3.23.2015

Kunming Episod 2

Tepat jam 5.30 pagi, lagu dalam train di pasang. Lebih tepat lagi orang kata jam pagi la. Time ni aku dah terjaga. Banyak passenger dah bangun pi gosok gigi dan basuh muka. Ok aku pun cepat-cepat gak pi basuh muka. Sebab aku tau 6 lebih dah sampai ke Lijiang. Hai..time basuh muka pun ada makcik org tempatan ni jeling-jeling. Gamaknya cantik sgt kot muka bangun pagi aku. Haha heran gamaknya aku pakai tudung kot.

Sampai Lijiang dalam 6 lebih fuh..amik kau. SEJUK. Sampai ke tulang weh. Aku yang tak de lemak ni sampai terketar. Tak menahan. Seriusly cakap LIJIANG adalah tempat yang paling sejuk sebab dekat dengan dataran tinggi Yunnan. Kos dari Station Keretapi Lijiang ke Lijiang Ancient Town kira-kira 50yuan tuk 3 orang. Naik van biru yerk. 30 min jer nak ke Ancient Town. Rasa satu kepuasan plak sbb org sana bila tau kita dapat ckp mandarin sikit2 so kita bleh dapat murah. Tapi kena pandai la tawar menawar.

Dijadikan cerita Uncle van biru berhentikan kami depan jalan besar. Awai pagi sampai aku tercari2 jugak jalan ke Lijiang International Youth Hostel. Pusing pi pusing mai..last jumpak jugak. Susah betui bila dalam gelap cari weh. Ada sorang guard (mcm tentera depa) bila tanya arah jalan langsung tak nak tolong. Blom aku bukak mulut tanya arah mana dah cakap “wo bu chi dao”. Peh..SOMBONG KAU!

Lagi satu drama awai pagi terjadik bila sampai ke hostel org yang kat kaunter xnak bangun tido. Haha..what the hell. Mmg dasar pemalas betui. Dah la berbakui aku kutuk dia. Cakap bahasa cina ngn dia takkk dia suruh gak tunggu 8.30 (ba dian ban). Sambil tunjuk jam. Aku tau la ba dian ban..tapi kat booking aku dah mintak masuk awai. Ni tak suruh jugak berurusan 8.30.. bermula lah episod tunggu menunggu sehingga 9.15. Hish nak kena smash dah. Tgk ler nanti dalam booking.com aku boh komen tak elok tentang korang. Fail in the services!!!Sampai la aku rasa booking.com dr China call bgtau aku. Pergh pastu settle. Easy as ABC. Yang susahkan puak depa ni gak. Bengang tul.

Dapat ja bilik apa lagimasuk kemaskan barang n diri. Pastu sarapan. Pukul 10 lebih dah kluar. 1st place dalam iti memang nak pi Jade Dragon Snow Mountain. Sampai dekat jalan besar, terus tuju van biru..kali ni perempuan yang bawa. Namanya Ha(aku dah lupa). Just panggil Ah Ha ja. Ramah orangnya. Aku cakap nak pi Jade Dragon Snow last2 dia kata xboleh pergi situ sebab angin kuat. Aduh hampa di hati. Then dia bawak aku ke Lashi Lake. Perjalanan ke sana kira-kira 10 km dari town. Sepanjang perjalanan Ah Ha ramah bercerita. Aku yang bahasa Cina sedikit2 ok ni boleh la balas balik. Mai tang aku xtau memang aku diam. Berkali-kali dia terang. Masih blur-blur. Haha..Last dok guna en google perkataan apa yang dia sebut. Baru la aku paham. Bila balas dia gelak balik sbb ambik masa lama nak paham hahaLAMPI yaaa Cikgu :P
Ni la..Ah Ha driver kami :) Sporting kau. Dengan aku ja dia sembang. Ngan kawan2 dia tau sebb nanti depa nganga jer :P

Lashi Lake

Untuk pengetahuan korang Lashi Lake terletak di kaki Gunung Jade Dragon Snow. Lashi Lake merupakan tempat nature reserve tuk burung-burung migrate. Terdapat jugak perkampungan puak Naxi. Banyak aktiviti boleh buat di sini asalkan sediakan $$$ ya. Lgi banyak aktiviti yang kita amik lagi banyak kena bayar. Aku just amik pakej dari point 1-6. Kos 560yuan. Mahai gak tu. Dalam tu cover HORSE RIDING dari point 1-5. Naik sakit bontot kau tunggang kuda. Kita akan di bawa menunggang kuda dalam kumpulan. Dan ROW A BOAT kat point 6 tuk tgk burung migrate dengan dekat. (sayangnya pakcik tu tak row sampai ke tengah! Tak ralat pun sbb burung migrate penah aku tgk).

Jom riding horse. Sakit bontot boleh ler..ceh!

air terjun ataih bukit dari banjaran gunung.


berlatar belakangkan banjaran di Lashi Lake
row row row ur boat
Guanyin Gorge
Tempat kedua ni terletak berbelas kilometer jugak dari bandar Lijiang. Pemandangan di sini tak kurang indah jugak. Ada air terjun, kaya dengan agama dan ada perkampungan kaum Naxi. Ada juga senibina tradisional termasuk rumah kaum Naxi. Yang aku suka kat sini air terjun dia. Cantik dari tebing yang tinggi mencurah-curah ke bawah. Fuh mercik air dia ke muka. SEJUK.


Actually Guanyin Gorge sebenarnya merupakan gaung dan laluan penting dan kubu tentera pihak Lijiang satu masa dulu. Dan di sebalik belakang tebing dan gunung yang tinggi itu terletaknya TIBET. Ada bermacam aktiviti kita boleh buat. Naik cable car ataupun flying fox, meniti jambatan gantung, naik boat dan sebagainya.

Dalam Taman di Guanyin Gorge

ni loceng besau.. tak silap banyak loceng dalam tu..siap ada ukiran buddha

Cantik kan... tasik ni hadap banjaran. I love it.

Peace... tenang kau kat sini

Laluan cable car. Syok tapi takut cubalah

Airnya memercik ke muka..tahan sejuk sebenarnya tu sambil posing cantek!

Hambek pic ngan nenek dari kaum Naxi ni kau aku kena bayaq 10yuan. Posing habih-habisan

No comments:

Post a Comment