3.24.2015

Tips Apabila Anda Berada Di Yunnan, China

Di sini aku kongsikan beberapa tips sepanjang aku travel ke Yunnan, China. Lain orang lain pengalamannya. So aku bagi tips berdasarkan pengalaman aku di sana.


1. Yunnan China kebanyakkan penduduknya berkomunikasi menggunakan bahasa mandarin. So satu kelebihan kalau anda dapat berbahasa mandarin. Senang nak berkomunikasi senang jugak nak tawar menawar. Kalau xpandai jangan risau..gunalah en. Google translate. Mudahkan anda berbicara. Haha..sepanjang aku kat sana instead of aku boleh berbicara sedikit-dikit tapi tetap guna en google bila nak susun ayat. Takut salah guna pinyin maksudnya jadik ke lain.
2. Bagi sesiapa yang besiaq (kerap ke tandas), bawak-bawaklah satu bekas kosong untuk isi air. Tandas kat sana tak de cebok ya. Kalau lupa alamat beristinjak lah anda. 
3. Sediakan juga air minuman anda. Seriusly sepanjang kat sana cuacanya walau panas, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa itu sejuk. Dan membuatkan anda cepat dahaga. Satu lagi kedai makan diorang memang tak sediakan air. J kang tercekik masak korang. So sediakan air sebelum tersedak tercekik. Hahaha
4. Hotel di Lijiang ada yang tidak menyediakan towel. So bawak sendiri atau  belilah kalau  boleh. Kalau diberikan pun tuala yang disediakan tu sebesar tuala muka. Hehe..hmm gamaknya diorang tak mandi just lap-lap aja kat Lijiang tu kot. Al maklumlah sangat sejuk walaupun time tu musim bunga. Sampai ke tulang sumsum terasa sejuknya tu.
5. Majoriti di Lijiang, Yunnan adalah bukan beragama islam. Susah nak cari Muslim di sana. So dari segi makanan, baiklah bawak sendiri. Kalau tak kisah bab makan..jangan risau ada banyak buah-buahan kat sini. Tak kebulur pun. Buah banyak. Manis-manis. Tentu anda dapat survive. Kunming pulak senang nk cari oarang Muslim. Makanan halal tak susah untuk dicari. Search di google. Cari masjid sekitar. Kat masjid banyak makanan halal dijual. Cuma kena dan tak kena jer dengan selera tekak anda. Masa kat Kunming saya makan kat masjid di Jinbi Road.
6. Kenderaan awam utama hubungkan Kunming-Lijiang ialah keretapi. Kalau  nak naik bas boleh. Tapi gunakan bas long journey. Lebih cepat. Kalau keretapi lagi ok tpi pastikan beli tiket return takut karang kena berdiri sepanjang perjalanan. Perjalanan nya lama yer korang. 9 jam lebih.
7. Orang Yunnan kebanyakkanya tidak mesra dan kasar. Tapi mulakanlah dulu dengan senyuman dan tegur mereka. Rasanya diorang kalau disapa dengan mesra boleh jadik penunjuk arah yang sangat baik.
8. Di sini tabiat “haktuih” erkk kadangkala membuatkan anda jijik. Hohoi diorang tanpa segan silu haktuih depan orang dan tak pedulikan orang lintas ke lalu ker time dia nak haktuih tetap haktuih even orang dok lalu lalang. No wonder why setiap malam akan ada org keje perbandaran mai sembuq ayaq basahkan jalan. Saya dapat fikir reasonable kenapa diorang sembuq ayaq malam-malam.
9. Di Kunming sila hati-hati bila menggunakan jalan raya. Ikut suka depa ja main lintas-lintas kena pulak kenderaan laju-laju. Macam ayam serah tengkuk untuk disembelih ja. Ikutlah arus trafik. Jaga keselamatan anda.
10. Kebanyakkan papan tanda terutama di stesen keretapi, bas dalam bahasa cina. Kalau tak tahu mintalah bantuan agar arah tuju anda ditulis dalam bahasa cina.
11.  China terkenal dengan barang tiruan. Duit pun depa bleh tiru. So pastikan kalau nak tukar duit di sana pergi ke money changer yang sah. Atau anda buat pengeluaran guna atm. Risiko nak dapat wang tiruan tu kurang. Di sana setiap kali anda hulurkan wang semasa pembelian, diorang akan check betul-betul wang yang kita bagi.


Okay itulah serba sedikit tips saya untuk anda. Kalau saya terfikir lagi tips nanti saya coretkan semula. Banyak lagi sebenarnya. Selamat travel ke Kunming, Yunnan ya rakan-rakan J.

Jom tinjau hen pioliang difang di Yunnan : 

Sayup-sayup kelihatan Jade Dragon Snow Mt. dari Heilongtan (Black Dragon Pool)


Lijiang Ancient Town
Jiuxiang Cave 

1 comment:

  1. Bila nak sambung?
    Sy tengah kutip info nih

    :-)

    ReplyDelete