1.04.2015

Resepi Nasi Arab Kabsa

Oleh kerana adik bongsu aku and wife dia balik bercuti ke Kedah hujung minggu, tugas aku as usual kalau kat umah mak sebagai "chef" memang tak boleh tinggal...hahha ada kalanya aku malas jugak buat-buat keje banyak nak ngelat masak kat dapur. Ada bibik pun kalau aku  balik tugas tetap dan berpencen aku tetap masak kat dapur tau! Aku kongsi kan cara masak nasi kabsa VERSION aku yer memandangkan bahan aku yang limited jer..haha aku pun try buat jer tak sangka menjadi.

Bahan-bahan :

Bahan A

4 biji bunga pelaga
4 biji bunga cengkih
1 bunga lawang
7 biji lada hitam
1/2 batang kulit kayu manis
2 helai daun salam

Bahan B

1 ekor ayam (belah lapan)
3 cawan beras
4 cawan air
3 sudu minyak
1 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 batang karot (diparut)
1 biji tomato (potong dadu)
2 biji cili merah (jangan potong)
1 sudu rempah kabsa
garam secukup rasa
sedikit pewarna kuning

Cara-caranya :


  1. Basuh beras dan toskan
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan A, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
  3. Masukkan tomato dan rempah kabsa. Goreng sampai tomato layu.
  4. Masukkan air, garam, dan ayam. Masak sampai ayam masak. Kemudian keluarkan ayam.
  5. Masukkan karot dan cili merah.
  6. Masukkan beras dan kacau sebati. Letakkan ayam atas nasi
  7. Tutup periuk dan masak dengan api yang kecil (aku guna jer periuk nasi elektrik)
  8. Selepas beberapa minit siap!
  9. sedia dihidangkan. :)


Senangkan??? Aku prefer makan nasi ni dengan acar timun jer. Nak buat gempak-gempak dengan sos bagai bahan pun tak mengizinkan aku nak prepare semua. So makan jer lah dengan apa yang ada. Sampai bau nasi yang wangi tu menyengat hinggakan abah mai tanya "hang masak apa?" Sengih-sengih aku menjawab. Haha nasi kabsa aku walau tak lengkap dengan lada bengala, minyak zaiton, hatta sosnya..tetap sedap di mulut aku. Ceh angkat bakul nampak. Haha tumpang tengok ja ya. Nasi tu aku blom angkat lagi dalam periuk :P


Jadik jugak akhirnya! Nasi kabsa versi feesya 

No comments:

Post a Comment