yang kecil (aku guna jer periuk nasi elektrik)
  8. Selepas beberapa minit siap!
  9. sedia dihidangkan. :)


Senangkan??? Aku prefer makan nasi ni dengan acar timun jer. Nak buat gempak-gempak dengan sos bagai bahan pun tak mengizinkan aku nak prepare semua. So makan jer lah dengan apa yang ada. Sampai bau nasi yang wangi tu menyengat hinggakan abah mai tanya "hang masak apa?" Sengih-sengih aku menjawab. Haha nasi kabsa aku walau tak lengkap dengan lada bengala, minyak zaiton, hatta sosnya..tetap sedap di mulut aku. Ceh angkat bakul nampak. Haha tumpang tengok ja ya. Nasi tu aku blom angkat lagi dalam periuk :P


Jadik jugak akhirnya! Nasi kabsa versi feesya 

1.03.2015

Taman Rekreasi Gunung Lang, Perak

Ini satu lagi tempat yang aku singgah ketika balik dari Gua Tempurung. Taman Rekreasi Gunung Lang ni terletak kira-kira 5km dari bandar Ipoh. Kat sini ada tasik dan ada taman di seberang tasik. Well nyaman weh dok sini! Nengok ikan-ikan besau benor ada jugak labi-labi (Eh..eh..ada orang panggil penyu tau!! hahahha). Ikan-ikan kat sana besau benor sebab pengunjung ghajin mai sini bagi plak makanan ikan hahah patut ler ikan tu gumuk-gumuk weh!! Ngeri plak aku nengok. Kikiki

Korang kalau ke sini nak ke taman di sebarang tasik tu kena bayar tambang bot sebanyak RM 3 bagi dewasa. Jangan risau bot ni sentiasa pickup penumpang dari seberang sana untuk ke seberang sini. Aku difahamkan tasik ni sebenarnya merupakan bekas lombong dibangunkan oleh kerajaan negeri sebagai tempat rekreasi untuk penduduk tempatan. 

Di taman ni ada menara pandang jauh. Nak tinjau keindahan tasik buatan ni dari atas bolehler naik. Cantikk! I like. Ibu bapa yang bawak anak-anak boleh ke sini. Ada taman permainan kanak-kanak, ada tandas awam, ada kandang burung unta n rusa dan ada jugak rumah-rumah tradisional perak aku kira.. (Eh betui ker??). Cuma satu jer di taman ni tak der yer kedai-kedai makan. Yang jual jajan ader la. MAHAL. Kalau ke taman seberang tasik ni dinasihatkan bawak ler bekal-bekal ya tak pun beli jer kat jeti sebelum korang naik bot tu. Situ ada kedai makan. Makan siap-siap pun ok jugak di situ. Cuma hari yang aku pi tu nampaknya kedai-kedai tu dah ditutup atau memang pun tak bukak. Haha..nasib baik aku ingatkan encik tunang tuk amik air mineral kat dalam kereta. Memang relaks la di sini. Dan korang boleh duduk berapa lama korang suka kat sana. Last bot pun pukul 6.30 petang. Just enjoy urself there. :)

aku terpanggil labi labi ni penyu..haha mana ada penyu dalam tasik :P

selfie ataih bot :)

pemandangan taman dari atas bot


selfie dulu sebelum naik menara tinjau!

sempat lagi selfie..sib bek sempat acting!

nice view from menara tinjau. Cantik kan!!


Gua Tempurung, Perak

Sebenarnya aku memang suke tengok keindahan alam semulajadi ni. Almaklumlah dah namanya cikgu geografi. Habis tempat-tempat yang menarik kalau aku tengok dalam blog semua mengujakan aku nak jejak ke sana. Tak kira... sanggup aku heret encik tunang temankan aku pi ke Gua Tempurung, Perak. Nasib baik dia sanggup temankan. Hikhik

Asalnya tujuan aku ke sini sebab nak survey rege untuk buat aktiviti bagi kelab geografi sekolah. Haha belum pun sekolah bukak aku dah excited nak buat tugas. Ekceli benda ni dah tertangguh dari tahun lepas sebab aku banyak aktiviti luar sekolah. Training atlet dan sebagainya sehingga anak buah kelab geografi tak dapat ler nak jejak kaki ke Gua Tempurung. Maafkan cikgu yer anak-anak.

Perjalanan dari Kulim ke Gopeng untuk ke Gua Tempurung tak silap mengambil masa kira-kira 3 jam. Exit Gopeng. Then selepas tol belok ke kiri. Tak susah sebenarnya untuk cari papan tanda ke Gua Tempurung. Senang jer.. Sampai kat sana tak buang masa terus aku tuju ke kaunter tiket. Okaylah untuk hari tu aku amik pakej 2 CATWALK TOUR (Top of the World). Memang catwalk lerr..jenuh kaki aku memanjat tangga. Semput mak! Encik tunang pun aku tengok mula-mula bersemangat haha..eleh kite tahu awak tu semput!! Kehkeh. Sepanjang caving..Subhanallah memang sangat teruja menyaksikan bagaimana stalactite stalagmite terbentuk. 

Cantikkan :)

Me, caving sampai berpoluh..sempat amik pic santek!
Aku baru perasan ader pic dalam gua tu gitu..haishh macam muka apa jer. 
Selepas caving terus aku ke kaunter tiket sekali lagi untuk sembang-sembang dengan kak Tun dan Encik Halim. Ramah benor diorang menjawab soalan-soalan aku. Haha macam tak percaya jer diorang aku ni cikgu. (Naper kak aku ni kecik benor ker nak nampak macam cikgu?). Aku tanyakan tentang rege dan aktiviti kat sana. Hajat di hati tu nak berkhemah kat sana selama 3 hari 2 malam. Ada banyak aktiviti kita boleh buat tau kat sana. Ada flying fox, archery, tubing/waterconfident dan night walk. Pilih jer nak amik yang  mana. Usai bincang-bincang kata putus diambil. Insya Allah tak der aral melintang akan ku bawa rombongan sekolah ke sini bulan Februari 2015. Check it out my dear students. Cikgu pun dah tak sabor nak beraktiviti dengan anda semua! Kat bawah ni aku kongsikan dengan semua ya Gua Tempurung Day Package. Nak segala macam info review-review la pic tu. Nombor contact person yang incharge pun ada sekali. Senang berurusan kan. Daaaa...

Day package kat Gua Tempurung


Price untuk aktiviti.

Ni plak rege untuk tour kat sana. Korang pilih ler yang mana berkenan di hati