3.25.2015

Kunming Episod 3

Sebenarnya aku tak tau nak mula macam mana kisahkan episod 3 di negara Yunnan ini. Masam manis pahit berdengung semua aku rasa. Bergaul rasa satu sama lain. Awai-awai manis ja.. Tak diduga masam kelat pahit berdengung di akhir hari ke 3.

Aku mulakan dengan kisah manis-manis dulu lah no. Ok. Di pagi hari bangun seawal pagi. Hari ke 3 tak rushing sebabnya..misi free and easy kat Lijiang Ancient Town. Kat sini bleh pi Heilongtan (Black Dragoon Pool), bleh lepak2 kat Ancient Town bleh leisure-leisure kat sini tgk budaya dan cara hidup mereka. Awai-awai pagi aku tengok warga mata sepet ni mulakan dengan bersenam. Siap taichi maichi siap menari-nari. Aku actually nak join tapi malu alah aku. So tak jadik la join Cuma aku dekatkan diri aku dengan puak depa. Sambil ambik gambo.
 
macam Taichi pun ada macam poco-poco pun ada
Pastu misi meneroka apa yang kat AncientTown bermula. Kat sini ada Kincir Air besau. Cantik. Nak tangkap gambar dengan wanita yang berpakaian tradisonal kaum Naxi pun boleh. Tapi..hulurkan lah 10yuan kat depa no... Aku main tarik ja sorang minah kaum Naxi ni. Guna camera aku. Kalau guna camera depa kena bayaq 20yuan. Pic + org. Tak mau aku.
Tugu kat AncientTown

Ala-ala keypad lock tergantung gantung. Haha ni versi keychain besaq.Tulis la kot-kot hangpa nak bgtau from Msia

With Naxi women. Ta hen mei. 

Baca lah sebentar apa tertulis kat tugu tu...Pasti dpt  info ttg AncientTown. Dalam bahasa cina lah :P

Puas meronda puas teroka amik pic kat Ancient Town aku ajak kawan-kawan pi Heilongtan (Black Dragon Pool). Tak susah tak payah. Dari kincir air yang ada kat Ancient Town tu korang jalan la terusdalam 15min ja jalan kaki ala-ala itik pulang petang. Susur ja terusan nan indah tu. Sampai la ke pintu masuk Black Dragon Pool. Bayaran masuk ke sini 80yuan per pax. Ok lupakan kisah 80yuan tu. Sebab ada kisah sebaliknya. Aku ada terbaca kat train station kalau kat Lijiang Ancient Town kena bayaq 80yuan untk protection fee. Sumpah kau. Aku tak tau bayaq kat mana dan aku pi situ tak bayaq pun protection fee. Muka kena confident orang tak tanya aku tak bayaq haha..buat dono ja lah. Okay dalam Black Dragon Pool sgt cantik cantik view dia. Dari Heilongtan korang boleh nampak sayup2 Jade Dragon Snow Mountain. Wehdifang tu la sebenarnya yang aku nak pi. Tapi cuaca tak mengizinkan. Ralat ooo. Aku banyak luangkan masa kat Heilongtan. Makan-makan bekal. Lepak-lepak sebelum keluar semula ke Ancient Town untuk shoping cenderamata sebelum bertolak pulang maghribnya utk ke station keretapi untuk kembali ke Kunming semula.


Santek pic dalam Heilongtan :)

Love this pic very much. Sayup nun di sana JDSM. :)


Ha tu part manis-manis ja kan.. Sonok-sonok enjoy. Haha..sebalik enjoy dan manis ada kisah DRAMATIK sebaliknya.

Kisah Dramatik 1:

Ingat pasal 80yuan? Haha..fee nak masuk ke Heilongtan. Nak jadik kisah sebelum masuk ke Heilongtan, aku dan rakan2 dok lepak dulu sambil nikmati buah nenas segar. Manis. Ya manis itu undang masam sebenarnya. Haha.. 
Pekena buah sedas dulu!
Serius jer perdebatan harga hahaha....
Dalam dok lepak-lepak mai sorang auntie dia sembang pasal fee masuk situ. Aku ni tak berapa paham sebab mandarin dia pekat semacam ja. Skali dia hulur kertas tertulis bahasa cina dan traslation dalam bahasa inggeris skali. Dalam tu tertulis “kalau ikut dia tak perlu bayar 80yuan seorang. Untuk 2/3 orang perlu bayar pada dia sahaja sebanyak 90 yuan untuk 3 org tapi dengan syarat ikut dia”. Nampak permainannya di situ.. Murah nau. Aku ni pelik dah. Haha..macam ala-ala seludup black market ja. Apa lagi bermula la debat antara aku dengan rakan. Pastu debat-debat kata putus nak ikut auntie tu.. Haha kata aku yang sorang mana mampu atasi keputusan 2 org kan.. Ikut ja walau hati tak sedap. Pintu masuk kat depan aku ja..tiba2 ajak aku pi arah lain..aik masuk ikut mana. Pintu belakang ka? Perjalanan panjat2 bukit nan tinggi ikut denai. Penat woii penat. Tapi seronok haha..sebab nampak Lijiang Ancient Town secara keseluruhan cantik..


Scenary dari ataih bukit
Pemandangan dari ataih sebelum masuk ikut jalan singkat hehehe
Cantik la sgt sebab pastu bermula la episod sadis. Aku tertanya mana lah pintunya. Ok. Sabaq separuh dari iman..Haha..skali amik kau.. bila aku tanya mana pintu dia ajak jalan n berhenti di satu sudut. Pintunya mana aku hanya nampak longkang ja. Then dia alih satu penutup longkang.. haaa ati makin tak sedap. Eh dia masuk dalam longkang then juih di sebalik sana. Mata aku mula berkaca. SudahHaiihhh sandiwara apa ni??haha..hangpa dapat bayang dak macam pencuri masuk rumah org. Sumpah weiii hat tu la perasaan aku rasa saat tu. Haha aku tak pernah masuk secara curi ke mana-mana tempat sekalipun. Ni la kali pertama. CUAK. Sangat cuak. Dah la longkang tu besau2 muat aku jer. OhohoSampai balik Malaysia dok tulis kisah ni ish perasaan bersalah tu tetap ada. Haha.. kenangan betui. Tapi bila selamat masuk sana perasaan bersalah hilang haha..sebab apa?lupa bila tgk scenary yang cantik dalam sana..Mesti korang tertanya. Nak keluaq macam mana?Aku kluaq ikut depan bukan ikut EXIT. Kalau x naya.. So pesan aku baik ikut legal ya. Selamat pun selamat.

Kisah Dramatik 2 :

Yang ni paling sadis. Tiket nak balik Kunming abis. Abis kau! Muka aku pucat semacam dah yang ada tiket 89yuan. No seat. Maksudnya BERDIRI. Perjalanan dari Lijiang ke Kunming 9jam35min. Makkkk nak kena berdiri tuk 9jam???What the hell. Macam naik keretapi kat India ja rasanya. Aku kat China ka India ni?Nak naik bas aku tak tau. Kalau nak naik bas kena kembali semula ke Lijiang Ancient Town. Satu hal budget lari dah. Nak tak nak..aku terpaksa beranikan redah meredah la BERDIRI pun BERDIRI la. Tekad. Kalau ku tahu..awai2  masa beli kat Kunming-Ljiang aku dah amik tiket return. Aiseh macam mana terlupa. Tak pa Allah nak bagi kisah aku ada naik turunnya. Kalau x..tak merasa susah kan kat negara org. Asyik senang ja. Bila diuji baru tahu betapa kita perlu bersyukur terhadap kesenangan yang selama ini diberikan olehNYA.

Korang tengok pic ni. Ni ihsan en google. Macam ni la ghupanya aku sewaktu berdiri..Situasi kat dalam keretapi aku tak rakam sgt. Penat maybe. Berubah mood 360°.
Situasi lebih kurang gini, tapi waktu aku naik tu lagi padat oiii.. :(

Untuk pengetahuan korang actually train Lijiang-Kunming dia berhenti2. Bukan ekspress train ya. Alah macam kita nek keretapi kat Malaysia la. Dari Butterworth-Sp-Aloq Staq-Arau. Macam tu la perumpamaannya. Masak weh..3 jam yang pertama kami dapat duduk. Sbb dari Lijiang tak de orang naik. Tapi bila sampai station yang ke 3, seat yang aku duduk dah merupakan seat org punya. Terpaksa la bangun berdiri bersesak di sebalik org China2 itu. Yang ni aku tengok orgnya kulit dah macam org Melayu tapi semua mata sepet. Puak2 bukit ka ni? TIBET kotsebab muka depa macam puak2 itu sahaja. Bukan putih melepak cantik hansem macam kaum Cina bandar. Selekeh pun ada. Tak tahan kalau ada yang masam2 baunya. Haha.. Haihh tak baik mulut. Zip!

Bayangkanlah 6jam35min aku berdiri..Ubah sana sini. Penat bersesak. Pukul 11.30malam mula start dah duduk2 antara kawasan tengah. Nampak dah umat mula melepaskan penat termasuk aku. Duduk plak hadap puak itu. Terkangkang hadap aku. Adeh lelaki tu. Aku terfikir eh gini rupanya ya macam naik keretapi merempat..Nak nangis. Tapi tahan. Hehe sensitip betui.. Kuatkan hati. Ujian Ilahi. Pujuk hati ku supaya bersabar. Dan dalam duduk tu jangan tak tau sampai terlelap la.. Aku duduk labuh bersila pastu sembam muka atas beg. LENA. Haha..sapa kata tak bleh lena. Tak dapat sleeper dudk bersila pun bleh lena what? Setelah sekian lama 6 jam lebih baru lah sampaiAllah terasa betapa leganya hilang lenguh2 kaki. Penat juga hilang dek kabus pagi bila sampai Kunming. Ujian Allah bagi bila sesiapa bersabar dan terima seadanya, malah siap bersyukur lagi Allah uji (berkat tak putus2 baca surah AL-INSYIRAH sambil selawat) pencarian ke hotel senang sgt. Cuma menapak sikit di awal pagi. :)


Okay tu ler serba sedikit kisah masam2 piau aku. Haha sangat manis untuk dikenang rupanya! Jumpa lagi untuk episod ke 4 ya. Chow!

Kunming Episod 4

2 comments:

  1. kesiannya kena berdiri.. lama tuh sya.. memang tak larat laa nak berdiri selama tu..

    ReplyDelete
  2. hehe izzeyda.. kami bersabar jer.. hehe pengalaman di negara org. susah nak peroleh di negara kita. :) bersyukur seadanya.

    ReplyDelete