3.25.2015

Alahai Anak...Prihatinnya Kamu!

Usai saja sesi bersama pengetua kat Stor Sukan (membincangkan segala masalah dan kemukakan perancangan yang akan aku buat untuk menaikkan taraf bilik pengurusan pjpk), pelajar yang sedang pj (kelas guru lain) datang ke bilik sukan untuk berbual dengan aku.

Aku : aip..cikgu korang mana?
Pljr : cikgu bawak team bola tampar cikgu. Ada game. Kami nak pj cikgu tak de. Kami tolong cikgu lah kat bilik sukan boleh?

Aku senyum. Tolonglah anak... detik di hati aku. Kalau boleh cikgu tadahkan bilik sukan ni untuk korang kemas. Dalam dok tolong sempat jugak berbicara mesra dengan pelajar. Aku ramah bercerita kisah waktu sekolah. Tekun sekali depa memasang telinga mendengar. J Tekun jugak depa mengemas. Pelajar ini menyatakan simpati pada aku sebab saban kali kena kemas bilik sukan sorang-sorang. Tak palah dah ada diorang aku pun gembira. Boleh jugak berbual sambil tertawa mesra.


Sehingga habis waktu depa temani aku. Dalam hati aku terdetik.. “Alangkah bagusnya ibu bapa mereka, mempunyai anak yang sopan tutur katanya, buat penyejuk jiwa manusia yang gundah gulana”. Cikgu sayang kamu semua. Nanti ada masa kita berbual mesra, berkongsi cerita. Sambil aku arahkan mereka ke kantin untuk berehat buat sementara.

1 comment: