3.07.2016

Jejak Pattaya Thailand 2016~Hari-hari Terakhir

*************************************Misi Menjejak Bangkok City************************************

Awal pagi kepala aku masih lagi rasa pening penangan lambungan ombak. Hari kelima dah tiba masanya untuk bergerak balik ke Kotaraya Bangkok. Misi kali ni menjejak Bangkok City dengan satu tujuan "MENCARI MAKAN" haha.. Setelah redah Bangkok Mrt naik turun tanpa jemu,  akhirnya misi berjaya dilaksanakan. Makan sepuas-puasnya. 

Train ticket kami ke Hatyai sebenarnya jam 3.45petang. Eh u know what? Sebab jenis travel kali ni santai kan.. haa.. nasib baik tak mendapat (tertinggal train). Hampir tau..hampir.!Turun je dari MRT Hua Lamphong tu aku lihat rakanku masih lagi santai amik pic.. Nak update dalam blog kot tu nanti. Aku dah mengatur langkah tergesa-gesa. Setahu aku train kat sini sesekali je kot lambat. Selebihnya bergerak ontime. Naik je train dua tiga langkah... skali train bergerak. Aduhai! Nasib kan. Alhamdulillah




**********************************Hatyai ~ Makan-Makan Lagi**************************************

Perjalanan semalam atas train dengan tidur yang nyenyak membuatkan pagi di hari  ke enam sangat bersemangat. Ya sebab dah nak sampai Malaysia kan. Kami berjumpa lagi dengan adik-adik traveller yang bertemu di awal misi menjejak Pattaya. Langkah diatur bagi misi mencari makan lagi. MAKAN je kerjanya. Rasanya di hari terakhir ni tak banyak untuk aku coretkan. Hanya makan-makan. Dan...sudahnya aku sampai ke Malaysia jam 11.00 malam. Nak ulang lagi? Maybe. But i'm prefer alone if i'm planning for the future trip by land. Titik.

~somtimes you just need a break in a beautiful place. ALONE. To figure everything out~


1 comment:

  1. Makanan kat bangkok best2. Mengidam kerabu mangga sekarang ;p

    http://www.fatindays.com

    ReplyDelete