3.29.2015

Claim.. Oh Claim

C.L.A.I.M 


Okay secara jujur apa pandangan orang ya tentang claim??Mesti pasai $$$$ kan. Seriusly selama 7 tahun aku mengajar jarang ooo aku nak claim. Pi meeting, kursus jauh sekalipun jarang aku claim. Entah kenapa? Tapi aku rasa sebab susah kot dan renyah nak sediakan itu ini. 


Tapi tahun ni aku diarahkan membuat tuntutan yer. Hehe..ppd cakap sila claim. Kalau tak duit tu perbelanjaannya masuk ke arah lain. Umpamanya percutian/lawatan penanda aras sebagainya.. haha eh ya ka?? Tak bleh jadik. Aku buat gak claim. 


Tak susah pun isi ja borang claim yang type serba sedikit, tak payah calculate secara manual.. isi figure dalam kotak disediakan. Then dia akan calculate semua. Senang kan!! Hat tu pun liat jugak rupenya aku nak isi. Hehe.. pemalasnya. 

SO...bila aku isi, then amount yang kluar. Mak aih.. RM400 lebih tuk outstation termasuk elaun makan, lojing dan sebagainya. Bukan sikit. Banyak jugak kan. Betui la rugi kalau tak claim. Terfikir gak aku..tu baru pi MSSM Merentas Desa kat Pahang. Hat bertahun aku tak penah buat tu?? Haha..eh ke mana arah alirnya ya duit tu? Haha.. Feesya oh Feesya. Baik bebenor yer. Gunakan duit sendiri itu ini. Sedangkan diberi kemudahan untuk membuat tuntutan. Nampaknya pasni kena MATA DUITAN lah. La kan GST 6%. Haha eh...apa kena mengena ngan GST ni?? Hehe..  :P 

Nah aku upload borang TNT skali. Rajin-rajin la buat tuntutan yang dinyatakan dalam surat anda tu ya. Jangan pemalas mcm aku.

1 comment:

  1. hehehe tiap2 bulan buat tuntutan.. yelah pergi site, meeting, kursus, semua sendiri.. rugi kalau tak claim..

    ReplyDelete