3.22.2015

Kunming Episod 1

Hai Uolls.. Berkobar-kobar nak share travelog ke Yunnan baru-baru ni. Yes..Kunming China. Travel kali ni atas kaki sendiri tak pakai agent. Main redah jer. Baru backpackers kental. Haha kental la sangat kan. Dugaan demi dugaan dalam travel kali ni membuatkan aku hampir tewas. Nak nangis kau.

Kami fly ke Kunming tanggal 16hb Mac jam 1.05 petang. Dekat KLIA ja sebelum ke Kunming rata-rata yang passenger yang naik AK 101 semua orang China. Dan korang nak tahu.. I terjumpa org Yunnan sebijik macam UAI kau. Sebijik k macam ustaz azhar tu. Tak kelip-kelip aku pandang. Belum pun bertolak ke sana terkenan org Yunnan. Haha gara-gara dia bagi salam kat aku. Pastu lemparkan senyuman manis. Aduh terasa mcm ustaz azhar idrus senyum kat aku (perasan!).
ni ler org Yunnan yang mcm Ustaz Azhar Idrus tu.. tp versi sepet!
Touchdown Kunming petang dalam pukul 5 lebih. Sampai ja cari musolla dulu. Solat. Travel-travel pun solat kena jaga. Sebelum tu ada org Kunming dah ikut awai.. Aiseh rimas. Suh amik khidmat travel agent dia. Aku refuse. Nak naik bas awam..tapi sebab my prend rimas lepas tu termakan pujuk rayu naik ler kereta dia. Aduh ko. Dia taram 120yuan untuk ke Kunming Railway Station. Pastu plak bukan hantar sampai betui2 depan station keretapi pun. Kena la aku, emma n azam menapak plak dalam 200meter. Kuang asam betui. Haha..awai2 dah kena!
depan tol Kunming Changsui International Airport
Depan train station Kunming, huh penuh kau. Nak masuk station ja kena scan beg. Kiri  kanan polis hat muka cengei tu berkawal. Ooo..camni ka langkah berjaga-jaga yang depa amik. Ya lah kan kalau nak tau dulu kat train station ni la hat jadik rusuhan sampai meragut nyawa awam. Berparang kau!Tak silap aku tahun lepas bulan March jugak 33 nyawa terkorban. Takut aku tgk suasana.



Lepas scan bag. Masuk ja terpinga2. Haha.. tapi cover. Dengan konfiden pi ke kaunter. Rupanya salah kaunter. Ahaks.. Tanya orang awam kaunter mana nak pi Lijiang then dia cakap kaunter 5. Beratuq dah. Tak confident aku pi tanya lagi kat kaunter pertanyaan. Ok puas hati Kaunter 4/5. Sesi bercakap Cina aku bermula. Alhamdulillah..dapat gak beli tiket hardsleeper 147yuan/pax. Ketiga-tiga kami amik paras tengah. Dalam compartment yang sama. Sempat jugak berbual-bual dengan org cina yang bawah katil aku bersama anak dia tuk tanya betui ke kedudukan katil aku. Dengan murah hati diorang tolong J

Seronok jugak dok kat hardsleeper ni sebab kita dapat tgk ragam org tempatan dan bergaul. Rata-rata aku tgk org tempatan dalam ketapi ni suka makan maggi. Haa..jgn tak tau dalam ketapi diorang siap ada water heater tuk amik ayaq panas. Lepas makan masuk ja pukul 10, diorang dah start padam lampu. Sapa-sapa yang dok kat ralit kat ataih kerusi yang tepi tingkap tu di suruh masuk tido. Ni lah kali pertama kali aku tidoq dalam ketapi. Sat-sat terjaga.. Last-last ZzZzZzzzz jugak. Nyenyak weh!

tunggu train dari Kunming - Lijiang (K9606)
In the train. Hok ni hardsleeper ya.. :) konsep duduk tepi cermin tu sapa cepat dia dapat.

1 comment: