4.05.2015

Kunming Episod 4

Haish.. jenuh dan liat jugak actually aku nak mencoret kali ni. Memandangkan aku sibuk pulak untuk latihan pusat track and field daerah, pagi petang siang malam. Harung sekali cuti weekend buatkan aku tak terjangkau nak kunjung blog sendiri. Hokeykita sambung kisah aku masa kat Kunming.

Hari ke-4, perjalanan di sana sangat mudah. Sampai awal pagi dari Lijiang membuatkan kami letih. Sempat jugak lena sehingga pukul 8 lebih di hotel. Bangun sahaja terus siap2 untuk menjejak ke tempat seterusnya iaitu Stone Forest. Aku decide nak amik kereta sapu. Tak susah. Pi ja kat depan Kunming Railway station. Sana banyak prebet kita bleh amik. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45minit. Naik highway. Redah gunung ganang. Indah nya alam ciptaan Tuhan. Sejuk mata memandang.

Sampai Stone Forest terpinga gak sebab tak tahu hala nak tuju. Nasib menyebelahi bila ada Uncle berbangsa cina dari Malaysia tegur. Ya berkat senyum2 kan. Hehe..ok dah settle kami dapat sorang tourguide yang ramah. Dia satu-satunya tourguide yang boleh berbahasa inggeris. Okay fee yang kena adalah sebanyak 175yuan. Kalau korang nak jalan sendiri tanpa guide just tambah 15yuan untuk Cable Car Ticket. Dalam Stone Forest ni ada 6 tempat menarik yang boleh dilawati antaranya The Greater Stone Forest, The Minor Stone Forest, External Mushroon Scenic Area, Lizi Yuan qing Scenic Area, Bushao hill Scenic Area dan Shilin Karst Geology Muzeum. So kalau boleh provide ler separuh hari kat Stone Forest ni.Kami hanya lawat dua tempat ja The Greater dan The Minor.

That's our tour guide. Heheh ramah weh! Yang penting dia amik pic aku sikit punya lawa!

teruja tengok bunga-bunga warna warni.

Action! Posing... itu kata tour guide aku. Cantik kan pic dia ambik!

Sekali pandang hangpa nampak batu tu macam apa? Naga ka buaya??

Belakang tu peta Shilin (Stone Forest). Besaq kawasan ni...

masih ada hutan batu yang ditenggelami air. 

Tepat jam 2.30 petang kami bergerak ke Jiuxiang Cave. Fee untuk Jiuxiang Cave tak silap aku 120 yuan. Yang ni termasuk bleh naik open cable car. Gayat baq hang..Actually kat Jiuxiang Cave ni korang ble naik boat tengok keindahan gua2. 
Row row ur boat. Cantek kan??

Pastu bolehlah korang masuk gua rabat ler tangga2 yang banyak. Huhu penat woo.. tapi sebab cantik punya pasal tempatnya.. hehe penat tu hilang begitu saja. Berpuas hati. 
muka penat tapi ceria selepas jelajah gua

pemandangan gua dari luar

i loved the stalagtite n stalagmite. so beautiful. Subhanallah..

Dan aku paling suka time naik cable car. Haha..adventure weh. Dah la penghadang depan tu kita tahan ngan kaki ja. Kikiki silap hari bulan kalau dok seronok sgt boleh terjatuh ke bawah tu.. Tinggi tau mak ngah! 

muka gayat sebenornya... haha
that's it. Open cable car. Ada bran??

Seronok keliling difang ni, akhirnya dekat kul 6 lebih kami bertolak balik ke Kunming. Sampai Kunming menapak plak ke Jinbi Road untuk cari makanan halal. Penat dah makan makanan yang kami bawa. Kat Jinbi Road ni senang sebab ada Muslim kat sini. Siap ada masjid. Usai makan menapak jalan ke hotel. Aiseh sampai sesat laMengenangkan inilah hari terakhir sebelum bertolak pulang esoknya. Aku layan ja sampai jumpa jalan. Haha..tak susah pun googlemaps kan ada. So malam tu tido ZzzZzz awal la seadanya. Penat katakan.

3 comments:

  1. Sya memang nampak gayat sangat.. member sebelah relax jer..

    ReplyDelete
  2. Nak tanya, dari stone forest ke jiuxiang tu mcm mana ya?

    ReplyDelete
  3. hai masyitah maaf baru bukak je blog. dah lama tak jengah. Dari stone forest ke jiuxiang tu actually kami amik prebet sapu siap2 dari kunming. so charge takla mahal. kalau dari stone forest ke jiuxiang xde cab atau bas rasanya. quite difficult to find public transport.

    ReplyDelete