1.03.2015

Gua Tempurung, Perak

Sebenarnya aku memang suke tengok keindahan alam semulajadi ni. Almaklumlah dah namanya cikgu geografi. Habis tempat-tempat yang menarik kalau aku tengok dalam blog semua mengujakan aku nak jejak ke sana. Tak kira... sanggup aku heret encik tunang temankan aku pi ke Gua Tempurung, Perak. Nasib baik dia sanggup temankan. Hikhik

Asalnya tujuan aku ke sini sebab nak survey rege untuk buat aktiviti bagi kelab geografi sekolah. Haha belum pun sekolah bukak aku dah excited nak buat tugas. Ekceli benda ni dah tertangguh dari tahun lepas sebab aku banyak aktiviti luar sekolah. Training atlet dan sebagainya sehingga anak buah kelab geografi tak dapat ler nak jejak kaki ke Gua Tempurung. Maafkan cikgu yer anak-anak.

Perjalanan dari Kulim ke Gopeng untuk ke Gua Tempurung tak silap mengambil masa kira-kira 3 jam. Exit Gopeng. Then selepas tol belok ke kiri. Tak susah sebenarnya untuk cari papan tanda ke Gua Tempurung. Senang jer.. Sampai kat sana tak buang masa terus aku tuju ke kaunter tiket. Okaylah untuk hari tu aku amik pakej 2 CATWALK TOUR (Top of the World). Memang catwalk lerr..jenuh kaki aku memanjat tangga. Semput mak! Encik tunang pun aku tengok mula-mula bersemangat haha..eleh kite tahu awak tu semput!! Kehkeh. Sepanjang caving..Subhanallah memang sangat teruja menyaksikan bagaimana stalactite stalagmite terbentuk. 

Cantikkan :)

Me, caving sampai berpoluh..sempat amik pic santek!
Aku baru perasan ader pic dalam gua tu gitu..haishh macam muka apa jer. 
Selepas caving terus aku ke kaunter tiket sekali lagi untuk sembang-sembang dengan kak Tun dan Encik Halim. Ramah benor diorang menjawab soalan-soalan aku. Haha macam tak percaya jer diorang aku ni cikgu. (Naper kak aku ni kecik benor ker nak nampak macam cikgu?). Aku tanyakan tentang rege dan aktiviti kat sana. Hajat di hati tu nak berkhemah kat sana selama 3 hari 2 malam. Ada banyak aktiviti kita boleh buat tau kat sana. Ada flying fox, archery, tubing/waterconfident dan night walk. Pilih jer nak amik yang  mana. Usai bincang-bincang kata putus diambil. Insya Allah tak der aral melintang akan ku bawa rombongan sekolah ke sini bulan Februari 2015. Check it out my dear students. Cikgu pun dah tak sabor nak beraktiviti dengan anda semua! Kat bawah ni aku kongsikan dengan semua ya Gua Tempurung Day Package. Nak segala macam info review-review la pic tu. Nombor contact person yang incharge pun ada sekali. Senang berurusan kan. Daaaa...

Day package kat Gua Tempurung


Price untuk aktiviti.

Ni plak rege untuk tour kat sana. Korang pilih ler yang mana berkenan di hati



1 comment:

  1. Masa study kat sana, tak pernah pun jejak ke gua tempurung nih..

    ReplyDelete