12.31.2014

Bali 2014 (Day 3)

Terperap banyak hari dah entry ni. Layankan ja ya :)

Day 3 Kat Bali..Kami patutnya orak langkah ke Pantai Lovina jam 3 pagi. Tapi terpaksa cancel sebab...tak payah lah nak citer kan. Salah satunya sebab cuaca mungkin or sebab Pak Budi (fedup aku dengan cara dia guide kami!). Sudahnya hari ke-3, banyak perubahan pada wisata-wisata yang kami nak kunjung pada hari tersebut. Pukul 8.30 pagi memang aku dah tunggu Pak Budi. Tapi nampaknya lambat 5 minit. Dah muncung aku sedepa tang tu dah. Belom masuk tang lawat wisata lain lagi.

Destinasi pertama kami untuk hari ke-3, kami menuju ke Git-git Waterfall. Perjalanan mengambil masa hampir 3 jam. Tambah dengan kesesakan lagi memang berasap bontot lenguh weh!. Oh ya lupa hari ni (17 Disember) merupakan hari raya bagi umat hindu di sana. They all sambut hari Galungan atau Kuningan. Pada hari raya tu diorang melakukan ritual untuk meraikan kemenangan Dharma melawan Adharma (kebaikan vs kejahatan). Sehari sebelum umat Hindu Bali ni sambut Galungan diorang pasang penjor ~ dibuat daripada buluh melengkung, dihiasi dengan janur dan ada bunga-bunga. Kat bahagian bawahnya ada sanggah. Penjor ni biasanya dipasang/dipancang bahagian depan pintu rumah. Sepanjang jalan memang dapat lihat penjor ni. One more umat Hindu ni siap pakai baju raya lagi..yang lelaki segak dengan baju putih dengan kain batik jawa, manakala perempuan dengan kebaya jarang dan batik pastu siap ada kain warna-warna di pinggang. So sepanjang perjalanan melalui Ubud nak ke Git-git Waterfall memang lah boleh tengok umat-umat ni naik speda motor pergi semayang kat pura yang ada di kampung mereka. Jangan u all tak tau setiap rumah di Bali, setiap kampung mesti ada patung-patung pura (tempat ibadat umah Hindu Dharma). 
Ni ler penjor nya
lek ja depa ni naik speda motor gitu..kikiki

Sampai Git-git menapak ke bawak naik turun bukit untuk ke air terjun. Tak berani sebenarnya nak melangkah ke waterfall yg cantik tu, main tepi gigi air yang ada ja. Sebab...err..diorang dok semayang kat situ. Bau bakar-bakar tu aku pening sket dan gerun pun ada. Tengah hutan kat air terjun plak. Waswas jugak. Nanti dikata tak beradab lalu depan diorang yang dok semayang tu. Sampai aku terdengar di telinga somebody berkata "tumpang lalu". Dalam hati aku plak dok baca surah-surah lazim yang aku ingat. Rehat sekejap cecah-cecah kaki kat dalam air..amik gambar pastu terus blah. Tak kuasa nak duduk lama. Takut sama sebenarnya. Lagipun langit dah kelam. Cepat-cepat aku ajak kawan naik ke atas. Dah sampai atas gerimis mula turun..



sejuk benor airnya kat sini ja aku lepak..takut benornya!

Then patutnya we all gerak ke Bedugul (Kalau kat M'sia macam suasana Cameron Highland, tapi yang Bedugul ni ada tasik). Kat Bedugul ada Ulun Danun Temple. Oleh kerana ada yang tak nak singgah (sedangkan hati aku berkira-kira aku nak singgah), Ok tak apalah. Pujuk hati. Lagipun tak ada apa di sini. Dreamland pun tak dapat pi.. Hmm dalam hati alahai banyaknya tempat skip. Sepanjang jalan aku memang senyap. Memikirkan tempat-tempat yang skip. Banyak faktor yang perlu diambil kira. Tak apa lain kali boleh datang waktu honeymoon nanti!

Kami terus ke destinasi terakhir pada hari tu.. Uluwatu Temple. Sangat cantik tempatnya. Humang aihh kalau korang pi sana boleh tengok tebing tinggi yang menghadap Lautan Hindi. Ambik gambar tepi tebing tinggi tu siap berebut ngan warga China dan Korea. Kat sini kena hati-hati tau sebab memang tak ader tali atau apa-apa yang mengingatkan pengunjung...Kalau korang jatuh nasib laaa...Memang di bawah sana laaa! We all lepak kat sini lama la jugak. Dan di sini korang akan diingatkan supaya menjaga harta benda sebab en monkey memang JAHAT. Sekali dia terpikat dan amik benda korang haaa jenoh korang nak pujuk en monkey tu bagi balik harta korang. Penat-penat pusing Uluwatu, sebelum berangkat balik ke hotel kitorang pekena ayaq nyok yang reganya Rp 15 000 sebijik. 


Tetiba ja tourist ni dok dalam pic yang aku amik. Takperlah dapat model free kiki

Santeknya...terasa macam nak terbang ja kat sini :)

wheeee.....we are here!


Bila tenung balik pic ni ghupa aku macam depa punya ghupa..hahah adik beradik pa???

Lewat petang tu free n easy. Kitorang balik ke hotel berendam dalam kolam. Kawan yang lain pergi ke Kuta Beach (tak boleh mandi pun time tu sebabnya ombak laut memang kuat!). So malam tu sekali lagi jengah HRC. Belikan baju kiriman orang. Dan malam tu jugak aku jalan-jalan cari key-chain buat souvenior. Korang tau apa yang aku nampak kat kedai-kedai kraftangan area Jalan Poppies II menuju ke hotel tempat aku menginap? Hahaha..unik betui ukiran dia. Nantilah korang tengok sendiri aku tau snap ja. Nak ulas erghhh tak kuasa aku. Sensor!!! Tepat kul 10 malam aku ajak kawan balik bilik. Time to mengemas sebab jam 6.35 pagi waktu pulang ke Malaysia...Bubbye Bali. Bisa datang lagi sebab ada banyak lagi tempat yang aku belom jengah!


Last dinner @Kuta :) 


Nasib aku tak terbeli lagi benda alah ni.. omg! dah terpegang tapi bila belek-belek alamak. Letak balik buat muka slamber!!!




No comments:

Post a Comment