2.19.2015

Misi Kunming 2015 Sudah Mula Menghampiri :)

Wah baru terasa ada masa untuk berblogging. Perasaan malas untuk berblog mula melanda bila diri diselubungi kesibukan (bersukan, coaching, tugasan sekolah segala bagai) awal tahun begini. Tambah lagi aku kena jadik pengurus kontigen KEDAH bagi merentas desa peringkat MSSM ke Pahang selepas CNY ni. Haaa..lagi laa. Mana nak ada masa kelebet blog aku ni. Kesempatan CNY ni la aku amik peluang untuk online. Terfikir blog sendiri yang tak pernah ber”update” semenjak masuk 2015. Haish. Xde masa langsung.

Sebenarnya bukan apa..sekadar nak bagi tau haha Misi ke KUNMING hanya tinggal sebulan saja lagi. Amboi pejam celik pejam celik sat ja masa berlalu. Dah tiga bulan aku dok study tentang Kunming ni. Hati pun dok teruja bagai. So aku nak share iti aku yang aku plan ikut suka hati aku (memandangkan kawan aku ni memang harap aku jerkatanya kak sya la jadik MASTERMIND). Mastermind la sangat jangan sesat dah. :P


Ni iti aku ke Kunming nanti:

 Day 1 (16/3/2015)



·Fly from KLIA2 to Changsui International Airport
· Touch down Kunming take taxi to train station
· Overnight on train to Lijiang
 
Changshui International Aiport
Day 2
(17/3/2015)
·Arrive Lijiang 6.45am and take taxi to hotel
·Check in Lijiang International Youth Hostel
·Heading to Jade Dragon Snow Mountain by bus
· Free and easy at Lijiang Old Town
Jade Dragon Snow Mountain

Day 3
(18/3/2015)
· Morning walk to Black Dragon Pool
· Visit local market
· Mufu Palace
· Free and easy at Lijiang Old Town
· Overnight on train to Kunming
Mufu Palace

Black Dragon Pool



Day 4
(19/2/2015)
· Arrive Kunming 6.50 am
·Check in Meng Zhi Nan Hotel
·Heading to Stone Forest & Jiuxiang Cave
·Free and easy at Kunming

Stone Forest


Day 5
(20/2/2015)
·Moning walk to Bird and Local Market
·Horticulture Exposition Garden
·Heading to Changsui International Aiport
·Back to MALAYSIA Tanah Airku

Horticulture Exposition Garden


Haishh bila tgk iti berulang kali x sabor jer nak jejak ke KUNMING tu. Seriusly.. terasa aku nak rehat sebentar dari segala kerja2 yang memenatkan fizikal dan mental aku ditambah pula dengan kekusutan pentadbiran baik di sekolah mahupun ppd. Penat weh. Tak palah ni satu-satunya cara aku release tension.

Okay tak lupa ni aku upload jugak rough budget aku. Lain sket ya sbb kali ni pi bertiga satu lelaki dan aku berdua ngn kawan  perempuan. So aku kena buat gitu sbb ada beza dr segi harga hotel. Haha berdua lebih baik sbb boleh jimat. Haha..credit to my bff raja norzaima aka my best travel buddy. 




Our budget in Kunming this march.

No comments:

Post a Comment