1.03.2015

Taman Rekreasi Gunung Lang, Perak

Ini satu lagi tempat yang aku singgah ketika balik dari Gua Tempurung. Taman Rekreasi Gunung Lang ni terletak kira-kira 5km dari bandar Ipoh. Kat sini ada tasik dan ada taman di seberang tasik. Well nyaman weh dok sini! Nengok ikan-ikan besau benor ada jugak labi-labi (Eh..eh..ada orang panggil penyu tau!! hahahha). Ikan-ikan kat sana besau benor sebab pengunjung ghajin mai sini bagi plak makanan ikan hahah patut ler ikan tu gumuk-gumuk weh!! Ngeri plak aku nengok. Kikiki

Korang kalau ke sini nak ke taman di sebarang tasik tu kena bayar tambang bot sebanyak RM 3 bagi dewasa. Jangan risau bot ni sentiasa pickup penumpang dari seberang sana untuk ke seberang sini. Aku difahamkan tasik ni sebenarnya merupakan bekas lombong dibangunkan oleh kerajaan negeri sebagai tempat rekreasi untuk penduduk tempatan. 

Di taman ni ada menara pandang jauh. Nak tinjau keindahan tasik buatan ni dari atas bolehler naik. Cantikk! I like. Ibu bapa yang bawak anak-anak boleh ke sini. Ada taman permainan kanak-kanak, ada tandas awam, ada kandang burung unta n rusa dan ada jugak rumah-rumah tradisional perak aku kira.. (Eh betui ker??). Cuma satu jer di taman ni tak der yer kedai-kedai makan. Yang jual jajan ader la. MAHAL. Kalau ke taman seberang tasik ni dinasihatkan bawak ler bekal-bekal ya tak pun beli jer kat jeti sebelum korang naik bot tu. Situ ada kedai makan. Makan siap-siap pun ok jugak di situ. Cuma hari yang aku pi tu nampaknya kedai-kedai tu dah ditutup atau memang pun tak bukak. Haha..nasib baik aku ingatkan encik tunang tuk amik air mineral kat dalam kereta. Memang relaks la di sini. Dan korang boleh duduk berapa lama korang suka kat sana. Last bot pun pukul 6.30 petang. Just enjoy urself there. :)

aku terpanggil labi labi ni penyu..haha mana ada penyu dalam tasik :P

selfie ataih bot :)

pemandangan taman dari atas bot


selfie dulu sebelum naik menara tinjau!

sempat lagi selfie..sib bek sempat acting!

nice view from menara tinjau. Cantik kan!!


3 comments:

  1. Best tu pi gunung lang.. last pi masa study kat sana laa..

    ReplyDelete
  2. best la izzeyda :) hehe suke tengok pemandangan cantik. one more i shuke ikan2 disitu. gemuk-gemuk ikannya.

    ReplyDelete
  3. Ohh ya ka.. ntah bila nak ke sana lagi.. dulu antara tempat lepak laa.. mengamit memori laa plak..

    ReplyDelete